Seperti yang anda ketahui, majalah RASA dan BABA’S sebagai penaja utama telah menganjurkan pertandingan memasak yang bakal mengangkat seorang lagi juara dalam dunia masakan tanah air. Sehubungan dengan itu, empat orang KOL telah menunjukkan kehandalan memasak mereka mewakili zon masing-masing.
Cabaran memasak minggu ini diteruskan oleh Datin Ismatia yang mewakili Zon Pantai Timur. Menu yang dikongsi oleh Datin Ismatia adalah Gulai Kawah Daging menggunakan Rempah Kari Daging BABA’S. Dah lama rasanya tak makan Gulai Daging Kawah ni.
Masak menggunakan rempah kari BABA’S ni memang buat masakan jadi harum dan enak. Boleh bertambah-tambah bila dimakan bersama nasi. Memang tersandar kekenyangan dibuatnya. Kami kongsikan resipi Gulai Kawah Daging oleh Datin Ismatia ni. Memang sedap dan sungguh menyelerakan.
Ads
GULAI KAWAH DAGING
BAHAN-BAHAN:
½ kg daging
½ santan kotak
3 sudu besar Rempah Kari Daging BABA’S
2 sudu besar cili kisar
2 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
2 biji kentang
2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji cili hijau
Garam
Gula
Air
Minyak masak
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang dikisar bersama rempah 4 sekawan.
Kemudian, masukkan cili kisar. Masak seketika sehingga cili kisar masak.
Masukkan Rempah Kari Daging BABA’S dan tambahkan sedikit air. Kacau hingga sebati. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya, masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali seketika hingga daging empuk.
Bila daging dah empuk dan masak, masukkan asam keping, kerisik, santan kotak, gula dan garam. Kacau sebati. Tutup kuali seketika
Kemudian masukkan kentang dan cili hijau. Masak sehingga kentang empuk.
Sedia untuk dihidang.
NAK CUBA RESIPI INI? BOLEH TONTON VIDEO & KLIK DISINI.
JOM SERTAI JAGOH RASA BABA’S SEKARANG
Inilah masa untuk serlahkan kreativiti anda dengan mencipta resipi berasaskan rempah dengan citarasa dan gaya masakan mengikut negeri asal anda.
Para peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu laman web majalah Rasa. Pastikan gambar jelas dan menarik.
Ads
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Bekerjaya atau tidak, suri rumah atau masih belajar, anda layak untuk menyertai pertandingan ini. Siapa tahu anda mungkin bakal dinobatkan sebagai JAGOH RASA BABA’S.
Hadiah yang bakal menanti pemenang juga sangat lumayan ya.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Kami akan berada di empat lokasi utama untuk bertemu anda bagi sesi penjurian secara bersemuka pada tarikh yang ditetapkan. Jadi, pastikan anda menghantar penyertaan melalui borang yang telah disediakan di laman web, www.rasa.my/babas/
21/5/2022 MYDIN BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
Ads
28/5/2022 MYDIN TUNJONG, KOTA BHARU
4/6/2022 MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU
11/6/2022 MYDIN SUBANG JAYA, SELANGOR
Jangan lupa okay temujanji anda bersama JAGOH RASA BABA’S. Untuk maklumat lanjut, layari di laman web www.rasa.my/babas/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.
Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…
1. BETIS KAMBING BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
4 sudu makan rempah bukhary
3 sudu makan puri tomato
1.5 liter air stok rebusan daging
2 biji bawang besar /dikisar
10 ulas bawang putih/ diketuk
5 sm halia
2 batang kayu manis
50 gm daun ketumbar /dihiris halus
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang
5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
2 biji tomato dipotong empat
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK : 1. Rebus daging sehingga 30 minit 2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan. 3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit. 4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi. 5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan. 6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak. 7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato 8. Masukkan air rebusan kambing 9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium 10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1 jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU
BAHAN -BAHAN :
1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu
Bahan dikisar :
200 gm cili hijau /dikisar
50 gm cili padi /dikisar
2 sm kunyit hidup /dikisar
100 gm lengkuas /dikisar
3 biji bawang besar /dikisar
5 ulas bawang putih/dikisar
2 batang serai /dikisar
5 helai daun limau purut/dihiris halus
100 gm daun ketumbar/dihiris halus
3 batang kulit kayu manis
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar. 2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau. 3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati. 4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar. 5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping 6. Masak lagi selama 5 minit. 7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing
INFO CHEF:Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis.
