Nasi Ayam Hainanese di Chicken Rice Guys (CRG) memang amat sedap. Nasi beraroma wangi dan daging ayam berjus dengan sup, sambal dan kicap memang ‘terangkat’. Mana tidaknya resipi diwarisi nenda Firman Paizi@Fauzi, yang berbangsa Cina.
Firman memang mesra pelanggan, manis aje senyumannya. Dahlah makanannya sedap, ‘servis’ pula ‘tip top’ patut ler ramai pelanggan. Sesuai dengan perkataan Guys di hujung, ia dimiliki oleh Firman dan sepupunya Imran Audi Mohd Onn Yap dengan 15 kakitangan lelaki dan seorang sahaja perempuan.
So ladies, sajian anda dihidang oleh ‘guys ‘ ya. Dimasak oleh ‘guys’ jugak. Asalnya CRG hanyalah gerai di hadapan restoran tom yam di 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada 2014.
Tetapi kini mereka adalah ‘pemilik’ restoran itu , menurut firman logo ayam lipatan origami idea asalnya adalah daripada seorang pelanggan setia mereka.
Ads
Firman dan Imran yang juga rakan kongsi dan Chef restoran, berdarah campuran Cina dan Melayu. Niat murni mereka adalah untuk menyenangkan pelanggan menikmati sajian Cina yang halal dan bersih dengan suasana yang selesa.
Resipi yang disajikan adalah resipi Cina autentik yang juga warisan dari keluarga sebelah Cina ,Firman dan Audi . Menurut Firman hampir 20 menu di CRG ini adalah sajian autentik Cina yang senang diterima oleh semua rakyat Malaysia.
Ads
Selain nasi ayam Hainanese (ayam panggang dan kukus), ada mi, kuy tiaw see hum (kerang), mi kari, nasi goreng CRG , itik panggang dan ayam Charfiew (ayam BBQ) dan pelbagai menus autentik Cina yang lain.
Manakala minuman teh o pandan dan kopi susunya juga adalah 2 minuman istimewa di sini
“Bisnes ni saya buka untuk beri manfaat kepada orang lain. Perniagaan adalah amal jariah ibarat ‘pokok’ yang meneduhi dan memberi kebaikan kepada orang yang datang.” terang Firman , 37 tahun ,mengenai prinsipnya dalam perniagaan.
Ads
Berkat kegigihan pemuda Chicken Rice Guys sudah pun membuka dua cawangan ‘kiosk’nya di Petaling Jaya.
Bab makan rakyat Malaysia memang muhibbah tak kisah sajian apa, tiada batasan bangsa. Semua pun makanan Malaysia. Jangan lupa singgah ya.
Nama Restoran :Chicken Rice Guys Alamat :40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Masa : 8 pagi hingga 7 Petang
Menu wajib cuba : Nasi Ayam Hainanese (ayam panggang dan kukus), Itik Panggang (Peking Duck), Char Fiew Chicken (kue tiaw kerang), Penang White Mee Curry, mi wantan, kue tiaw see hum (kerang dan pelbagai lagi)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau anda berada di Seksyen 36 Shah Alam, jangan lupa singgah di Warong Nasi Bajet. Terletak di Lot PT 85113, Jalan Kebun, Kampung Jawa, Selangor. Kedainya biasa-biasa sahaja tapi anda pasti puas hati dengan menu yang disediakan.
Dengan nama ‘bajet’ sudah pasti terfikir sesuatu yang murah. Ya, nasi yang dihidangkan di sini bermula dengan harga serendah RM4 untuk satu hidangan. Memang itulah tujuan pemilik kedai makan ini iaitu Khairul Fahmy dan ayahnya, Md Yasin.
“Tujuan utama kami membuka warung ini adalah untuk menyediakan makanan yang mampu dibeli oleh semua golongan. Walaupun dijual pada harga murah, namun kami ambil berat soal cita rasa. Murah tapi sedap dan mengenyangkan.Warung ini mula beroperasi sejak 9 Julai 2018,” ujar Khairul Fahmy yang menegaskan warungnya beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam tiap hari.
