RASA berbesar hati untuk memberikan 250 set Nasi Kandar secara PERCUMA istimewa untuk abang-abang riders di luar sana. FoodPanda, Grab, Lalamove, ShopeeFood, Bekal dan apa sahaja jenama syarikat anda, anda dijemput untuk mengambil Nasi Kandar secara percuma.
Pemberian Nasi Kandar secara percuma ini merupakan salah satu pengiktirafan kepada abang-abang riders di atas sumbangan mereka di dalam industri makanan negara. Penat lelah mereka kami hargai dengan memberikan 250 Nasi Kandar secara PERCUMA kepada mereka.
Ads
Ads
Terima kasih kami ucapkan kepada Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) di atas tajaan Nasi Kandar ini.
Kepada abang-abang riders yang berkelapangan, jom dapatkan Nasi Kandar di Rasa Layan Curry Fiesta di Parking B, Setia City Convention Centre pada 7 September 2024 jam 4.00 petang. Jumpa anda di sana!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Juri Pertandingan Masakan Acar Buah tidak menyangka salah satu daripada 11 hidangan yang dinilainya merupakan air tangan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang.
Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat, 74, yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan.
Beliau terkesima apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood yang tampil untuk menerima hadiah ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna. Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Pahang di Taman Tasik Maran di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Perak di sini.
Turut mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Meriah Lain Macam, Assalamualaikum, siri program anjuran Astro membuka tirai 2025 dengan penuh kemeriahan di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada Sabtu, 1 Febuari.
Team Rasa dan Borak Seeni turut serta memeriahkan acara dengan program Mantai Rasa seeNI. Siapa yang tak teruja dapat pengat pisang dan onde-onde yang diagihkan sendiri oleh selebriti-selebriti Astro seperti Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nadhir Nasar, Meerqeen, Faizal Ismail, Jay Iskandar, Azqa Aziz dan ramai lagi.
Program ini menyasarkan penyatuan komuniti melalui pelbagai aktiviti yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendalam dari aspek nilai budaya dan keagamaan.
Team Rasa dan Borak seeNI membuka acara di Assalamualaikum Negeri Sembilan dengan program Mantai Rasa SeeNI, yang mengangkat tradisi Melayu merewang sebagai simbol kebersamaan, kasih sayang, dan kepelbagaian komuniti.
Mantai merupakan tradisi memasak dan menyediakan makanan secara bergotong-royong, yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan.
Melalui aktiviti ini, komuniti tempatan, selebriti dan juga kariah Masjid Sri Sendayan bersama-sama menyediakan dua hidangan tradisional, Pengat Pisang dan Onde-Onde yang bukan hanya melambangkan kekayaan warisan Melayu tetapi juga semangat perpaduan yang merentas latar belakang.
Sebagai jenama makanan unggul di bawah Astro, Rasa memainkan peranan besar dalam menjadikan makanan sebagai medium perpaduan. Dengan reputasinya sebagai jenama yang meraikan masakan tradisional dan kontemporari, Rasa sentiasa berusaha menghubungkan komuniti melalui kekuatan makanan dan budaya.
Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, berkata “Makanan adalah simbol budaya yang paling kuat, dan melalui Rasa, kami tidak hanya membawa resipi kepada penonton kami, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara komuniti. Mantai Rasa SeeNI adalah manifestasi bagaimana makanan boleh menjadi alat perpaduan yang menyatukan kita, tanpa mengira perbezaan latar belakang. Sebagai sebuah jenama, Rasa mewakili satu tiang unik dalam tawaran Astro dan Karangkraf, menggabungkan pengalaman peribadi dengan elemen yang benar-benar merangkumi Malaysia. Inilah yang membuatkan program seperti Assalamualaikum ini begitu bermakna, bukan hanya kepada kami dan keluarga Astro, tetapi juga kepada seluruh masyarakat.”
Dihoskan oleh Keanu Azman dan kemunculan Istimewa Faizal Ismail, sesi edaran yang bermula sekitar jam 12 tengah hari mendapat sambutan hangat daripada pengunjung yang hadir. Rata-ratanya tidak melepaskan peluang mendapatkan pengat pisang dan juga onde-onde selain bergambar dengan selebriti Astro yang ada.
Selain Mantai Rasa SeeNI, Assalamualaikum Negeri Sembilan dimeriahkan dengan pelbagai program dan aktiviti seperti rakaman program Astro Oasis, Tazkirah Malam Jumaat Persembahan Animasi Didi & Friends serta Omar & Hana, persembahan artis popular dan juga pertandingan mewarna, tulisan khat dan memanah.
Mantai Rasa seeNI, memang Meriah Lain Macam!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
RASA Layan Curry Fiesta (RLCF) baru sahaja melabuhkan tirai pada ahad yang lalu selepas empat hari berlangsung dengan penuh meriah.
Diadakan selama 4 hari dari 5 hingga 8 September di ruang Parking B, Setia City Convention Centre (SCCC), pelbagai aktiviti dan jualan menarik dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir.
Kewpie jenama mayonis dan dressing salad yang tidak asing lagi di Malaysia turut bersama memeriahkan RCLF sebagai penaja bersama dalam festival yang julung kali diadakan itu.
Antara yang menarik di booth Kewpie dan mendapat sambutan ramai adalah pembelian dua produk Kewpie dengan hanya RM15. Bukan sahaja dapat membeli produk dengan harga yang murah malah pengunjung juga berpeluang mendapat hadiah menarik dan percuma dengan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Dengan mengimbas kod QR pengunjung turut berpeluang bermain games dan memenangi hadiah-hadiah menarik sepanjang fiesta berlangsung. Nak rasa produk Kewpie yang ada juga turut disediakan.
Untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri keenakkan produk Kewpie, roti john yang dimasak segar di sini dan diletakkan mayonis Kewpie boleh dirasai secara percuma oleh pengunjung.
Tak cukup kemeriahan di booth, Kewpie juga menganjurkan satu aktiviti pentas dengan mencari Raja Roti John. Terbuka kepada semua pengunjung yang hadir. 3 orang yang terawal mendaftar bagi menyertai pertandingan tersebut masing-masing menunjukkan bakat untuk bergelar Raja Roti John Kewpie.
Memang cukup meriah dan rasa roti john yang dihasilkan cukup enak dan menyelerakan.
Pemenang yang telah berjaya menambat hati juri dengan Roti John yang dihasilkan bukan sahaja diberi gelaran Raja Roti John Kewpie malah turut membawa balik hadiah Utama berupa Produk Kewpie bernilai RM100.
Kemeriahan diteruskan di booth Kewpie dengan aktiviti yang disediakan. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan produk Kewpie dengan harga yang ditawarkan selain menyertai aktiviti-aktiviti lain yang menarik.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pesamah Daging antara lauk kenduri kahwin utara yang cukup popular dulu-dulu. Cuba resipi asli dengan kuah pekat, rempah wangi dan daging lembut yang sangat menyelerakan.