Ads

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

Suka makan mi? Jom belajar cara-cara menyediakan hidangan ini secara homemade. Bagi yang belum pernah cuba, percayalah, masakan homemade ni memang rasa sangat lain dari yang lain. Rasanya lebih segar, sedap malah lebih diyakini dari sudut kebersihan. Malah lebih jimat berbanding dengan yang dibeli. Anda teringin nak cuba buat mi sendiri? Jom cuba resipi step by step perkongsian Chef Sue M Arukin ni. Hanya perlukan empat bahan asas sahaja. Mudah dan berbaloi untuk dicuba.

 

CARA BUAT HOMEMADE FLAT NOODLES

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Secubit garam
  • Air secukupnya (kena pandai agak semasa menguli)

CARA MEMBUAT:

1. Gaul tepung bersama telur dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

2. Setelah doh sebati dan tidak melekat pada bekas, rehatkan selama satu jam sebelum dicanai.

Ads

3. Tabur tepung pada papan pencanai dan letak doh. Canai doh hingga nipis.

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

4. Kemudian potong doh mengikut saiz yang disukai dengan menggunakan pemotong piza.

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

5. Jika tiada pemotong piza, boleh juga guna pisau biasa atau mesin pasta.

Ads

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

6. Celur doh yang dipotong tadi hingga masak. Tanda doh telah masak ialah ia akan menjadi kenyal. Kemudian angkat mi, masukkan ke dalam air sejuk selama beberapa minit dan toskan.

7. Mi yang telah siap dicelur. Bolehlah dimasak mengikut citarasa dan selera masing-masing.

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

Ads

8. Salah satu menu yang boleh dibuat: Flat NoodlesSoup With Chicken.

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

9. Atau boleh juga hasilkan, Aglio Olio Flat Noodles with Prawn. Selamat mencuba!

Chef Sue Arukin Kongsi Cara Buat Flat Noodle Homemade Paling Mudah.

 

Info chef:

  • Jika suka perisa tambahan, boleh tambah masa menguli doh. Contohnya: kisar daun bayam jadikan puri (dalam setengah cawan). Kemudian campurkan dalam campuran tepung tadi dan uli macam biasa. Maka jadilah spinach noodles.
  • Boleh pelbagaikan perisa noodles dengan bahan-bahan lain yang disukai seperti tomato, lobak dan sebagainya.
  • Malah mi ini juga boleh dipelbagaikan cara memasaknya. Ia boleh dijadikan noodles soup, digoreng dan bermacam-macam lagi.

 

Kredit resipi & foto: Chef Sue M Arukin

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Ini Resipi 33 Tahun, Royal Pineapple Cheese Tart Gebu & Cair...

Kuih tart nenas keju atau Royal Pineapple Cheese Tart merupakan antara kuih kegemaran ramai kerana rasanya yang lemak manis, gebu dan cair dalam mulut. Ramai yang suka buat untuk makan sendiri seisi keluarga ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart nenas yang sedap.