CENDOL DURIAN JADI IGAUAN
Peminat durian pastinya teruja dengan menu yang satu ini. Warong Nasi Bajet turut menyediakan menu cendol durian yang jadi igauan ramai. Lihat sahaja gambar-gambar menu cendol durian di media sosial Warong Nasi Bajet, memang boleh menggoda cita rasa.
.
“Kami turut menyediakan menu cendol durian dengan pelbagai jenis durian untuk dipilih mengikut kegemaran masing-masing. Harga hanya dari RM10 hingga RM30 mengikut jenis-jenis durian,” katanya.
Buat masa ini, Warong Nasi Bajet menjual cendol durian kampung, duiran udang merah, durian 101, durian musang king dan durian black thorn. Menurut Khairul Fahmy, ramai pelanggan datang ke sini untuk menikmati cendol durian musang king yang dijual pada harga hanya RM20 untuk makan di situ ataupun dibungkus. Ini harga termurah di pasaran.
“Review di facebook page kami juga sangat memberangsangkan. Hal ini membantu kami menerima pelanggan baru dan menerima kunjungan berulang pelanggan sedia ada,” ujar Khairul Fahmy.
Cawangan kedua Warong Nasi Bajet dibuka di Bukit Lanchong. Antara daya tarikan terbaru adalah meja berwarna-warni untuk menjadikan suasana lebih santai dan ceria.
“Selain itu, sebagai menghargai pelanggan, kami juga ada buat hari istimewa. Setiap bulan kami raikan mereka yang menyambut hari jadi, menyambut hari ulang tahun perkahwinan atau mereka yang daripada golongan OKU. Mereka berpeluang menerima cendol mangga secara percuma,” ujar Khairul Fahmy menutup bicara.
PEMILIK: Khairul Fahmy & Md Yasin
LOKASI: LOT PT 85113, Jalan Kebun, Kampung Jawa, Seksyen 36, Shah Alam, Selangor
WAJIB CUBA: Cendol Durian, Patin Tempoyak & Nasi Bajet
Kedai kek dan pastri Modernecks Seksyen 24, Shah Alam, bagaikan magnet menarik pelanggan dengan kelazatan kek dan pastrinya yang dijual dengan harga berpatutan. Dekorasi gaya hipster, dekorasi kek warna warni nan cantik dan variasi pilihan menunya cukup memikat selera. Tapi yang paling kuat tarikan ke Modernecks ni adalah aroma kek dan pastry yang dibakar segar terus dari dapur dalam kedai.
.
Pemiliknya adalah anak muda berusia 30 tahun, Muhammad Firdaus Mohd Radzi yang menjadi ‘orang kuat’ memperkasakan perniagaan keluarganya. Mempunyai latarbelakang kulinari dan pembuatan kek dan pastri sebelum ini dia pernah meraih pengalaman sebagai Chef sepenuh masa di hotel terkemuka
.
“ Saya suka keluar dari zon selesa kerana saya percaya apa yang saya ada iaitu kemahiran dan ilmu boleh digunakan dan untuk beri manfaat masyarakat. Saya juga mengambil kakitangan dan ‘baker’ muda yang baru habis belajar bagi memberi peluang kepada mereka merasai bekerja dalam industri ini.
Kedai ini ibarat tempat staf saya berlatih dan menggilap bakat dan ilmu sambal menjalankan pekerjaan. Staff saya semuda 18 tahun dan semuanya berusia bawah 30 tahun,” kata Firdaus yang cukup bangga dengan kemajuan dan skil yang dicapai pasukan kerjanya.
.
Di antara kek yang popular di sini adalah Chocolate Fudge, Choc Caramel, Kek Pandan Gula Melaka, Kek Oreo, Salted Vanila Caramel, Rainbow Cakes, Kek Red Velvet dan Brownies. Manakala Rainbow Kek , Pavlova dan Krim Puff juga turut mendapat sambutan hangat pelanggan.
.
Lebih menarik kek juga dijual dalam bentuk mini (baby cake) bermula RM18 dengan berat 300gm bagi memberi harga yang lebih mampu buat pelanggan, Kek seberat ½ kg bermula dengan harga RM38 dan Satu kilogram pula dengan harga RM73,bergantung kepada jenis kek.
