Tempe homemade hasil air tangan Chef Sue M Arukin ni nampak best je. Putih bersih, pasti sedap. Tempe adalah makanan yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Macam-macam menu boleh masak guna tempe ni. Kalau goreng cicah sambal kicap je pun dah cukup berselera. Nak cuba buat sendiri? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMBUAT: 1. Rendam kacang soya semalaman (minimum 24 jam). Basuh dan bersihkan.
2. Rebus dalam air secukupnya selama 30-45 minit. Kupas kulit luarnya dan belah kacang.
3. Rebus sekali lagi kacang soya dengan air secukupnya. Tambah cuka dan didihkan selama 10-15 minit lagi. Toskan dan bilas. 4. Tabur kacang (berjarak) di dalam dulang yang besar dan jemur hingga air benar-benar kering (dalam 1-2 jam).
5. Tabur ragi tempe ke atas kacang soya yang dah kering dan gaul rata (guna sarung tangan bagi mengelak lebihan air/peluh bercampur yang akan merosakkan tempe).
6. Timbang 50gm campuran kacang+ragi dan letakkan dalam daun pisang.
7. Bungkus daun pisang kemas-kemas. Balut balas dengan kertas atau pembungkus makanan jika ada.
Ads
8. Susun bungkusan tempe dalam bekas dan letakkan ditempat gelap dan kering (Chef Sue letak dalam berpenutup dan simpan dalam stor).
9. Peram tempe selama 1-2 hari. Di hari ke-3 bolehlah buka bungkusan dan tengok samada tempe dah jadi atau belum jadi sepenuhnya (kadang-kadang masih kelihatan kacang yang belum tersalut putih yang terhasil dari proses peraman).
10. Tempe yang dah jadi sempurna bolehlah dipotong dan dimasak mengikut cita rasa.
Ads
INFO DARI CHEF SUE:
1. Kacang soya boleh dibeli dimana-mana kedai/pasaraya/kedai barangan bakeri. Chef Sue guna kacang soya organic. 2. Ragi tempe boleh dibeli di kedai-kedai runcit atau secara online. 3. Selain daun pisang, boleh juga bungkus tempe dengan daun ketapang, daun lirih, daun nyirik dan apa jua daun bersaiz besar yang tidak bertoksid/beracun. Sebagai alternatif, boleh gunakan pembungkus makanan (warna coklat cair) atau plastik (pilihan terakhir). 4. Tempe akan matang setelah diperam sekurang-kurangnya 24jam. Tapi biasanya setelah 2-3 hari tempe akan jadi dengan sempurna. 5. Timbang 50gram setiap bungkus dari 500gm keseluruhan berat kacang soya menghasilkan 15-16 biji tempe saiz kecil. Kalau suka tempe size besar dan padat, boleh gandakan kuantiti kacang soya dalam setiap bungkusan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: https://www.rasa.my/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah-masak-sedap/ https://www.rasa.my/kompilasi-resipi-lauk-masak-lemak-sedap-mudah-buka-selera/ https://www.rasa.my/aneka-resipi-telur-dadar-yang-diolah-lebih-sedap-mudah-masak/
Sedapnya ! Itulah yang dapat dikatakan sebaik sahaja menjamah Daging Palembang yang disajikan oleh Datin Seri Qustina ini. Tak sangka dalam pada sibuk, beliau sempat memasak. Bila ditanya apa rahsia? Jawabnya tidak ada rahsia, cuba menu ini adalah warisan turun temurun keluarga beliau yang menjadi hidangkan wajib bila keluarga berkumpul, ada kenduri dan Hari Raya. Tambah beliau keenakan Daging Palembang sedap bila cukup asam garam dan ia banyak menggunakan kicap, serai dan bawang. Kesempatan itu, juga beliau turut kongsikan dua lagi menu yang dihidangkan pada hari RASA bertamu di kediaman beliau iaitu Semur Ayam dan Bendi Goreng Udang Kering.
Anda yang teringin bolehlah mencuba!
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | direbus dan hiris nipis
6 batang serai | dititik
1 cawan air rebusan daging
1 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan rempah kari
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 sudu makan kerisik
BAHANKISAR:
5 labu bawang besar
5 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
10 biji cili kering
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus dan gaul sebati.
Kemudian tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh.
Setelah air daging kering masukkan dan kisap pekat manis dan kerisik.
Jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula.
Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
SEMUR AYAM:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 12
1 cawan kicap manis
1 biji bawang besar |hiris bulat
3 biji cili merah | hiris serong
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3cm halia
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
masukkan bahan kisar. Kacau rata.
Apabila pecah minyak, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
Setelah ayam kecut dan air kering sedikit masukkan air asam Jawa dan kicap.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah kelihatan agak pekat, taburkan serbuk lada hitam.
Kacau seketika dan tutup api.
Ayam semur sedia dihidangkan panas-panas.
BENDI GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm bendi | cuci bersih dan hiris serong
2 biji cili merah | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan udang kering | cuci bersih dan toskan
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering, kacau rata.
Masukkan kacang bendi dan hirisan cili.
Kacau seketika dan masukkan sos tiram.
Kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas:
Sup sayur cendawan ni antara resepi sup KURUS yang zeti amalkan hampir 13 tahun.. lama kan? Ni je rahsianye nak slim pd angka umo nak cecah 40an tahun depan.. rahsia nye sup sayur cendawan buat 3-4 kali seminggu.. boleh mix dgn sayur sawi jepun..jom slim mcm zaman dulu2.. ( berat badan dpt maintain 45kg + anak 4 + umo 39 ) selamat memasak uols…
Bahan-bahan: Bahan A
4-5 ulas bawang putih tumbok pecah
( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )
2 biji cili api hijau tumbuk pecah
( khasiat: bakar lemak )
2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
1 sudu besar minyak jagung
Bahan B
100gm isi ayam potong halus
( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bg hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pd ayam )
1.5L air tapis
Bahan C
Sawi
Cendawan tiram (khasiat: awet muda )
Gula kelapa perang ORGANIC secukup rasa
Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa
Cara memasak:
Panaskan periuk + add minyak masak
Tumis bahan A sehingga kekuningan.
