Di Aidiladha ni nak buat kelainan sikit. Kalau ada banyak daging lagi, apakata cuba buat sajian barat pulak.

Resepi No 2 tu dagingnya dibakar dan ada ramuan istimewa ubi bit merah (beet root) yang terkenal dengan sifat anti oksidannya.

Nak Buat Sajian Western Guna Daging , Apa Salahnya. Resipi No 2 Tu Bukan Burger Biasa Ya.
Pengarah Urusan MFA College ( tiga dari kanan) Datuk Mohd Farid Hj Alwi

Nah, ada 2 resipi inovasi dari Chef Hazieyanti Soegijono dan Chef Muhammad Haziq Masran, tenaga pengajar dari Malaysian Food (Authentic) College (MFA) . Terima kasih juga kepada Pengarah Urusannya Datuk Mohd Farid Hj. Alwi yang banyak melahirkan tenaga Chef profesional .

BEEF TENDERLOIN WITH PUMPKIN AND GLAZED CARROT

Nak Buat Sajian Western Guna Daging , Apa Salahnya. Resipi No 2 Tu Bukan Burger Biasa Ya.

BAHAN- BAHAN :

IKLAN

Bahan daging :

  • 2 sudu kecil minyak canola
  • 100 gm daging batang pinang | potong beberapa bahagian
  • ½ sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil lada hitam
  • ½ sudu kecil serbuk cumin
  • ½ sudu kecil paprika
  • ¼ sudu kecil serbuk bawang putih | dicincang halus

Bahan ‘glaze’ :  

  • 1 cawan lobak merah | dipotong kiub dan rebus
  • 1 sudu kecil mentega tanpa garam
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil daun parsly | dicincang
  • 1 sudu besar buttermilk
  • 1 cawan labu | dipotong kiub dan rebus
  • 1 sudu besar daun bawang | dicincang

CARA MEMASAK :
1. Gaulkan garam, lada hitam, paprika,cumin,serbuk bawang putih bersama daging dan biarkan seketika. Kemudian panggang selama 3-4 minit dan balikkan di kedua bahagian.
Penyediaan glaze :
2. Masukkan lobak merah dan setengah cawan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih. Kemudian tambahkan mentega, buttermilk dan madu kedalam periuk. Kacau sehingga larut, dan biarkan ia berkilat dan lembut selama 3 minit. Siap untuk dihidang daging panggang tadi.

IKLAN

INFO : Perapkan bersama lemon jika ingin daging lembut

BEETROOT AND ROSEMARY BEEF PETTY

Nak Buat Sajian Western Guna Daging , Apa Salahnya. Resipi No 2 Tu Bukan Burger Biasa Ya.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • ½ biji bawang Holland | dicincang halus
  • 1 sudu kecil minyak canola
  • ½ biji ubi bit merah (beetroot) | dicincang
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil rosemary
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 500 gm daging cincang

CARA MEMASAK :

1. Panaskan kuali dengan api sederhana dan tumis bawang bersama minyak canola. Selama 2-3 minit, sehingga keperangan
2. Campurkan kesemua bahan-bahan bersama daging di dalam mangkuk dan gaul bahan sehingga rata. Dan bentukkan daging menjadi bulat
3. Panaskan minyak canola masak daging sehingga masak
4. Siap untuk dihidang. Boleh dimakan bersama roti

Info : Ubi bit merah atau beetroot dipercayai dapat mengurangkan tekanan darah dan antioksidan. Ia juga sumber Vitamin C yang baik.

Terima kasih : Pengarah Urusan MFA College, Datuk Mohd Farid Hj. Alwi
                              Unit C-1-28 Blok C Pangsapuri Spring Villa
                              Jalan UP 1/1D Taman Ukay Perdana
                              Ampang, Selangor
                              Darul Ehsan.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI