Kali ni Min nak berkongsi cerita personaliti VIP yang cantik bergaya ini. Melihat penampilannya yang glamour susah Min nak bayangkan keadaan Datin Dr Ira Ghani atau nama sebenarnya Nor Zaina Ghani ni bila sibuk di dapur.
Sebaik kamera diketik, laju sahaja Datin Ira , 41 tahun, memasak siap boleh bercerita lagak gaya seorang pengacara rancangan tv. Memanglah sebab wanita jelita ini dulu adalah bekas pengacara TV RTM dan pernah juga berlakun dalam drama sebagai pelakun undangan.
Melihat ketangkasannya, sukar dipercayai Pengarah Urusan Positive Image Resources dan Penceramah Motivasi Keusahawanan ini satu ketika dahulu tidaklah semahir sekarang bila memasak.
Namun sekarang sebut sahaja, apa masakan yang diingini oleh suami beliau Prof. Datuk Dr Ibrahim Ahmad, 52 tahun, dan dua ‘puteranya’ Muhammad Danish Irfan, 19 tahun serta Muhammad Danish Roshan, 15 tahun semuanya mampu disediakan.
Di zaman remajanya Datin Ira juga adalah bekas olahragawan sekolah yang seringkali mewakili Pahang. Beliau juga memiliki Diploma Kecantikan dari Open University, padanlah solekannya kelihatan begitu alami dengan sapuan yang ‘flawless’.
Ads
Okay, berbalik bab kembara masakannya, ni 10 kisah menarik Datin Ira sehingga menjadi hebat memasak kini. :
1. Boleh memasak sejak tingkatan 1 sebab duduk di asrama sekolah. Mula serius memasak setelah berkahwin semasa berusia 20 tahun.
2. Suami beliau Prof. Datuk Dr Ibrahim yang pernah bekerja di bahagian F&B hotel ternama adalah pengkritik masakannya yang paling ‘pedas’.
4. Datin Ira Ghani dan keluarga suka masakan bersambal. Suaminya pula ‘pencinta’ kuah kari terutamanya kari ikan, ni baru betul-betul ‘tekak’ orang Kedah.
5. Datin Ira cukup suka dengan kuah labu dengan sambal belacan. Anak-anak pencinta makanan laut.
Ads
6. Kenangan lucu pernah masak sardin tuang terus dari tin. Ini hidangan ujian pertama ketika mula berkahwin.
7. Amalannya jika mahu cepat pandai masak , kena kerap memasak kerana ‘Practice Makes Perfect’.
8. Mengibaratkan memasak sama seperti menyolek. “Kena pandai blend, walaupun sekadar telur masak kicap kena ada skil dan tahu cara nak bawa masakan itu.”
9. Mengacau masakan arah lawan jam.
10. Meletakkan garam dalam masakan , sejurus sebelum tutup api untuk elakkan lauk cepat basi.
Ads
“Hidup kita singkat, jadi nikmatilah kehidupan ini dengan gembira. Bagi saya kejayaan bukan diukur daripada berapa banyak duit yang kita ada tetapi bagaimana kita mengubah cara hidup. Yang penting segala pengalaman seharusnya menjadikan kita lebih kuat , tabah dan bersyukur dengan kehidupan,” pesanan Datin Ira kepada pembaca RASA untuk resipi hidup bahagia. Wow. inilah amalan kehidupannya, patut lah Datin Ira awet muda dan sentiasa manis wajahnya.
Nah, ini resepi ringkas untuk wanita berkerjaya. Ini sajian kegemaran keluarga Datin Ira untuk followers RASA :
AYAM SAMBAL DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam |, digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak
6 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa | dicampur dengan setengah cawan air
1 biji bawang besar | dipotong bulat
2 batang serai | dititik
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK :
1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. 2.Tumis bahan tumbuk serai dan daun kari hingga wangi. 3.Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak dan agak garing. 4.Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih. 5.Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. 6.Masukkan ayam yang sudah digoren garam kunyit, gaul rata hingga bawang besar layu. 7.Tutup api. Hidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sekaya Telur; antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan. Agak sukar untuk mendapatkan kuih ini di bulan-bulan biasa namun jika di bulan puasa, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Imah Rahman. Nampak mudah dan sedap!
