Minum petang apa yang hari ini? Jom tengok apa yang ada di dapur. Bila ada tepung gandum boleh buat cucur manis sticks atau churros versi kampung.Sedap makan petang-petang ni, lagi-lagi kalau hujan perghh layan.Kalau nak buat lagi gemuk-gemuk pun boleh je. Nak buat bentuk lain, ikut cita rasa anda.
CUCUR MANIS STICKS
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3-4 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
Cara membuat:
1.Mula-mula masak air, gula, minyak dan garam. Masak sampai semua gula larut. Air dah mendidih, tutup api.
2.Letak tepung dalam bekas yang sesuai. Saya guna tepung gandum cap ros. Tepung lain kadang-kadang jadi lembik sikit.
Ads
3.Tuang air gula yang dimasak tadi ke dalam tepung.
4.Kacau-kacau, gaul rata. Tunggu sejuk sikit, uli-uli pulak dengan tangan, nak pastikan semua tepung sebati dengan air gula.
5.Ni rupa lepas dah uli. Doh ni sepatutnya tak melekat dekat tangan.
Ads
6.Bentukkan panjang-panjang macam ni, lepas tu potong. Ikut suka nak potong jadi panjang mana.
7.Panaskan minyak, goreng guna api sederhana. Balik-balikkan, goreng sampai perang.
Sedapnya Coney Sosej perkongsian saudari Rrose Rapii ni. Sekali pandang persis Coney Dog di A&W. Resipinya sangat mudah dan tidak renyah. Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Anak-anak pastinya suka ni. Sedap dan mengenyangkan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
Terasa nak makan keropok lekor panas-panas? Boleh cuba buat Keropok lekor viral ni. Guna mi segera dan tak pakai isi ikan pun! Tapi hasilnya memang macam keropok lekor ikan yang beli dekat kedai tu. Kos tak sampai RM8. Jom cuba resipi perkongsian dari Puan Zuraita Mohd Anua ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
KEROPOK LEKOR MI SEGERA VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera – perisa asli atau apa-apa perasa pilihan anda
1 biji telur
6 sudu makan tepung ubi kayu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus mi segera hingga kembang. Kemudian toskan.
2. Masukkan mi segera tadi, perasanya, telur dan sedikit garam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
3. Seterusnya campurkan tepung ubi dan tepung gandum.
4. Uli seketika sehingga doh tidak melekat di tangan.
5. Bahagikan doh dan uli memanjang.
6. Didihkan air dalam kuali atau periuk kemudian rebus keropok lekor tadi. Tunggu hingga keropok timbul baru diangkat.
7. Potong keropok menjadi potongan kecil.
8. Goreng hingga garing.
9. Angkat dan sedia dinikmati bersama sos pilihan.
Siapa kata menu untuk diet tak sedap? Salah ye, banyak je menu sedap yang boleh diolah semula ikut cita rasa. Asalkan anda tahu kalori yang perlu diambil dan menggunakan cara memasak yang sihat. Berikut RASA bawakan dua resipi menu sihat yang pantas disediakan dan sihat.
SANDWICH PESTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 cawan daun ketumbar
1 ulas bawang putih
15gm daun pudina
1 sudu makan kacang tanah, dibakar
1/3 cawan minyak zaitun
Garam dan lada hitam secukup rasa
1/4 cawan keju cheddar
1 biji limau nipis | diambil jus
2 keping dada ayam | direbus dan dicarik
1 buku roti Perancis
1 biji tomato | dihiris
3 helai daun salad | dihiris
CARA MEMASAK:
Kisar daun ketumbar, daun pudina, bawang putih dan kacang secara kasar.
Masukkan minyak zaitun secara sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan. Kisarkan sehingga lumat.
Perasakan dengan garam, limau nipis dan lada hitam secukupnya.
Masukkan pesto ke dalam mangkuk berisi isi ayam. Gaul rata.
Potong roti Perancis dan susun daun salad serta tomato dengan secukupnya.
Sudukan pesto ayam. Sedia untuk dinikmati.
WRAP CAPATI KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
5-6 kepingan daging kambing (lamb chop)
250ml santan
Kepingan tortilla secukupnya
5 helai daun salad | dihiris
Sedikit daun ketumbar | dihiris
2 biji tomato | dihiris
Air secukupnya
BAHAN REMPAH:
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk pala
2 sudu makan puri tomato
BAHAN TUMIS :
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
2 biji bawang besar | dipotong dadu
2 biji buah tomato | dicincang
3 inci halia | ditumbuk lumat
6 ulas bawang putih | ditumbuk lumat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan sos masala, panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis serta buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau perlahan sehingga garing.
Masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk. Kacau perlahan sehingga garing. Seterusnya masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau perlahan sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan puri tomato. Kacau lagi sehingga pecah minyak.
Akhir sekali masukkan santan. Kacau sehingga kuah pekat. Tutup api.
Sapukan sedikit kuah masala yang dimasak tadi ke atas kepingan kambing dan panggang hingga masak.
Ambil dagingnya, letakkan di atas tortilla. Taburkan hirisan salad, daun ketumbar dan tomato. Sudukan sedikit sos masala. Gulung kemas dan hidangkan.
Nak cuba masak ayam bistik homemade yang sedap, mudah dan berkuah pekat? Jom ikut resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini – bahan ringkas, rasa mantap, sesuai untuk seisi keluarga!