Masukkan isi ayam. Gaul sehingga separuh masak.Masukkan air.. bg mendidih..
Then masukkan cendawan tiram.. masak sehingga cendawan lembut dan masukkan sawi.. terus tutup api.. sawi akan masak layu sendiri dgn haba masakan tadi.. bila dah suam sikit masukkan gula perang & garam bukit..
Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu.. buat selama 3 bln.. nanti kurus bgtau tau… Makan ni je.. insyaAllah selim melim laju…
Info: Gula Kelapa Perang ( beli kat Jusco bahagian produk organic ) . Sawi jepun Cameron highlands ni ada kat jusco juga..
Penting: Ada dua tip tambahan kat sini.. dua individu berbeza..
1 Tak leh makan nasi..cepat naik berat..so makan sup sayur ni je la.. JANGAN add nasi
2. makan nasi boleh..tapi tak boleh lepas pkul 6ptg.. so uols sesuaikan la ye resepi ni untuk diri sendiri.. boleh makan sup kurus ni SAHAJA selama 3 Bulan atau mix sikit nasi putih guna beras less kanji kalau masih menyusu ada anak kecil tapi nak maintain selim melim..
Guna beras basmathi less kanji
Sesekali pekena pecal memang sedap. Sebab kaya dengan rasa kuah kacang yang lemak pedas digaul dengan pelbagai jenis sayur dan isian, hemm… Memang terangkat. Cuba korang bayangkan bila kuah pecal selain digaul dengan sayur-sayuran, rupanya pecal sedap juga bila ditambah telur, mi dan ayam. Kalau korang lebih kreatif boleh je tambah dengan isian lain, ikut selera korang.
KUAH PECAL:
BAHAN KUAH KACANG:
200gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
4 sudu besar gula perang atau pasir
1 biji cili merah | dihiris
6 biji cili padi
2 ulas bawang putih |dihiris
3 biji bawang merah |dihiris
1cm halia | dihiris
Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya |untuk membancuh sambal kacang
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak, goreng bawang merah, putih, halia, cili merah dan cili padi hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
Goreng pula belacan, angkat dan ketepikan.
Kacang yang telah digoreng tadi buangkan kulitnya, kemudian tumbuk hingga hancur, ketepikan.
Selepas kacang, tumbuk pula bahan goreng tadi hingga sebati, tambahkan sedikit air asam dan garam secukupnya.
Masukkan bahan ini dalam bekas berisi kacang tumbuk tadi bersama gula perang atau putih. Gaul rata hingga sebati.
Bancuh sambal pecal dengan air panas sehingga menjadi kuah yang tidak terlalu cair atau pekat. Jika kurang garam atau gula boleh tambah.
Sedia hidangkan dengan bahan isian ikut cita rasa.
PECAL SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN SAYURAN:
5 batang kacang panjang | dicelur dan potong 3cm
5 pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
50gm timun |dihiris memanjang
50gm lobak merah |dihiris memanjang
50gm sengkuang |dihiris memanjang
500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan sayuran yang dicelur dan dihiris halus di dalam pinggan hidangan.
Kemudian tuangkan kuah pecah di atasnya dan gaul rata.
Pecal sedia dihidangkan. Atau boleh saja dihidangkan secara berasingan.
PECAL MI CAMPUR SAYUR
BAHAN-BAHAN
200gm mi kuning | dicelur
50gm tempe | dihiris dan goreng
50gm tauhu | digoreng dan hiris nipis
1 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
1 biji kentang | digoreng dan dihiris nipis
Sedikit tauge | dicelur
Sedikit kangkung | dicelur dan potong 3cm
500ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Masukkan mi dalam pinggan dan taburkan di atasnya dengan hirisan tampe, kentang, tauhu, tauge,dan kangkung.
Hidangkan bersama kuah kacang.
Gaul sekali dengan kuah baru hidang pun boleh.
PECAL AYAM GORENG
BAHAN-BAHAN:
200gm dada ayam goreng | dihiris nipis
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
300ml kuah pecal.
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan sayuran dan isi dadaa yang yang telah digoreng dalam pinggan.
Kemudian hidangkan dengan kuah pecal.
Jika ingin terus makan boleh saja tuangkan kuah atas bahan hirisan dan gaul rata.
PECAL NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
200gm nangka muda | dipotong dadu dan rebus
2 batang pucuk kangkung | dicelur dan potong 3cm
Sedikit hirisan timun
300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
Masukkan campuran nangka muda dalam mangkuk.
Kemudian tuangkan kuah kacang di atasnya dan hidangkan.
PECAL TELUR KENTANG GORENG
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur rebus | digoreng dan belah empat
2 bji kentang rebus | digoreng dan belah empat
50gm lobak merah | diparut kasar
50gm timun | diparut kasar
300ml kuah pecal
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan isian dalam pinggan.
Kemudian hidangkan bersama kuah pecal.
PECAL TAUHU TELUR
BAHAN-BAHAN:
2 tiup tauhu Jepun | dihiris bulat
1 biji telur
50gm lobak merah | diparut halus
50gm sengkuang | diparut halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tauhu yang telah dicelup telur hingga kuning keperangan
Hiris dan susun dalam piring bersama parutan lobak merah dan sengkuang.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.