Puding roti viral kali ni nampak lebih menarik dari yang biasa. Lebih sedap dihidangkan selepas berbuka atau ketika moreh, makan jetika sejuk mesti seronok makan sekeluarga. Apa kata cuba resipi langkah demi langkah yang sangat mudah ni.
Korang sapu butter pada loyang.
Kemudian susun roti satu persatu.
Tabur kismis.
Ulang step sekali lagi.
Kalau rasa nak tinggi lagi tambah 1 layer lagi.
Cara buat kuah custard: Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanilla dan butter cair. Kacau dengan wisker, masukkan telur satu persatu.
Kukus selama 35minit. Atau buat kaedah water bath selamat 50 atau suhu 170’C.
Atau korang ambil sudu ratakan dan tekan tang puding dia masak ke dalam masa 2 jam.
Resipi nugget ayam dan sayur. Sesuai untuk yang nak berdiet sebab bahannya tidak menggunakan tepung. Sesuai jugak untuk anak-anak yang susah nak makan sayur. Selamat mencuba!
RESIPI NUGGET AYAM DAN SAYUR
BAHAN-BAHAN:
Dada ayam dikisar.
Brokoli dikisar
Bunga kubis dikisar
Bawang besar dikisar
*apa jenis sayur yang anda suka.
Telur gred A sebiji.
Nak pedas boleh letak lada/cili padi.
Garam.
CARA MEMASAK:
1.Gaul je semua bahan sehingga sebati.
2.Rehatkan sekejap dalam peti ais supaya mudah nak dibentuk.(saya buat bentuk bulat)
3.Kukus dalam 10minit.(isi nugget tak melekat bila kita cucuk)
4.Boleh disimpan dalam peti ais,sedia digoreng bila bila masa. Hidang bersama sos/mayonis.
Snek ringan nugget homemade pasti menjadi kegemaran anak-anak. Puas hati buat nugget sendiri dengan terjamin dari segi kebersihan dan terhindar dari bahan pengawet.
BAHAN-BAHAN:
2 keping dada ayam | saiz besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah besar
Brokoli secukupnya | dihiris kecil
Daun ketumbar /daun sup secukupnya | dihiris
1 sudu teh lada hitam
Secubit garam
1/2 cawan air masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisar hingga halus.
2. Keluarkan dan bentukkan mengikut kreativiti anda.
3. Kukus seketika nugget tadi hingga masak. Sejukkan.
4. Setelah nugget sejuk, bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku dan digoreng pada bila-bila masa.
Terasa nak belajar buat Tapai Pulutsedap secara homemade? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rozie Mnorni. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan pun. Insyaallah jika baru pertama kali buat, akan menjadi. Tapai ini bila sudah masak dan berair, simpan dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dinikmati kerana ia sangat enak dimakan dingin. Jom cuba!
CARA MEMASAK: 1.Basuh beras pulut hingga betul-betul bersih dan rendam selama 2 jam. 2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut hingga benar-benar masak. Jika pulut masih keras, renjis air hingga rata dan terbalikkan pulut. Kukus lagi hingga lembut. 3. Bila pulut sudah masak, angkat, ratakan pulut di dalam dulang dan biarkan sejuk. 4. Tumbuk ragi dan gula. Ini adalah petua untuk buat tapai rasa manis dan tidak masam. 5. Tabur ragi di atas permukaan pulut yang telah disejukkan menggunakan penapis teh. Pastikan ragi ditabur rata. 6. Kacau atau gaul pulut tadi supaya mesra bersama ragi. 7. Bungkus pulut dalam daun pisang atau masukkan ke dalam bekas-bakas kecil. 8. Bila sudah siap semuanya, letak tapai tadi dalam periuk atau bekas besar dan disimpan di tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. 9. Peram selama 2 hari sebelum dibuka. Jika tapai sudah masak (lembik dan berair), maksudnya tapai sedap sudah sedia untuk dinikmati. 10. Jika ragi cepat menapai, biasanya tidak sampai 2 hari sudah boleh dimakan.
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...