1. Campurkan santan bersama gula dan manisan. Kacau hingga larut. Manisan perlu dipotong kecil dan dikisar halus terlebih dahulu supaya ia senang larut.
2. Masukkan telur. Kacau perlahan ( jangan pukul) hingga sebati.
3. Tambahkan garam dan esen vanilla. Sebatikan.
4. Tapis campuran dan tuang ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25-30 minit atau hingga masak. Cucuk guna lidi, jika tidak melekat ia menandakan kuih telah masak.
5. Simpan seketika Sekaya Telur dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian makanan yang ternyata sedap-sedap belaka. Jika hendak dikira jumlah dan jenisnya, pasti tidak terhitung. Andai berkunjung ke Kedah dan Johor, terdapat banyak makanan-makanan tradisi yang sedap. Hari ni RASA kongsikan seleksi resipi tradisional dari kedua-dua negeri ini yang boleh anda cuba buat di rumah. Memang sedap dan unik. Malah ada diantaranya adalah kuih tradisional yang amat jarang ditemui. Sebagai contoh, kuih Bunga Pudak. Dekat Kedah je ada kuih ni. Memang sedap! Andai ke sana memang kena cuba.
Jom lihat resipi-resipinya:
RESIPI TRADISI KEDAH
1. LAKSA KEDAH
Kata orang Laksa Kedah asli ni ada ciri tertentu. Kuah mestilah pekat dan likat. Dari segi warna tu agak pucat sikit kekelabuan. Ini kerana laksa Kedah asli tidak menggunakan cili kering, tetapi menggunakan cili padi.
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus laksa kasar (besar) – direndam dan direbus
1 kg ikan selayang (sardin) direbus bersama asam keping dan sedikit garam
4 ulas bawang merah
1 1/2 sudu kecil belacan
20 biji cili padi (ikut nak pedas mana)
4 keping asam keping
2-3 tangkai daun kesum
2 batang bunga kantan – dibelah
3 batang serai – diketuk
Telur rebus secukupnya
Limau nipis – dipotong
Bahan ulam (dipotong halus dan nipis) :
Daun pucuk jangguih (gajus)
Daun ulam raja
Daun Selom
Daun pucuk putat
Timun
Cili padi
Bawang besar
CARA MEMASAK:
Ikan selayang rebus diasingkan isinya. Isi ditumbuk halus.
Tulang ikan dikisar bersama air rebusan ikan. Lepas kisar tapis dengan penapis (raga) plastik yang berlubang kasar. Tapis dua hingga 3 kali sehingga nampak tulang putih yang tinggal tu.
Bawang merah, cili padi dan belacan dikisar.
Campurkan isi ikan, air tapisan tulang ikan, bahan kisar (cili dan bawang) didalam periuk sekali. Jika terlalu pekat tambah air.
Masukkan asam keping, serai, bunga kantan, daun kesum dan rebuslah sehingga mendidih. Rebus lama supaya kuah menjadi mesra dan lebih sedap. Perasakan garam secukup rasa.
CARA HIDANG:
Letak laksa yang direbus dalam pinggan dan tuang kuahnya.
Tabur ulam-ulaman, cili padi, dan telur rebus.
Perah sedikit limau dan tuang sedikit kicap pekat manis.
Kalau dapat menu ni memang leka. Jika berkunjung ke kenduri perkahwinan di kawasan Utara, selalunya akan disajiakn denga lauk ni. Kena cuba sebab memang best!
BAHAN-BAHAN:
2 batang umbut pisang – potong menyerong dan buang benangnya
1 kg tulang
1 kg daging – potong ikut suka
75 gram serbuk kari daging
1 cawan cili kering kisar
4 cawan santan pekat
2.5 liter santan cair
1 cawan minyak
3 keping kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
4 tangkai daun kari – lurutkan
garam / gula / perasa pilihan secukup rasa
Bahan hiris:
30 biji bawang merah
15 ulas bawang putih
8 cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga layu.
Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Biarkan sehingga timbul aroma.
Masukkan cili kisar dan gaul sebati.
Kemudian masukkan serbuk kari serta daun kari. Tambahkan 1 cawan santan cair. Perlahankan api dapur. Tumis bahan hingga terbit minyak.
Campurkan daging bersama tulang dan masukkan kesemuanya ke dalam kuali. Gaul rata dan masak sehingga daging menjadi layu.
Tambahkan santan cair. Biarkan gulai mendidih sehingga daging empuk.
Masukkan umbut pisang. Masak lagi sehingga umbut layu / lembut.
Akhir sekali tambahkan santan pekat, garam / gula / perasa pilihan.
Sejenis kuih lembut yang lemak manis dan kaya dengan haruman bawang goreng. Biasanya, orang tua-tua suka makan kuih ini. Teksturnya yang lembut dan lemak-lemak manis memang kena dengan selera orang Melayu.
BAHAN-BAHAN:
5 ulas bawang rose – dimayang halus sedikit minyak untuk menggoreng
1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Gorengkan bawang dengan minyak yang mencukupi sehingga ia garing. Angkat dan ketepikan.
Satukan tepung, air, gula dan garam. Kacau hingga tepung sebati dan larut atau kisarkan aja.
Tapiskan ke dalam periuk. Masukkan 1-1/2 sudu tehminyak bawang tadi ke dalam periuk tadi.
Masak dengan api sederhana kecil sehingga ia memekat.
Kacau selalu supaya adunan tidak berketul.
Kacau lagi sehingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
Ambil loyang atau bekas dan sapukan dengan minyak bawang tadi.
Terus tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
Taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan sedikit minyak bawang di atasnya. S
Nota: Boleh letakkan loyang di dalam bekas berisi air untuk sejukkannya. Semua sukatan bahan menggunakan sudu dan cawan metrik.
Kuih bunga pudak adalah sejenis kuih asli di negeri Kedah,terutama di bahagian utara Kedah seperti Alor Star,Jitra dan kawasan-kawasan berdekatan dengannya. Bagi yang nak rasa, kuih ni boleh didapati di kedai-kedai kuih tradisi terutama kat Pekan Rabu,Alor Star.
BAHAN-BAHAN:
INTI:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir
sedikit garam
perasa ros
pewarna kuning/merah/hijau
KULIT:
1 bungkus tepung pulut
1 cawan air
1 cawan garam halus
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk inti. Goreng dengan api sederhana, kacau hingga kering.
Gaul semua bahan untuk kulit. Biar 1/2 jam.
Sediakan kuali sederhana panas. Ambil 1 sudu adunan tepung masuk dalam penapis kopi, ayak tepung tersebut ke dalam kuali. Ayak rata dalam bentuk bulat.
Masukkan inti ditengahnya. Lipat empat segi.
Panaskan seketika, angkat dan ulangi hingga habis.
Laksa yang unik kerana ia menggunakan spageti berbanding kebanyakan laksa lain yang menggunakan laksa beras.
BAHAN-BAHAN:
220gm spageti | direbus
BAHAN KUAH:
200gm ikan kembung | direbus dan dikisar
100gm bawang besar
50gm bawang putih
20gm cili kering
1 batang serai
10gm jintan putih
10gm daun ketumbar
1 batang bunga kantan
800ml air rebusan ikan
200ml santan
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
10gm sambal belacan
10gm cili padi | dipotong kasar
10gm timun
5gm daun kesum
5gm daun selasih
1 biji limau nipis | dibelah dua
CARA MEMASAK:
Didihkan air rebusan ikan di dalam periuk.
Selepas itu masukkan bahan kisar, jintan putih, isi ikan, daun ketumbar, dan bunga kantan. Didihkan.
Seterusnya masukkan santan pekat dan perasakan. Biarkan mendidih sehingga kuah menjadi pekat.
Akhir sekali, masukkan spageti ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan bahan-bahan hiasan yang lain. Tuangkan kuah laksa di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.
2. KACANG PHOOL
Andai ke Johor tetapi tidak menikmati hidangan Kacang Phool, memang tidak lengkap percutian anda. Sajian ini dihidangkan bersama roti dan telur mata. Ada juga hiirsan bawang serta cili bagi pelengkap rasa. Memang best!
BAHAN-BAHAN :
1 kacang foul/phool
1 tin kecil baked bean cap ayam
300 gm daging cincang
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(semua bahan bertanda * dikisar halus)
1 1/2 sudu besar rempah kari Baba`s
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 kiub daging
2 cawan air
2 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa
BAHAN_BAHAN SAMPINGAN :
Roti – lagi best roti paun – dibakar dan sapu mentega
Telur – digoreng mata kerbau
Cili hijau – dipotong kecil
Buah tomato – dipotong dadu
Bawang besar – dipotong dadu
Limau kasturi – belah dua
CARA MEMASAK:
Satukan rempah kari dengan serbuk ketumbar dan sedikit air.Kemudian digaul rata jadi pes .
Panaskan periuk guna api sederhana serta terus masukkan semua minyak sapi.Biar cair dan masukkan semua pes rempah dan kacau bahan-bahan ni sampai la pes rempah pecah minyak, jadi wangi dan masak .
Masukkan semua daging cincang dan dikacau sampai daging masak .
Kemudian masukkan air serta serbuk kiub daging secukupnya ke dalam kuah dan kacau .
Bila mendidih masukkan kacang phool yang dah dilenyek dengan baked bean .
Kacau semua bahan sampai cukup sebati, boleh di rasa jika kurang masin boleh ditambah garam dan boleh juga di masukkan sedikit gula untuk rasa yang seimbang .
Terus kacau sos dan guna api dapur sederhana besar serta biarkan sampai kacang phool menjadi pekat .
Bila kuah dah masak boleh la ditutup api dapur . Biarkan sebentar sampai kacang phool sedikit sejuk dan boleh dimakan dgn roti .
Salah satu sajian mi yang sedap! Mi Bandung Muar ni memang legend. Kuahnya yang pekat, penuh rasa udang kering. Dalam setiap hirupan kuah penuh rasa nikmat. Pergh…Kena cuba ni.
BAHAN-BAHAN:
1 kg mee kuning (dicelur dan di toskan)
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
1/2 cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
1/2 cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci) Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
1/2 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun saderi & daun bawang, jika suka (dihiris)
CARA MEMASAK:
Kisar cili kering, udang kering danair rebusannya, gula, bawang putih serta bawang merah.
Panaskan sedikit minyak didalam kuali
Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.
Masukkan sos tiram, udang, daging rebus,batang sawi, bahan-bahansampingan dan air rebusan daging dan garam
Masak hingga kesemua bahan empuk dan akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan-lahan.
Curahkan kuah keatas mee yang telah di letak dalam mangkuk.
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara Membuat Kuah:
Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari kacau rata.
Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
CARA MENGHIDANG:
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Homemade mushroom seasoning atau serbuk perisa cendawan ini hanya menggunakan tiga bahan saja. Wow! Mudahnya.
Semakin ramai yang menggunakan mushroom seasoning ini di dalam pelbagai masakan, menggantikan bahan perasa lain. Sedap dimasukkan ke dalam sayur goreng, sup dan sebagainya. Sememangnya ia menambah kesedapan hidangan.
Kalau beli yang sedia terjual di kedai/pasar raya, harganya boleh tahan juga. Jadi, kalau nak jimat buatlah sendiri.
Payah ke? Eh, tak payah pun. Bahan yang diperlukan juga hanya tiga. Senang kan? Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Ai Haiza Abdul Jabarini ye.
Mula-mula, cuci dahulu cendawan shiitake. Boleh lap dengan tisu dapur untuk keringkannya. Pastikan ia tak basah ye (kalau perah cendawan tu dan tak keluar air, kira okay dah tu).
Masukkan ke dalam air fryer dan bakar 100C selama kira-kira 20 minit.
Masukkan cendawan ke dalam pengisar. Kemudian tambah garam dan gula.
Kisar sampai teksturnya halus seperti dalam gambar. Siap! Mudah kan? Boleh simpan dalam botol atau bekas kedap udara.