Daging, kalau dibuat masak lemak cili api memang ‘terangkat’ habis. Lauk buat menambah nasi jadinya. Lagi-lagi kalau dibuat pedas sedikit.
Jika lazimnya, cara memasak daging masak lemak cili api akan terus dicampur semua bahan sekali ke dalam periuk, tetapi resipi perkongsian Yayar B. Awang Noh kali ini dimasak secara tumis.
Jom ikuti langkah demi langkah membuat daging masak lemak cili api cara Yayar. Sedap!
Menu Kari Daging Pekat perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni memang istimewa dan nampak sedap. Ada daging serta sayur-sayuran yang dimasak bersama. Malah ianya juga tidak menggunakan santan. Bagi anda yang suka makan kari macam di kedai mamak, boleh cuba resipi ni. Pasti berselera.
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, bawang merah, cili kering, cili hijau dan daun kari.
2. Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap.
3. Masukkan air asam jawa. Boleh juga digantikan dengan yogurt.
4. Masukkan rempah kari daging, serbuk cili, serbuk kunyit dan rempah jintan serta biji ketumbar yang telah ditumbuk. Gaul rata.
5. Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
6. Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
7. Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit.
8. Apabila jus daging telah keluar, masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan reneh kari guna api paling kecil.
9. Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Sepanjang tempoh PKP ini masing-masing tentunya menyediakan menu homemade buat keluarga. Dalam tempoh ini juga mengajar anda untuk berjimat dan menghargai setiap rezeki yang dikurniakan Allah. Jika sebelum ini banyak berbeli dan berbuang , mungkin dari boleh menjadi kreatif untuk menghasilkan menu buat keluarga.
Menjengah ke facebook Yna Sarina anda mungkin boleh mendapatkan idea untuk memasak pada setiap hari. Dia berkongsi resipi-resipi sepanjang PKP ini . Lebih 50 menu masakan bermula dari menu sarapan, tenghah hari dan minum petang dikongsinya.
Baginya sememangnya masa PKP ni, kami luang banyak masa bersama keluarga. Bercerita tentang macam -macam hal. “kami pun balik ke Kedah jarang-jarang, jadi menggunakan masa yang ada untuk keluarga dengan memasak makan buat mereka. Ia satu terapi buat saya memasak untuk suami dan mentua,” jelasnya.
Rutin harian sepanjang PKP
Di rumah mentua ada tiga keluarga dalam rumah iaitu enam dewasa dan lima kanak-kanak. Pastinya memasak dengan kuantiti yang banyak untuk kami makan bersama. Selesai solat subuh tugasan memasak sudah dimulakan.
Dalam jam 7 hingga 7.30 pagi sarapan sudah tersedia. Dalam waktu begini, kadangkala anak-anak belum bangun lagi. Habis sarapan dalam jam 8.30 , selepas kemas-kemas rumah terus prepare untuk makan tengah hari.
“So bila prepare lunch, saya akan masak berdua dengan biras atau saya masak sorang. Dia akan jaga anak. Saya atau kami berdua duduk dapur, anak-anak buat online homework. Jadi memang tidak mengganggu masa masak kami.
Memang sengaja masak pagi-pagi untuk lunch supaya tengah hari tidak kelam kabut. Jadi akan prepare 3-4 jenis lauk sekali untuk makan malam. Biasanya ambil masa untuk masak sekejap saja sebab saya memang tukang masak sebelum ni, jadi masak untuk 3-4 jenis lauk dalam masa satu jam sudah selesai,”kongsinya.
Selepas solat zohor kami makan bersama . Selepas itu berfikir pula menu untuk hi tea. “Biasanya saya akan Google resipi mudah atau ahli keluarga yang lain akan bagi idea nak masak apa. Minum petang di rumah ini adalah wajib. Sebenarnya saya bukan jenis orang yang suka buat kuih. Tapi time PKP ni, saya ambil peluang untuk belajar sesuatu yang baru. Bila kita buat dan menjadi, seronok itu datang sendiri. Bila seronok, kita jadi excited nak try buat yang lain pulak.
Biasanya kuih yang saya cuba buat hanya menggunakan barang yang ada di rumah. Bahan wajib ialah tepung gandum,” terangnya
Bila tengah hari sudah memasak banyak, jadi akan panaskan lauk siang. Andai kata lauk habis, akan masak benda yang simple contohnya sambal sardin dan telur dadar atau buat nasi goreng. Lagipun makan malam tak cerewet sangat. Memadai makan apa yang ada sahaja.
Tip memasak dengan cepat: 1. Perasingkan bahan mentah
Biasanya kalau ketua keluarga keluar beli barang, saya akan cuci semua bahan mentah siap-siap. Senang Nanti nak ambil kalau nak guna.
