Tidak semestinya musim raya baru nak sibuk buat biskut yang disukai. Hari biasa pun boleh saja membuatnya jika ada masa terluang. Ini resipi paling simple dan sebalang boleh hadap.
Bahan-bahan:
1 kotak cornflakes
2 biji telur masin – rebus amik kuning je
10 tangkai lada kering
3 tangkai cili padi – (x ada pun x pe)
4 tangkai daun kari
1sk garam
1sb gula
Ads
Cara-cara:
1. Potong cili kering. Cuci dan toskan. Potong cili padi dan ketepikn.
2. Panaskan minyak. Goreng cili kering n cili padi hingga garing. Jgn sampai hngus ye. Angkat dan toskan.
3. Goreng daun kari hingga kering. Angkat dan toskan.
4. Masukkn kuning telur masin yg dah dihancurkan.. Kacau dah dia akak berbuih.. Pastikan telur hancur.
5. Masukkn garam dan gula.. Kacau sebati.
6. Masukkn cili dan daun kari kedlm kuali. Matikn api.
7. Masukkan cornflakes kacau sebati. Angkat dan biarkan sejuk. Boleh la simpan dlm bekas bertutup. Ok siap.
Sedapnya kalau dapat makan Bakwan Kangkungpanas-panas. Cicah pula dengan sos cili yang dicampur dengan kicap, memang tak toleh kiri kanan. Nak lagi sedap? Makan sambal gigit cilia pi. Memang terangkat! Selain disajikan ketika sarapan, Bakwan ni juga boleh dinikmati tatkala minum petang. Nak cuba masak hari ni? Bunda Nadiahada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Semua sayur dihiris halus. Masukkan ke dalam magkuk besar. 2. Satukan semua bahan dan masukkan tepung. Gaul. 3.Masukkan air dengan secukupnya. Jumlahnya agak-agak. Pastinya adunannya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 4. Panaskan minyak masak dan goreng adunan bakwan nipis-nipis tapi lebar. 5. Goreng hingga gering dan kekuningan. Angkat. Sedia untuk dinikmati.
Melalui facebook, SuiSan Aliezsha berkongsi resipi rojak mi yang sedap. Menurutnya, resipi ini diajar oleh arwah ibunya. Nampak sedap betul rojak mi ini yang dimakan dengan kuah berasaskan kentang. Sedap betul. Jom try buat.
Saya share resipi rojak mi yang biasa saya buat. Hasil tunjuk ajar arwah mak saya dulu. Bila-bila nak makan buat je sendiri. Jarang dah membeli kalau benda yang boleh dibuat. Arwah mak dulu niaga sekitar umur saya 8 atau 9 tahun macam tu.
BAHAN HIASAN
2 keping tauhu (potong dan goreng)
2 biji kentang ((rebus, tos, potong)
2 biji telur ayam (rebus, kupas, potong dua)
Sejemput taugeh
2 biji cili besar
1/2 biji timun
1 bungkus mi kuning
CARA MEMBUAT
1. Goreng tauhu dan potong kecil. Rebus kentang, kupas dan potong kecil. Telur ayam direbus, dikupas dan dibelah dua.
2. Bersihkan taugeh. Hiris cili besar dan timun.
3. Bersihkan dan celur mi sekejap supaya lembut.
BAHAN KUAH
1 peket biskut marie (patah-patahkan)
3 biji kentang (direbus dan dikisar halus)
5 tangkai cili kering
1 sudu besar udang kering
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis
Air untuk kuah
2 sudu besar tepung jagung
CARA MEMBUAT KUAH
1. Patah-patahkan biskut marie. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan kemudian kisar. Asingkan.
3. Cili kering, udang kering dan bawang putih disatukan kemudian kisar halus.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan bahan kisar iaitu cili kering, udang kering dan bawang putih tadi.
5. Kemudian masukkan sedikit air untuk kuah. Biarkan mendidih.
6. Masukkan kentang yang telah dikisar halus tadi. Kacau seketika.
7. Masukkan pula biskut marie yang telah dipatah-patahkan. Kacau sehingga biskut hancur dan sebati dengan kuah.
8. Masukkan tepung jagung supaya kuah agak pekat.
9. Masukkan garam jika mahu. Biarkan mendidih dan matikan api.
BAHAN KUIH ROJAK
2 senduk tepung gandum
1 sudu besar yis
Secubit garam
Sedikit air
Daun kucai (jika mahu)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT KUIH ROJAK
1. Satukan tepung gandum, yis dan garam dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2. Masukkan daun kucai. Perap beberapa minit.
3. Cedok menggunakan hujung senduk bancuhan tadi dan goreng sehingga masak.
CARA MENGHIDANG
1. Dalam mangkuk, isikan kuih rojak, mi dan bahan hiasan.
2. Tuangkan kuah dan boleh mula makan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.