Daun sup antara herba yang sangat enak jika dicampur dalam masakan. Biasanya ia digunakan dalam penghasilan sup, bergedil malah ia juga sesuai ditabur diatas hidangan mi atau bihun goreng sebagai penyedap rasa dan penambah aroma.
Namun, daun sup ini tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Ia mudah menjadi lembik dan busuk. Jika beli di kedai, biasanya daun sup ini dijual dalam kuantiti yang agak banyak. Dalam masakan pun bukan setiap hari kita akan pakai daun ni. Jadi lebihan daun sup tu jika dibiarkan sahaja pasti akan membazir. Minggu depan bila anda nak masak dan perlukan daun ini, dah kena beli baru.
foto: allthatgrows.in
Ada petua menyimpan daun sup agar tahan lama yang boleh anda praktikkan iaitu dengan membekukan daun tersebut menggunakan air. Melalui cara ini, daun sup yang anda beli mampu tahan berbulan-bulan. Cubalah! Memang bijak malah tak membazir.
foto: marthasteward.com
CARA-CARA MENYIMPAN DAUN SUP AGAR TAHAN LAMA
Ads
BAHAN-BAHAN:
Daun sup – basuh bersih dan buang sisa pasir.
Bekas kuib ais
Air
LANGKAH-LANGKAH:
1. Ambil daun sup yang telah dibersihkan. Racik halus seperti saiz anda masukkan ke dalam masakan.
2. Ambil hirisan daun sup dan masukkan ke dalam bekas kiub ais.
3. Tuang air sampai menutupi daun sup tadi.
4. Simpan dalam peti sejuk beku.
Ads
5. Bila nak guna, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan terus ke dalam sup yang sedang mendidih.
Ads
Selamat mencuba!
INFO RASA: Untuk menjimatkan ruang dalam peti sejuk anda, setelah kiub ais daun sup ini beku sepenuhnya, keluarkan dari acuan dan simpan dalam satu bekas berlainan. Kemudian anda boleh guna bekas kiub ais tadi untuk ‘frozen’kan herba-herba lain juga seperti daun ketumbar, limau purut, daun bawang, halia, lengkuas dan sebagainya.
Mungkin ramai yang masih tertanya apakah ciri pisau terbaik yang diketahui bagi memudahkan kerja di dapur. Pisau menjadi alat yang sangat penting di dapur kerana aktiviti memasak menuntut banyak penggunaan alat ini. Dari aspek memotong sayur-sayuran, daging sehinggalah menyiang ikan dan buah-buahan, pisau adalah jawapannya. Pemilihan pisau harus tepat bagi memastikan kerja dapur berjalan lancar. Dalam masa yang sama ia selamat digunakan. Peka dengan ciri-ciri tertentu membolehkan anda memilih pisau terbaik untuk dapur.
Ini boleh menjadi rujukan anda;
Bilah pisau
Katakan tidak pada stainlesssteel. Meskipun permukaannya kelihatan bersinar, namun ia mudah menjadi tumpul. Ia menyukarkan kerja anda pastinya. Pilih mata pisau yang tinggi karbon. Mata pisau karbon tinggi (highcarbon) ini mudah berkarat, namun memiliki ciri dan prestasi lebih baik dari material stainlesssteel.
Anda harus mengelap pisau ini sebaik membersihkan. Jangan biarkan ia terendam dalam singki atau tempat mencuci pinggan. Ambil sedikit masa untuk mengasah pisau jenis ini dan anda pasti berpuas hati dengan hasil pemotongan daging atau sayuran nanti.
Rekaan
Pisau terbaik harus memiliki rekaan ringkas yang mewakili bilah pisau dan pemegang. Rekaan sebegini lebih selamat kerana tidak berisiko untuk tercabut, menjadi longgar dan sebagainya. Pastikan pisau yang pilih itu memiliki sambungan yang kukuh antara bilah pisau dan pemegangnya.
Pemegang pisau
Terdapat pelbagai jenis rekaan dan jenis material pemegang pisau. Ia lazimnya dipilih berdasarkan minat mahupun gaya tertentu yang menarik perhatian. Antara jenis pemegang yang menjadi pilihan adalah material plastik anti bakteria, sintetik sleek, material kayu, silikon dan sebagainya. Walau apa pun rekaan dan material pisau, yang penting anda berasa selesa ketika memegang pisau tersebut.
Saiz
Pelbagai saiz berbeza pada pisau menjadi kelebihan kepada pengguna. Ini kerana anda boleh melakukan potongan berbeza pada bahan berlainan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan daging. Sekiranya anda inginkan sebilah pisau yang versatil, pilihan saiz antara lapan inci hingga 10 inci merupakan pilihan terbaik.
Apa perlu anda tahu tentang pisau:
1.Pisau yang bagus haruslah selesa dipegang dan melakukan hirisan yang lancar.
2.Tidak mudah tergelincir dari tangan ketika kerja memotong dilakukan.
3 Bilah pisau yang berkualiti tinggi dari jenishighcarbon dan bukannya stainlesssteel.
4.Jangan merendam pisau dalam pencuci pinggan.
5.Simpan pisau di dalam storan khas seperti blok pisau, pemegang magnetik dan sebagainya.
6.Elakkan pisau berada di merata-rata tempat tanpa simpanan yang baik kerana boleh mencederakan ahli keluarga.
Kredit gambar: 123royalty free
INGIN MENCARI MIXER DAN MESIN MEMPROSES MAKANAN, JOM LAYARINYA DI SINI.
Telur rebus memang mudah nak dimasak. Tetapi tatkala kulitnya dikupas, ada yang melekat pada isi. Hasilnya, telur rebus menjadi menggerutu dan nampak kurang menarik.
Bagi mengatasi masalah ini, ada petua yang boleh dicuba. Caranya mudah sahaja. Jom lihat langkah-langkah yang perlu anda buat:
CARA KUPAS TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA
Basuh telur dan rebus seperti biasa.
Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
Tahukah anda bahawa cookies yang bermacam jenis dan rasa sebenarnya ia terbahagi kepada tiga jenis tekstur yang berbeza. Tiga tekstur itu adalah soft anda chewy (lembut dan sedikit liat), thin and crispy (nipis dan rangup) dan light and cakey (lembut dan tekstur seperti kek). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenainya, anda boleh baca info berikut:-
Soft & Chewy
Cookies jenis ini, teksturnya lembut tetapi sedikit liat, tetapi ia bukan ‘Lemau’ seperti sesetengah sangaan orang ye. Tekstur yang sedikit chewy atau liat itu disebabkan oleh pengembangan glutien dalam adunan. Kalau korang suka tekstur sedemikian, ini cara untuk mendapat tekstur sedemikian:-
Banyakkan kadar cecair dalam adunan dengan mencairkan mentega. Rahsia tekstur chewy adalah kelembapan dan mentega mengandungi kandungan air sebanyak 20 %. Jika ia dicairkan membantu adunan menjadi lembab, selain dilembabkan oleh susu dan air.
Lebihkan gula perang kerana kandungan ini menjadikan cookies lebih chewy, disebabkan kandungan molase di dalam gula perang.
Kurangkan tepung dan putih telur, dan lebihkan sebiji kuning telur dalam setiap kali memasukkan sebiji telur. Ini kerana kuning telur mengandungi protein tinggu yang maampu mencipta glutien.
Thin & Crispy
Tekstor cookies yang nipis dan rangup ini biasanya akan dibakar hingga bertukar warna kecoklatana. Namun untuk mendapatkan tekstur sedemikian ini infonya:
Lebihkan mentega, inilah yang menjadikan cookies menjadi rangup. Anda disarankan menggunakan mentega berwarna kuning berbanding mentega putih atau menggunakan margarin mengandungi protein tinggi bagi memudahkan proses garing dan rangup.
Lebihkan gula, sama seperti mentega rasa fungsinya untuk merangupkan cookies. Disarankan anda menggunakan dua jenis gula (perah dan putih) dengan nisbah sama banyak.
Kurangkan telur terutama kuningnya. Ia akan menjadikan cookies lebih rangup dan nipis.
Campurkan semua bahan cookies dalam suhu bilik supaya bahan diadun rata, sekata dan tidak mudah pecah.
Light & Cakey
Cookies jenis ini adalah lembut teksturnya dan sedikit tebal. Jadi adunannya juga agak lembut dan sebab itu ia menggunakan skop ais krim sebagai acuan untuk meletakkannya dalam dulang pembakar. Namun untuk mendapatkan tekstur lembut dan tebal sebegini, korang boleh ikut tip berikut:
Lebihkan telur, kuinng telur memberikan rasa dan putih telur membantukan tekstur lebih kering dan fuffy. Namun pastikan jumlah telur yang digunakan, kerana jika terlebih telur cookies mungkin rasa telur.
Tukar baking soda dengan baking powder untuk menjadikan cookies lebih mengembang.
Dari ketiga-tiga tekstur ini mana satu pilihan korang.