2. Kisar cili kering
Kisar siap-siap. Nak Guna just ambil sahaja. Jangan la time nak masak, time itu juga nak rendam lada kering, nak kupas bawang. Bukan buat keje pejabat kena work smart. Buat keje dapur pun Sama.🤣🤭
Saya mmg Akan menggunakan masa seminima mungkin ketika berada di dapur kerana mempunyai anak yang masih kecil (1y5m & 3y3m)
3.Masak ikut turutan
Untuk jimatkan penggunakaan kuali/periuk, saya akan masak mengikut turutan. Satu kuali boleh masak tiga jenis masakan tanpa perlu membasuh.
CTH: masak sayur terlebih dahulu, kemudian ayam masak merah dan akhir sekali kari daging. Jimat masa!
4. Rancang menu
Rancang menu sebelum masuk ke dapur. Jangan melanguk 15 minit baru nak fikir nak masak apa, dah bazir masa. So make sure, Kita tahu menu apa yang kita nak masak untuk hari ini
Bila sebut sajian Asia, korang pernah makan tak sajian Filipina ? Bagaimana pula resipi dari Jerman dan Russia. Kalau nak teroka sajian baru ni barisan chef yang diketuai oleh Faribusz dan rakan-rakan tenaga pengajar Sg. Academy ada resipinya.
Bahan-bahannya agar banyak sedikit, tapi rasanya amat lazat sekali. Berbaloi dengan tenaga dan masa yang diluangkan. Banyak istilah baru dalam dunia kulinari antarabangsa ni. Cuba lah ya…
1.GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
Bahan ditumis :
CARA MEMASAK : 1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk. 2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air. 3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan. 4. Bentukkan doh menjadi spaetzli (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak. 5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan 6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa. 7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa. 8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman) Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Info Chef: Spaetzle mi dibuat dari tepung gandum atau mi telur ini juga terkenal di Hungary, Switzerland dan beberapa bahagian Eropah. Boleh dibentukkan doh mi dengan ditekankan di dalam tapis.
2. ENGLAND BEEF WELLINGTON WITH AU JUS
BAHAN-BAHAN :
Bahan Au Jus (sos dari rebusan tulang daging) :
Bahan Puff pastry:
CARA MEMASAK : 1. Potong daging membentuk silinder. Kemudian panggang seketika diatas api sehingga menjadi keperang-perangan sekelilingnya. Angkat dan asingkan 2. Kemudian kisar semua cendawan bersama daun thyme, sehingga hancur.Tumis cendawan dengan sedikit mentega sehingga masak. 3. Kemudian hiriskan lobak merah ,bawang Holland dan saderi. 4. Kemudian dalam satu dulang letakkan tulang lembu. Tabur lobak merah,saderi dan bawang Holland di sekeliling tulang lembu. 5. Tuang tomato puri di atas tulang lembu tadi.Bakar sehingga 20 minit. 6.Dalam satu mangkuk campurkan tepung gandum,air ,garam, majerin pastri dan mentega. Gaul sehingga menjadi doh.Rehatkan seketika dalam peti sejuk ‘chillers’ 6.Angkat tulang lembu yang telah dibakar tadi. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan 1 liter air. Rebus sehingga mendidih. 7.Selepas itu, dalam periuk lain masukkan ½ liter air rebusan tadi, masukkan rosemary dan daun salam gaul seketika, selepas itu masukan mentega dan sedikit tepung gandum. Tutup api selepas sos menjadi pekat dan warna perang. 8. Satukan bahan puff pasti pastri menjadi doh. Uli dan canaikan doh puff pasteri serta lipatkan menjadi segi empat.. Rehatkan sekurangnya 10 minit selepas setiap kali mencanai dan melipat (ulangi 10 kali). 9. Kemudian susun ayam salami di atas doh puff pastry pada lapisan pertama. 10. Pada lapisan kedua letakkan cendawan yang telah dimasak tadi,ratakan menjadi satu lapisan nipis. 11. Pada lapisan ketiga letakkan daging batang pinang.Selepas itu sapukan telur disekeliling doh puff dan roll menutupi daging tadi.