.
Modernecks juga turut menerima tempahan ‘custom made’, korporat dan majlis keraian. Lebih 60 peratus daripada tempahan yang diterima kini adalah melalui online melalui FB, Instagram dan juga Whatsapp.
.
INFO KEDAI :
Lokasi : No 9-G, Jalan Kangkung Puteri 24/7, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor
Pemilik : Muhammad Firdaus Mohd Radzi dan keluarga
Waktu urus niaga : Setiap hari, Jam 10 pagi hingga 10 malam
Bagi peminat nasi kandar, kini anda tidak perlu pergi jauh nun ke Pulau Pinang sana untuk menikmatinya. Kini anda hanya perlu pergi ke Kajang sahaja kerana Salman Nasi Kandar menawarkan nasi kandar yang enak untuk anda cuba.
Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, gerai ini tidak putus-putus menerima kehadiran pelanggan. Menawarkan nasi kandar dengan cita rasa Melayu, gerai nasi kandar ini kini sudah mempunyai peminat setianya yang tersendiri.
“Kami dah beroperasi selama empat tahun di tepi jalan. Memang gerai kami di sini dan pelanggan boleh makan di gerai atau bungkus untuk dimakan di rumah. Konsep warung macam ni kami kekalkan supaya pelanggan boleh dapat makan dengan harga lebih murah. Itulah sebabnya kami kekalkan gerai macam ni,” ujar pemilik Salman Nasi Kandar, Fatin Suhaila Faridudin.
MURAH TAPI SEDAP
Resipi nasi kandar ini dicipta sendiri dengan lima jenis kuah rahsia iaitu kari ikan, kari daging, kuah daging masak hitam, kuah masak hitam biasa dan kuah pedas. Kelima-lima kuah ini menjadikan Salman Nasi Kandar lebih istimewa.
“Dengan adanya lima jenis kuah ini, boleh saya katakan inilah keistimewaan resipi yang kami cipta mengikut cita rasa Melayu. Nasi kami warna kuning sebab saya dan suami berasal dari Kedah. Orang sana kan popular dengan mihun warna kuning jadi saya kekalkan warna tu dalam nasi kandar kami,” katanya lagi.
Nasi kandar special RM10 sahaja
Selain itu, Fatin turut menegaskan bahawa ayam goreng yang menjadi lauk utama nasi kandar ini saiznya besar. Seekor ayam hanya dipotong lapan supaya puas dimakan oleh pelanggan.
Nasi kandar biasa RM5.
“Ayam goreng kami rangup dan sedap. Kami memang cerewet bab ayam goreng kerana ayam goreng perlu nampak menarik. Inilah lauk utama nasi kandar kami jadi ayam goreng kena betul-betul sedap dan bila orang tengok tu terus bangkit selera nak makan. Walaupun portion kami besar dan sedap, kami tawarkan harga murah. Sepinggan nasi kandar biasa harganya RM5 manakala nasi kandar istimewa harganya RM10 sahaja. Sesuai dengan tagline kami iaitu Murah, Banyak, Sedap,” katanya.
Ayam goreng yang jadi kegilaan ramai.
SEMPENA NAMA SUAMI
Ketika ditanya kenapa menggunakan nama Salman, Fatin memberitahu penulis, “Saya nak guna nama sendiri iaitu Fatin tapi macam tak kena dengan menu nasi kandar. nasi kandar ni ada ciri maskulin. Jadi guna nama suami. Kebetulan nama suami saya Muhammad Noor Salman Shafie. Jadilah nama Salman Nasi Kandar. Nampak sesuai kan sebab ada ciri maskulin dan hindustan sikit di situ.”
Info Kedai: PEMILIK: Fatin Suhaila Faridudin. ALAMAT: Sebelah Balai Polis Sungai Tangkas, Kajang. WAKTU OPERASI: 11.30 pagi hingga 8 malam (Jumaat cuti) WAJIB CUBA: Nasi Kandar Special
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.