Stok bawang kisar memang perlu sentiasa ada di dalam peti ais sepanjang bulan Ramadan ini. Penting untuk mempercepatkan kerja-kerja memasak untuk berbuka dan sahur.
Tapi biasanya kita tak boleh buat dalam jumlah yang banyak kerana bila lama dalam peti ais, bahan kisar ini naik kulat.
Tapi Norhidayah Mohd Aripin berkongi cara yang dilakukan bagi memastikan stok bahan kisar ini tahan lebih lama. Berbulan-bulan pun masih elok segar.
Cara inilah yang dipraktikkan untuk memudahkan kerja memasak. Apa yang perlu dilakukan adalah kupas, kisar dan bekukan.
Tip bahan kisar kekal segar tempoh lama
Bawang putih, bawang merah, halia, cili semuanya dikisar secara berasingan. Kisar tak perlu lumat menggunakan chopper supaya tak berair.
Kemudian bahan kisar ini dimasukkan dalam acuan ais dan kemudian dibekukan. Selepas beku, letakkan dalam satu bekas. Bila ada masa buat supaya stok bertambah.
Bila nak masak ambil ketulan bahan kisar ikut kuantiti yang mahu digunakan saja. Cara ini lebih mudah, jadi yang lain kekal sedari dalam bahagian beku.
Untuk memasak pula sediakan kuali dengan minyak untuk menumis, buka api, tak perlu tunggu minyak panas terus masuk bahan kiub, tumis saja macam biasa.
Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Mana tidaknya, bila kupas bawang mesti menangis. Kalau tak guna kang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi azab kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya.
Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi. Jom lihat cara-caranya.
1. RENDAM bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.
2. SEJUKKAN bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.
3. Pastikan guna PISAU TAJAM kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.
4. Pelik tapi benar, GIGIT BATANG MANCISuntuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.
5. KUNYAH GULA-GULA GETAH atau makanan dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.
6. Kupas dan potong bawang di bawah AIR MENGALIRkerana air mengalir akan menghilangkan bahan kimia yang memedih mata dalam bawang.
7. The National Onion Associationmenyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan MEMOTONG BAHAGIAN ATAS sebelum mengupas kulitnya.
8. The National Onion Association juga menyarankan, ELAK MEMOTONG AKAR BAWANG kerana bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.
9. SEMBUR CUKA MAKANdi atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan pengeluaran air mata.
10. Gunakan bantuan KIPAS ANGIN dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.
11. Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, RENDAM bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.
Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!
Pasti ramai menyukai terung kerana buah ini boleh dipelbagaikan jenis masakan, ia boleh dijadikan bahan campuran dalam gulai, sambal mahupun pajeri, semuanya sedap. Tapi tahukan ada bagaimana cara memilih, menyimpan dan memasak terung dengan cara yang betul kerana terung ada pelbagai jenis dan bentuk. Jawapannya anda kena baca info berikut:
PILIH YANG SEGAR
Perkara pertama bila anda ingin membeli terung pastikan kulitnya cerah berkilat dan tidak calar atau kesan-kesan hitam. Elakkan membeli terung yang telah kusam warna dan ada tanda kecut.
SIMPAN DI TEMPAT KERING
Disebabkan terung adalah lembut sifatnya, jangan simpan terlalu lama, paling lama sebaiknya tidak lebih dari tiga hari. Simpannya di tempat kering dan elakkan dari menyimpan terung di dalam peti sejuk atau terdedah di tempat panas atau disimpan dalam plastik yang berikat, hal ini menyebabkan terung cepat busuk.
PELBAGAIKAN CARA MEMASAK
Umumnya terung boleh dipelbagaikan cara memasak, boleh saja dengan cara Dipanggang, rebus, atau digoreng. Sebaiknya dalam apa cara memasak, terung yang segar , rasanya lebih sedap berbanding terung yang sudah lama disimpan.
Diharapkan dengan tip ini, dapat membantu anda memilih terung, kemudian menyimpannya dengan cara yang betul sebelum dimasak dengan menu kegemaran anda dan keluarga.