Sekali lagi berlangsung Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA yang berlangsung semalam (16 Disember 2020). Kali ini penyertaan sangat mengagumkan dari kelas terdahulu.

Biarpun kelas dibuat secara atas talian namun sambutan sungguh menggalakkan. Masing-masing teruja dan gembira. Mungkin ada yang pertama menyertainya dan ada yang sudah menyertai sebelumnya.

Kelas bersiaran secara langsung pada jam 11 pagi menerusi saluran Youtube Maggi® Malaysia, dikendalikan oleh Chef Sharifah Hamidah Syed Mohsin serta ditemani oleh Instafamous yang tidak asing Lynn Mikael. Kalau kita jenguk ke Instagramnya, penuh dengan ratusan resipi dan video-video masak pelbagai menu dan cita rasa.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

Walaupun pertama kali buat Lynn ke udara secara langsung namun kedua personaliti ini nampak bersahaja dan begitu serasi bersama. Menariknya dalam kelas masakan ini, peserta dapat banyak tip dan info masakan yang boleh dimanfaatkan.

Tidak kurang juga ramai yang bertanya pelbagai soalan menjadi kelas tambah rancak. Chef dan Lynn sama-sama berinteraksi dengan peserta menjawab soalan yang diajukan.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

Sebanyak empat resipi telah dikongsi bersama para peserta. Resipi yang mudah, kombinasi cita rasa tradisional dan moden. Tambah sedap bila masakan ini menggunakan produk-produk Maggi®.

Tentunya ramai yang tertunggu-tunggu resipi penuh dalam kelas masakan ini. RASA kongsikan buat anda yang ingin mencuba. Hidangkan buat keluarga, pasti mereka suka.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®JeCUCUR SAYURAN MAGGI

BAHAN A

200 gm tepung gandum

100 gm tepung beras

½ camca teh serbuk kunyit

1 sudu besar MAGGI Cukup Rasa

50 gm marjerin

1 biji telur

 BAHAN B

1 labu bawang besar-dicincang

100 gram udang kering -direndam & dicincang halus

1 biji cili merah-dicincang

50 gram kubis-dihiris

50 gram kacang panjang-dihiris nipis

50 gram lobak merah

300 ml air

Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Di dalam mangkuk, gaulkan kesemua bahan A sehingga rata.
  2. Masukkan bahan B dan gaulkan sebati.
  3. Campurkan air dan telur, tuangkan dalam adunan tepung dan gaul rata.
  4. Panaskan minyak, goreng cucur seperti biasa hingga kekuningan.
  5. Hidangkan panas.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

MUFFIN PAZZTA MAGGI

BAHAN-BAHAN:

1 sudu besar mentega

100 gram ayam cincang

250 ml air

1 bungkus MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni

2 sudu besar lobak merah-dicincang

1 biji telur

1 sudu besar tepung

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan periuk, masukkan mentega and ayam cincang, tumis sehingga wangi.
  2. Tuangkan air, masukkan MAGGI PAZZTA Cheese Macaroni dan lobak merah.
  3. Biarkan ia mendidih, turunkan suhu dan reneh selama 5 minit.
  4. Biarkan ia sejuk sedikit, gaulkan tepung dan telur. Panaskan oven ke 180°c.
  5. Bakar selama 5-10 minit. Dihidangkan bersama MAGGI Sos Cili/MAGGI Sos Tomato.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

LEMPENG KELAPA LEMAK DAN SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

 LEMPENG

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung gandum

½ sudu kecil tepung penaik

1 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa

1 ½ cawan kelapa parut (putih sahaja)

1 ¼ cawan air

1 sudu besar minyak

Sedikit minyak untuk memasak lempeng

 

SAMBAL IKAN BILIS

BAHAN-BAHAN:

1 sudu kecil minyak masak

½ biji bawang merah-dihiris

2 pek MAGGI Pes Sambal Tumis

80 gram ikan bilis-dibersihkan & direndam selama 10 minit

¼ sudu kecil asam jawa pes

100 ml air

2 sudu kecil gula

3 biji telur-direbus

100 gram timun- dihiris

CARA MEMASAK LEMPENG:

  1. Gaulkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Biarkan ia rehat sebentar, sementara itu panaskan kuali leper.
  3. Tuangkan adunan ke dalam periuk, masak selama 2-3 minit.
  4. Masakkan semua sehingga habis adunan.

CARA MEMASAK SAMBAL:

  1. Panaskan minyak.Tumiskan bawang merah dan masukkan MAGGI pes Sambal Tumis. Gaulkan rata.
  2. Masukkan ikan bilis, asam jawa pes, air dan gula. Reneh sehingga masak.
  3. Hidangkan nasi bersama sambal ikan bilis, telur dan timun.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

PIZZA MAGGI SENANG

BAHAN A

2 sudu besar minyak

1 pek MAGGI 2 Minit Ayam- direbus & tapis

1 biji telur

½ pek Perencah MAGGI Ayam

BAHAN B

3 sudu besar MAGGI Sos Tomato

2 sudu kecil oregano

½ cawan keju mozarella

½ cawan bayam

1 batang sosej, dihiris panjang

 CARA MEMASAK:

  1. Rebuskan air, masukkan MAGGI Mi dan masak selama 2 minit.
  2. Tapiskan bawah air sejuk, untuk menghentikan proses masak.
  3. Di dalam mangkuk, gaulkan ke semua bahan A sehingga rata.
  4. Panaskan periuk, masukkan minyak dan tuangkan adunan. Leper dan ratakan. Tutup periuk untuk masak dengan rata.
  5. Masak MAGGI MI selama 2-3 minit dan pusingkan.
  6. Dalam mangkuk kecik, gaulkan MAGGI Sos tomato dan oregano.
  7. Jika MAGGI Mi masak, sapukan adunan tomato, letakkan keju, bayam sosej. Perlahankan api dan masak selama 3-5 minit atau sehingga keju cair.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

Keempat resipi sudah dikongsi, jangan lupa cuba .

Kelas Masakan Online Bersama Maggi ® & RASA ini tambah rancak apabila  soalan-soalan kuiz diajukan kepada peserta. Hadiahnya memang lumayan iaitu baucar Maggi ® bernilai RM100 dan juga hadiah utama berupa tiket jemputan istimewa ke sesi makan-makan Bersama Datin Paduka Eina Azman.Memang berbaloi.

Inilah pemenang yang berjaya menjawab soalan dengan pantas dan tepat. Tahniah buat ketiga-tiga pemenang.

Chef Sharifah Kongsi 4 Resipi Kudapan Paling Senang Buat Guna Bahan Dari Maggi®Je

Anda yang terlepas atau mahu mahu melihat semula Kelas Masakan Online Bersama Maggi® & RASA, boleh tonton menerusi link di bawah ini.

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI