Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, atau lebih dikenali sebagai Chef Naem sudi berkongsi 3 resipi sihat yang selalu di hidangkan untuk para atlet dengan  menggunakan Kentang AS sebagai bahan utama. Bulan puasa elok banyakkan karbo supaya badan kekal aktif dan bertenaga. Cubalah!

Chef Naem Kongsi 3 Resipi Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Sihat. Elok Tambah Tenaga!  Chef Naem Kongsi 3 Resipi Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Sihat. Elok Tambah Tenaga!

SMOOTHIE NANGKA KENTANG

Chef Naem Kongsi 3 Resipi Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Sihat. Elok Tambah Tenaga!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji kentang U.S Russets
  • 1 Serbuk serbuk protein
  • 6 biji buah nangka
  • 1 cawan susu soya
  • 2 sudu makan madu
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1/2 sudu teh chia
  • 1 cup ice cube
  • 1 daun pandan (hiasan)
  • 1 gula melaka (hias)

 

CARA MASAK:

1. Kupas kentang dan potong menjadi kiub.
2. Renehkan kentang sehingga lembut selama 10 minit.
3. Kisar semua bahan – kentang, nangka, serbuk protein, susu, madu, kayu manis, biji chia dan ais bersama-sama sehingga hancur.
4. Hiaskan dengan pandan daun, biji chia, dan beberapa hirisan gula melaka.

IKLAN

TIP: Jika tidak suka nangka boleh tukarkan kepada buah dragon fruit atau ikut apa yang anda suka. Minuman smoothie ini sangat mengenyangkan dan sesuai disediakan ketika sahur, karbo yang ada pada kentang membekalkan tenaga yang banyak untuk tubuh badan.

TOMYAM AYAM HASH BROWN

Chef Naem Kongsi 3 Resipi Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Sihat. Elok Tambah Tenaga!

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji U.S Hash Brown
  • 1 pekat tom yam paste
  • 2 dada ayam (rebus)
  • 2 biji tomato (dicincang)
  • 2 helai daun limau purut (dihiris)
  • 2 helai daun ketumbar (dihiris)
  • 1 batang serai (dihiris)
  • Garam / lada sulah

 

CARA MEMASAK:
1. Ayam potong dadu dan masukkanke dalam air mendidih. Taburkan sedikit garam dan halia sehingga dimasak.
2. Air fry U.S hash brown pada 100C selama 15 minit hingga coklat keemasan.
3. Sapukan rata pes tom yam atas hash brown tadi..
4. Dalam mangkuk, masukkan ayam, tomato, daun limau purut, ketumbar, serai, garam & lada sulah.
5. Gaulkan rata.
6. Letakkan bahan yang dah di gaul tadi di atas hash brown.
7. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap.

IKLAN

 

TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.

ON-THE- GO KENTANG

Chef Naem Kongsi 3 Resipi Sahur Yang Mudah, Sedap Dan Sihat. Elok Tambah Tenaga!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji kentang U.S Russets | dikupas dan potong dadu
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 biji bawang putih | dicincang
  • 1 sudu teh paprika
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 1 biji lemon (diparut)
  • 1 biji limau nipis | hiasan
  • kacang almond | cincang halus
  • garam / lada sulah

CARA MEMASAK:

1. Masukkan kentang yang dah di potong dadu dalam mangkuk dan tuangkan minyak zaitun
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, gabungkan paprika, serbuk kari, kulit lemon yang di parut dan kacang almond dan bawang putih.
3. Campurkan semua bahan dan salutkan ramuan tadi pada kentang.
4. Goreng dengan air fryer pada 120c selama 20-30 minit (dalam kelompok kecil)
5. Perah limau nipis untuk rasa yang lagi bangkit.

TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI