Sedapnya Char Kuey Teow Sedap ni. Kalau dapat makan panas-panas memang puas hati. Kalau beli, sepinggan pun dah harga berapa ringgit. Letak extra udang atau kerang, lagi mahal. Jadi meh cuba masak sendiri guna resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha. Bahan-bahan simple je tapi rasa sedap macam beli dekat kedai tau. Makan dengan cili jeruk memang padu.

Resipi Char Kuey Teow Sedap

Char Kuey Teow Sedap. Resipi Paling Padu & Mudah Yang Buat Ramai Ketagih!

Resipi ini memang sesuai untuk sesiapa yang suka rasa asli dan pekat macam dekat warung. Yang penting, Char Kuey Teow Sedap ini mudah sangat disediakan dan tak ambil masa lama. Bila masak sendiri di rumah, boleh adjust ikut selera masing-masing dan pastinya lebih jimat. Cara memasaknya pun santai, tak perlu teknik rumit.

Bahan-Bahan:

  • Kuetiau secukupnya – basuh dan toskan
  • 3 sudu makan kisaran cili kering dan bawang besar
  • 1-2 ulas bawang putih – ketuk
  • Tauge secukupnya
  • Kucai secukupnya
  • Telur
  • Udang rebus – asingkan airnya
  • Kerang – direbus
  • Minyak masak

Bahan Tumis:

  • 1 sudu makan sos cili
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit garam

Char Kuey Teow Sedap. Resipi Paling Padu & Mudah Yang Buat Ramai Ketagih!

Cara Memasak Char Kuey Teow Sedap

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Pastikan minyak lebih supaya tidak bergumpal bila masukkan telur dan kuetiau.
  2. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan udang, kisaran cili bawang, sos cili, sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan sedikit garam. Kacau.
  3. Masukkan air rebusan udang dan pecahkan telur. Kacau laju supaya sebati.
  4. Kemudian masukkan kerang, udang, kuetiau, tauge dan kucai. Kacau sebati dan masak menggunakan api yang besar.Char Kuey Teow Sedap. Resipi Paling Padu & Mudah Yang Buat Ramai Ketagih!
  5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Char Kuey Teow Sedap. Resipi Paling Padu & Mudah Yang Buat Ramai Ketagih!Kredit resipi & foto: Suisan Aliezsha

Ads

Tip Mudah Untuk Masak Char Kuey Teow Sedap

Kalau nak rasa lebih padu, guna api besar ketika menggoreng supaya kuetiau tak berair dan tetap lembut. Jangan terlebih masak sebab kuetiau boleh cepat pecah. Selain itu, kalau suka rasa smokey macam dekat kedai, masak dalam kuali besi dan cepatkan pergerakan semasa menggoreng.

Kalau suka lebih pedas, tambah sedikit lagi kisaran cili atau guna cili padi. Kalau suka lebih manis, tambahkan sedikit kicap manis tapi jangan terlalu banyak supaya tidak menenggelamkan rasa asli Char Kuey Teow Sedap ini. Nikmati panas-panas memang buat ketagih!

Ads

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Cara Buat Kuetiau Homemade. Mudah, Bersih & Jimat, Confirm Jadi!

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads