Kedatangan team RASA kediaman Dato’Nurul Mas’on disambut baik oleh beliau. Anggun dengan persalinan serba menawan menepati sesi fotografi hari ini.’ Sementara menanti meja makan dihias dengan hidangan dari air tangan beliau, kami sempat berkongsi cerita bersama beliau

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

 

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

Bercerita tentang resipi yang disediakan oleh beliau semuanya datang dari Thai namun diolah menjadi versi melayu  sesuai dengan tekak orang melayu. Memiliki ilmu dalam bidang Food Industries sejak tahun 2009  sering memberinya idea untuk mengolah makanan antaranya mengeluarkan kicap dan maggi.

“Keluaran terbaru ialah maggi sesuai untuk pasaran BMF. Tiada asid borik,lilin, msg dan bahan pengawet. Malah dalam perancangan, bakal mengeluarkan stok ayam, roti yang boleh tahan sebulan. nutella dan peanut butter .Kini sibuk mengusahakan Restoren Daer Thai di Seri Kembangan. Resipi boat noodle ini dicipta memandangkan ramai rasa ragu dengan menu ini. Jadi bila saya buat menu boat noodle, orang ramai tidak merasa ragu untuk menikmatinya.
dan selepas itu menjadikan ia permintaan yang tinggi di restoran.

Resipi boat noodles ini istimewanya di mana rempah ratusnya dari Thailand dan yang membuatnya juga orang Islam dari Yala dan Satun. Saya sendiri yang mengolah resipi boat noodle ini,”ujar beliau.

Berkebolehan memasak

Beliau dikelilingi oleh adik-beradik lelaki yang ramai dan dua perempuan termasuk diri beliau. Awalnya beliau memang tidak tahu memasak. Bila masakan dilempar katanya tidak sedap, beliau tanamkan semangat untuk pandai masak.

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

“Saya belajar dengan melihat orang tua-tua memasak. Minta resipi dan belajar dengan mereka. saya juga banyak berguru dengan chef. tapi saya lebih suka belajar dengan orang tua kerana mereka lebih banyak ilmu untuk menu-menu tradisi. Arwah atuk juga pandai memasak begitu juga ibu dan bapa mempunyai restoran di New Zealand suatu ketika dulu. Kalau memasak western saya belajar dengan chef. Saya juga boleh memasak untuk 500- 1000 orang makan,”cerita beliau

Tidak rugi dicabar kerana kini beliau semakin mahir dalam memasak. Memiliki lapan orang cahayamata beliau lebih puas memasak sendiri. Bagi memudahkan kerja memasak,
beliau sediakan pes.Selain itu untuk mudahkan kerja memasak, bijak merancang menu untuk sebulan.

IKLAN

Beliau tahu apa nak masak dan masak apa yang anak-anak suka. Boleh cuba menu yang berbeza. Contoh bila anak tak makan sayur cincang dimasukkan sekali dengan meatball. Begitu juga mereka suka makan roti canai. Tetapi saya buat sendiri di mana roti canai itu saya buat guna nasi semalam.Bila masak sama seperti capati. Anak-anak lebih menyukai menu western.

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

“Saya juga suka meraikan tetamu untuk nikmati air tangan saya. Kadang kala kami ada buat usrah. di situ juga saya suka menjamu mereka yang hadir di majlis agama itu.Impian saya untuk menghasilkan produk Muslim yang dapat memberi manfaat buat masyarakat. Juga berkongsi ilmu dalam pemakanan sihat,”ujar beliau mengakhiri bualan.

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

Boat Noodles

Masa memasak: 60 minit

Bahan-bahan
200gm bihun/kue tiau /mi
2 ketul tulang lembu
150gm hati ayam/ lembu
6 biji bebola daging
150gm daging (potong nipis)
100gm tauge
100gm kangkong
2 pokok daun bawang
2 pokok akar daun ketumbar
1 biji tomato
bawang jeruk
1 biji bawang putih / bawang Holland
Rempah 4 sekawan
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 sudu makan kicap gunung
2 sudu makan kicap ikan
1 liter air
1/2 cawan santan
1 helai daun pandan
Halia

IKLAN

Cara memasak:
1. Hiris daging nipis
2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan tulang, daging , bawang putih, bawang Holland, rempah 4 sekawan, lada hitam,
kicap gunung, kicap ikan, bawang jeruk, akar daun ketumbar, tomato, daun pandan , garam dan gula.
3. Kisar hati ayam/lembu bersama santan. Panaskan kuali dan masak .Setelah itu masukkan dalam kuah sup.
4. Celur bihun, tauge, kangkong dan bebola daging.
5. Sedia untuk dihidang.

 

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

Daging @ ayam samseng

Bahan-bahan:

200gm daging/ayam
1 biji bawang Holland ( potong kecil)
5-6 biji bawang putih ( ketuk /hiris)
10 biji cili api merah & hijau ( potong kecil)
3 biji cili merah besar
1 sudu besar kicap gunung
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar sos tiram
4 sudu teh gula
1 sudu teh ajinomoto
2 cawan minyak
kunyit – hujung sudu

Cara memasak:
1. Sediakan ayam /daging yang dipotong kecil.
2. Di dalam bekas khas, masukkan cili boh, kicap gunung, sos tiram, gula, ajinomoto, kunyit dan gaulkan.
3. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan tadi. Masak dengan api yang kecil.
4. Setelah hampir masak, masukkan bawang Holland yang telah dipotong , bawang putih, cili padi, cili merah besar. Biarkan dalam 5 saat
5. Akhir sekali tapis letakkan minyak bijan.
6. Letak kembali di dalam minyak, gaul dan angkat.
7. Sedia untuk dihidang.

IKLAN

 

Daging Samseng , Resipi Istimewa  Olahan Dato’Nurol Jadi Rebutan

Pulut Mangga Dwi Warna

Bahan-bahan:

1/2kg pulut
1 cawan santan pekat
mangga masak
1 sudu teh garam
2/3 sudu besar gula
1 helai daun pandan
pewarna makanan ( hijau)
1 sudu teh bijan

Cara memasak:
1. Rendam pulut di dalam air selama 2-3 jam.
2. Sediakan kuali dan masukkan santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil.
3. Pulut yang sudah direndam perlu dikukus. Kukus sehingga masak. Ulang kukus sebanyak 2 kali.
4. Buah mangga terpulang pada cara masing-masing sama ada mahu dipotong keci-kecil atau potong sebelah .
5. Hidang bersama pulut. Ditaburkan bijan diatasnya.

 

Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI