Sajian Daging Bawang Putih ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Menurut empunya resipi; Myra Chaqkey, resipi ni diwarisi dari neneknya yang berasal dari Bangkok, Thailand. Cukup sekadar lauk ni dan nasi, pun dah mampu membuatkan kita makan bertambah-tambah. Nak masak pun sangat mudah. Jom cuba!
CARA MASAK DAGING BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
350gm daging – hiris
2 sudu makan minyak masak
Sedikit air
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 labu bawang putih
15 biji cili padi
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Ads
2. Masukkan hirisan daging yang telah bersih dan ditoskan airnya.
3. Tambahkan sedikit air supaya daging empuk sekata. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
4. Teruskan masak daging hingga air kering.
5. Daging Bawang Putih siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Hidangan nasi dagang ini bukan jadi kegemaran orang pantai timur saja. Disebabkan itulah ramai yang sanggup belajar masak nasi dagang supaya puas makan di rumah.
Cuma bab masak nasi dagang yang perlu beberapa kali dikukus buat ramai yang terbantut hasrat untuk menyediakannya.
Tapi sebenarnya ada saja cara masak nasi dagang ekspres, yang mudah dan cepat tanpa perlu dikukus. Kaedah masak nasi dagang ini dikongsi oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim.
1 cawan beras basmathi
1 cawan beras perang nasi dagang
1 cawan beras pulut
Halia dihiris
Bawang merah dihiris
Sedikit halba
Sedikit garam
Santan kelapa/santan kotak secukupnya campurkan dengan air. Jangan pekat sangat .
*Kuantiti santan ikut jumlah cawan beras atau lebihkan sedikit.
Cara membuat nasi dagang tanpa kukus
1. Beras perang direndam dahulu beberapa jam atau semalaman. Kalau guna steamed basmathi, hanya rendam dalam 10 minit cukup.
2. Basuh semua beras, masukkan semua ke dalam periuk.
3. Campurkan santan dengan air. Sukatannya dilebihkan, jadinya 4 cawan santan, 3 cawan beras atau ikut kesesuaian jenis beras Basmathi pilihan.
– Lebihkan santan biar berminyak dan berkilat nasi dagang.
– Kalau guna santan kotak boleh letak satu atau dua sudu minyak masak untuk kilatkan nasi dagang nanti.
4. Masukkan hirisan bawang dan halia serta halba. Masak seperti memasak nasi biasa atas api gas atau dalam periuk nasi elektrik.
– Kalau nampak nasi macam kurang masak boleh tambahkan santan.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol, (ikan ayer hitam) – dikerat dan direbus bersama asam keping dan sedikit garam. Air rebusan jangan dibuang.
1 paket kecil rempah masak cap rose mawar(15g)
3 atau 4 sudu rempah gulai cap rose mawar
1 batang kayu manis
1 sdk serbuk serbuk jintan putih
1 sdk serbuk jintan manis
1 sdk serbuk ketumbar
2 inci belacan (jika suka)
Cili kisar – ikut tahap kepedasan
Bawang besar, halia dan bawang putih – dikisar
Lengkuas – dihiris
1 asam keping
Gula Melaka secukupnya
Sedikit kerisik (saya suka lebihkan)
Garam secukup rasa
Minyak masak
Santan kelapa
Cili/tomato/belimbing buluh untuk menambah warna dan selera
Beberapa biji telur rebus
1.Tumis bahan kisar hingga timbul minyak. Masukkan cili kisar dan biarkan hingga pecah minyak.
2. Masukkan semua rempah, gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air rebusan ikan bersama santan. Biarkan sampai mendidih.
3. Masukkan sebahagian lagi air rebusan ikan. Bila dah mendidih semula masukkan kerisik dan gula Melaka, tomato/belimbing buluh dan cili. Biarkan dengan api perlahan sehingga kuah agak pekat dan timbul minyak. Akhir sekali masukkan telur rebus.
Tip: Kalau nak buat sarapan, seeloknya masak lewat malam, biarkan semalaman.Kuah akan lagi cantik dan sedap. Pagi esoknya hangatkan saja sekejap dan hidang dengan nasi dagang panas.
Cara buat acar
-Timun,lobak,nanas dan cili dihiris
-Gaulkan kesemuanya dengan sedikit cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Cuti hujung tahun hampir tiba. Inilah masa untuk mencuba variasi resipi baru. Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim inspirasi dari Amerika Syarikat. Tak perlu travel jauh-jauh, anda boleh saja masak sendiri di rumah. Jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Chesdale untuk hasil yang lebih enak. Selamat mencuba!
Tak tau nak masa kapa tengahari ni, apa kata korang masak set Nasi Kunyit dengan lauk Daging Kerisik dan Udang Jintan. Senang nak masak dan sedap, sesuai sangat masa cuti sekolah ni. Buat lebih boleh bag ikat jiran sebelah. Kalau takda bahan sempata lagi nak le pasar pagi ni…Tak salahkan sesekali berubah rasa makan.
.
DAGING TUMIS KERISIK BAHAN-BAHAN:
BAHAN HIRISAN:
BAHAN KISAR:
CARAMEMASAK: 1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak. 2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk. 3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi. 4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut. 5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah. 6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan. 7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.
.
UDANG MASAK JINTAN BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan udang, buang sesungut dan muncung tajam tanpa membuang kepalanya. 2. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan satu sudu makan bahan kisar dan jus limau nipis. Perap selama 20-30 minit. 3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris. 4. Setelah wangi, masukkan lebihan bahan kisar tadi. 5. Seterusnya masukkan pula campuran rempah kari, jintan manis dan putih yang telah dicampur dan dikacau menjadi pes. 6. Apabila pes telah pecah minyak, masukkan udang, kemudian tambahkan satu cawan air untuk kuah. 7. Kemduian masukkan daun kari, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 8. Biarkan seketika di atas api sehingga kuah sedikit likat tetapi tidak terlalu pekat. 9. Tutup api dan udang siap untuk dihidangkan.
.
NASI UDANG KUNYIT BAHAN-BAHAN:
BAHAN REMPAH PENUMIS:
BAHAN HIRISAN:
CARA MEMASAK:
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.