3. SUP KAMBING MALABARI
BAHAN-BAHAN :
800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
50 ml minyak sapi
Bahan sup A:
6 ulas bawang putih /dicincang
2 sm gm halia /dihiris nipis
5 gm kulit kayu manis
5 gm biji pelaga
5 gm daun kari
2 gm ketumbar biji
2 gm habatus sauda
2 gm biji poppy
1 biji limau/dipotong baji
5 gm serbuk lada hitam
4 cawan air
Garam secukup rasa
25 gm daun ketumbar/dihiris
120 gm bawang goreng
35 gm tomato / dipotong baji
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau.. 2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih. 3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato.. 4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak :30-40 minit Cara memasak :Didih dan reneh Jenis masakan : Sup India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti
INFO CHEF: Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.
4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya. 2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan. 3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging 4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan 5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit 6. Biarkan daging empuk 7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
5. MOUSAKKA KAMBING
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato. 2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi. 3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk. 4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu. 5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap) 6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang 7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu 8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi 9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF :Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukupterkenal di negara Arab dan Mediterranean.
Salah satu menu yang wajib dimakan kalau ke kedai Thai adalah daging masak merah. Tak tahulah kenapa tetapi daging masak merah di kedai Thai memang sedap dan warnanya juga menarik. Satu lauk pun dah cukup sebenarnya. Kalau tekak rasa nak makan menu ni, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Zetty Azikin Abdullah ini. Lepas ni boleh masak sendiri sahaja di rumah.
DAGING MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus dan dihiris. Rendam dengan pewarna merah dahulu dan barulah hiris daging.
Masih ada lagi lebih daging korban dalam peti sejuk.Teringin pula nak makan kurma daging kenduri. Hari ni saya nak masak kurma daging yang pekat, likat dan lemak macam kenduri orang dulu-dulu.
KURMA DAGING KENDURI
Bahan-bahan:
1.5 kg daging
8 sudu besar rempah kurma
6-7 biji ubi kentang
Daun ketumbar
6 biji cabai hidup hijau & merah
2 labu bawang besar- potong 4
1-2 asam keping
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula batu
2 sudu besar serbuk badam
2 sudu besar serbuk kas kas
1 sudu besar garam masala
2 sudu besar serbuk lada hitam
1 kotak santan
Garam
Serbuk perasa
Bahan tumis:
Daun pandan
2-3 batang serai
Daun kari
4 beradik ( jangan banyak macam buat kari)
2 inci halia
5 ulas bawang rose
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Bahan kisar:
3 inci halia
1 labu kecil bawang putih
Cara memasak:
1. Mula-mula panaskan minyak untuk menumis. Minyak letak lebih supaya rempah senang pecah minyak.
2. Tumis daun pandan, 4 sekawan, serai yang diketuk, bawang rose, bawang besar, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sampai bawang garing.
3.Masukkan pes bawang putih dan halia.Kacau-kacau masak sampai bawang putih , halia garing.
4.Masukkan daging yang sudah dicuci bersih.Kacau sebati, api dibuka sederha, tutup balik periuk. Masak lebih kurang 10 minit hingga jus daging keluar.
5.Buka periuk, kacau-kacau kemudian letak 8 sudu besar rempah kurma.
6.Masukkan garam masala, serbuk lada hitam, gula batu ( untuk bagi lembut daging) dan air untuk kuah dan masak daging serta rempah sekali.Kacau rata, tutup periuk. Masak hingga daging lembut.
7. Buka tutup periuk beberapa kali untuk kacau rempah. Kalau masak periuk biasa rempah cepat hangit.
8. Bila daging sudah nak empuk, masukkan serbuk kas kas, serbuk badam ( ini petua orang tua-tua nak bagi pekat dan lemak kurma kita)
9.Masukkan santan, nak lagi sedap letak sikit susu pekat.
10. Kemudian masukkan ubi kentang.
11. Masukkan asam keping dan akar ketumbar.Kacau-kacau, tutup dulu periuk bagi lembut ubi.
12. Daging dah lembut , baru letak garam dan perasa. Kacau-kacau, perlahankan api.
13. Masukkan daun ketumbar, cabai hidup merah dan hijau dan potongan bawang besar. (bawang dan cabai wajib letak baru kurma kita sedap).Biar sampai kurma kita pecah minyak. Bila dah tutup api, lagi keluar minyak.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...