
Macam-macam versi orang masak Daging Palembang, tapi menariknya daging ini tetap sedap dengan rasa gabungan pedas dan manis kicap yang sangat sedap sebagai hidangan keluarga di hujung minggu atau lauk untuk kenduri kerana ia lebih mudah dimasak berbanding rendang daging biarpun rasanya hampir sama.
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging – potong lebar dan nipis
- 3 batang serai – titik
- 750 ml santan pekat
- 250 gm kicap manis
- 150 ml minyak masak
BAHAN-BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 3 cm lengkuas
- 15 tangkai cili kering
- 3 cm kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan penumis, bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga air daging keluar dan biarkan seketika.
- Masukkan kicap, diikuti dengan santan. Biarkan mendidih hingga daging mula empuk.
- Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat dan timbul minyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Tak Larat Nak Makan Durian Aje…, Cubalah 2 Resipi Pencuci Mulut Ni Dari Raja Buah Ini..

Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar durian yang dah tak tahu nak buat apa dengan stok durian yang kat rumah tu, meh pakat buat dua ‘dessert’ berasaskan durian ni. Resipi ni sumbangan dari Eksekutif Chef Suhaifi Idris, Pastry Chef Norazli Amat Hamam dan Chief Baker Zaid Alwi dari Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang
2 resepi yang patut anda cuba ni ialah Kek Keju Durian dan Puff Krim Durian.
KEK KEJU DURIAN
BAHAN-BAHAN :
- 250 gm krim keju
- 175 gm gula kaster
- 3 biji kuning telur
- 200 gm krim putar
- 40 gm gelatin
- 100gm isi durian
Bahan lapisan bawah :
- 200gm biskut Orea hancur
- 120gm mentega dicairkan
CARA MEMASAK :
1. Satukan biskut bersama mentega yang dicairkan, gaul rata dan terap dalam acuan kek bersaiz 25 sm.
2. Pukul krim keju bersama gula hingga kembang dan berkrim.
3. Masukkan telur dan pukul rata dan masukkan pula krim putar dan kemudian gelatin.
4. Akhir sekali masukkan isi buah durian, gaul rata.
5. Tuang dalam acuan dan simpan di dalam peti ais semalaman
KRIM PUFF DURIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 500 ml air
- 150 gm mentega
- 1/2 sudu teh garam halus
- 350 gm tepung gandum | diayak
- 7 biji telur
Bahan krim durian :
- 500 gm krim putar
- 5 titik pewarna kuning
- 200 gm isi durian
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air,masukkan garam dan mentega. Masak hingga mendidih dan mentega cair
2. Masukkan tepung gaul rata hingga menjadi doh.
3. Pukul guna mesin sehingga suam kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji hingga doh licin.
4.Guna piping beg bentukkan di atas dulang pembakar
5. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap dan ketepikan
Cara masak krim durian:
6. Pukul semua bahan sehingga rata, guna piping bag dan isikan dalam puff tadi.
7. Puff sedia untuk dihidang
Kalau nak makan dah siap terhidang , dua pencuci mulut ini boleh didapati:
Kafe Strada and Anjung Braserrie, Lanjut Beach & Golf Resort
Cara Buat Pekasam Cendawan Tiram Homemade Guna 3 Bahan Je

Pekasam Cendawan Tiram ni nampak sedap. Biasanya kita dengar Pekasam Ikan atau Pekasam Daging je. Tapi melalui perkongsian saudari Cik Siti, beliau kongsikan cara-cara membuat Pekasam Cendawan Tiram yang sangat mudah. Masak dan makan bersama nasi panas memang terbaik. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PEKASAM CENDAWAN TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- Cendawan tiram
- Beras
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cendawan dan perap bersama garam secukupnya.
2. Sangai beras tanpa minyak sehingga berwarna perang dan berbau wangi.
3. Kemudian kisar beras yang disangai tadi hingga agak hancur.
4. Gaul serbuk beras bersama cendawan. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan biarkan selama 1-2 hari sebelum digoreng.
5. Untuk menikmatinya, goreng pekasam dan tambahkan hirisan cili untuk rasa lebih enak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Cik Siti
Suka maka BBQ tapi belum ada PEMANGGANG ELEKTRIK? Nah..Pilih je DISINI. RASA sediakan seleksi barangan terbaik yang boleh dimiliki pada harga mampu milik. Memang berbaloi.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
7 Cara Buat Dendeng Daging Sedap & Empuk, Boleh Ikut Petua Ni.
Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan
Variasi Sajian Korea Yang Sesuai Dengan Tekak Kita, Pedas & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Ini 3 Menu Seafood Comfirm Sedap, 10 Minit Siap!

Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit siap masak ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
- 300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh minyak bijan
- ½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang
- 1 biji bawang besar | cincang
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada putih
- 50gm daun bawang | potong 3cm
- 1 sudu makan susu segar
- Garam secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
- Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
- Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
- Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
- Kacau rata dan tutup api.
- Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
- 300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
- 1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
- 1/4sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
- 1/2 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu makan kicap
- 3 sudu makan air
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh gula
- Sedikit garam jika perlu
- Bahan-bahan lain:
- 4 ulas bawang putih | cincang kasar
- 4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
- 5 tangkai cili kering | potong 2cm
- 1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
- Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
- Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
- Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
- Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
- Tutup api, dan gaul rata.
- Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
- 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
- 4 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 biji bawang besar | dadu kecil
- 3cm halia muda | hiris halus memanjang
- 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
- 2 biji cili hijau | hiris bulat
- 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu teh rempah masala
- 1 biji tomato | potong dadu
- 2 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa.
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
- Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
- Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
- Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
- Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.