3. BEEF STROGANOFF
BAHAN-BAHAN :
Bahan nasi mentega:
CARA MEMASAK : 1. Cincang halus bawang putih. Hiris bawang holland,cendawan butang dan cendawan portabelo. 2. Panaskan mentega dan tumis bawang putih,bawang Holland, cendawan butang dan cendawan portabelo. 3. Seterusnya masukkan mustard dan cuka ke dalam bahan-bahan yang telah ditumis tadi. 3. Kemudian masukkan daging yang telah diperap dengan serbuk paprika dan sedikit garam selama (perap 20 minit) ke dalam bahan tumisan. 4. Reneh selama 3 hingga 4 minit. Masukkan tepung gandum (dicampurkan sedikit air) untuk memekatkan kuah. 6. Setelah mendidih masukkan yogurt dan gaul. Tutupkan api 7. Taburkan lada benggala hijau untuk hiasan. 8. Siap untuk dihidang. Cara penyediaan nasi mentega: 1. Masak nasi 2. Selepas nasi masak semasa panas,gaulkan bersama mentega. 3. Kemudian taburkan sedikit daun bawang untuk hiasan atas nasi. 4. Sesuai dihidang bersama beef stroganoff
Saiz hidangan:1-2 orang Waktu memasak:25 hingga 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Sajian Tradisional Russia Keistimewaan: Daging berjus penuh perisa cendawan, enak dimakan dengan nasi mentega
Info Chef : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
4. FILIPINO CHICKEN ADOBO
BAHAN-BAHAN :
Bahan hiasan:
CARA MEMASAK : 1. Campurkan cuka, kicap cair , bawang putih, lada hitam dan serbuk cili perap ayam di dalam peti sejuk selama 1 hingga 3 jam. Jangan buang lebihan air jus perapan ini.
2. Kemudian keluarkan ayam dari perapan tadi, masak kepingan ayam dengan minyak jagung sehingga perang keemasan depan dan belakang dalam 3 minit.
3. Selepas itu,ambil bahan jus perapan tadi dan masukkan daun bay ke dalam periuk ayam tadi.
4. Masak sehingga ayam empuk dan betul-betul lembut.
5. Biarkan mereneh sehingga kuah menjadi pekat
6. Siap untuk dihidang dan sesuai dimakan bersama nasi putih.
7. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan:1-2 orang Waktu memasak: 1 jam 20 minit Cara memasak: Reneh Jenis masakan: Sajian Filipina Keistimewaan: Sajian yang mudah dimasak dengan bahan yang ringkas
Info Chef : Ayam perlu diperap lama agar rasa kicap soya sebati dengannya. Sajian popular masyarakat Filipina, boleh juga dimasak menggunakan daging lain.
5. SPICY MISO SOBA
BAHAN-BAHAN :
CARA MEMASAK : Cara masak sup miso soba 1. Didihkan air dan kemudian masukkan pes soba . 2. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan iaitu cuka, minyak cili,minyak bijan,minyak zaitun, madu, cendawan,isi ketam,isi ayam,bawang Holland ,bawang putih ,lobak merah,tauhu lembut,rumpai laut dan kepah. 3. Apabila mendidih tutupkan api 4. Celur mi soba seperti mencelur pasta, letak sedikit garam dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sup di atasnya. 5. Sajian siap untuk dihidang
Saiz hidangan:1-2 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Rebus dan didih Jenis masakan: Sajian Jepun Keistimewaan: Miso Soba yang diperbuat daripada kacang soya dan rendah kalorinya
Info Chef :Mi Soba adalah mi nipis dan menjadi pilihan utama sajian mi di Jepun selain mi tebal mi Udon.
6. USA SHRIMP GUMBO
BAHAN-BAHAN :
Bahan hiasan:
CARA MEMASAK : 1. Masukkan sedikit minyak kemudian tumis bawang holand,cili hijau,lada benggala dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit paprika 3. Selepas itu masukkan buah tomato dan tomato sos kacau sehingga sebati 4. Akhir sekali baru letak udang harimau dan lala. 5. Hiasakan dengan tomato cheri dan daun parsli 6. Hidangkan bersama nasi bayam
Cara penyediaan nasi bayam. 1. Masak nasi dan rebuskan bayam sebentar, atau celur sebentar dalam air panas.. 2. Gaulkan nasi bersama bayam 3. Siap untuk dihidangkan dengan lauk udang tadi.
Saiz hidangan:1-2 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Reneh dan didih Jenis masakan: Sajian USA Keistimewaan: Sajian Ameri Syarikat ini ringkas dan mudah disediakan
Info Chef : Anda juga boleh menambahkan makanan laut yang lain seperti sotong, kepah. Makanan laut diletak akhir sekali dan usah masak lama untuk mengekalkan kemanisannya.
RESIPI :Nadzirah Abdul razak, Mohd Aizat Sha’rani, Wan Noraini Syuhada Mohamad dan Faribusz Anak Kandau TERIMA KASIH : SG ACADEMY, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. www.sgacademy.edu.my
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!