Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim telah mengumumkan pelbagai bantuan dan kemudahakan buat rakyat MAlaysia. Dan salah satunya ialah sumbangan SARA untuk Semua dimana setiap warganegara 18 tahun ke atas akan menerima RM100 one-off melalui MyKad bermula 31 Ogos 2025, boleh dibelanja di lebih 4,100 kedai seluruh negara.

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad Sebelum Beli Barang Dapur

Ads

Pasti ramai yang betanya-tanya, macam mana nak tahu duit dah masuk dalam MyKad dan macam mana nak guna. Tahukah anda Mykad boleh digunakan sebagai kad Touch n Go (TnG)?

Lihat bahagian belakang kad anda, jika ada logo TnG, ia bermakna kad anda boleh digunakan untuk sebarang transaksi yang menggunakan aplikasi TnG.

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad Sebelum Beli Barang Dapur

Untuk semak baki dalam kad, anda boleh guna beberapa cara:

Ads

Muat turun dan buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

  • Klik pada ikon “TNG Card”.
  • Pilih butang “Add New Card”.
  • Masukkan nombor siri kad pengenalan (Nombor MFG) dan nama pengguna dengan betul.
  • Klik butang “Submit”.
  • Baki duit dalam Kad akan dipaparkan.

Menggunakan Mesin Kiosk Touch ‘n Go:

  • Cari mesin kiosk Touch ‘n Go yang terdapat di pusat membeli-belah atau stesen pengangkutan awam.
  • Letakkan kad Touch ‘n Go anda pada pengimbas di kiosk.
  • Baki kad akan dipaparkan pada skrin.

Menggunakan Mesin Tambah Nilai:

  • Beberapa stesen minyak dan kedai serbaneka menyediakan mesin tambah nilai yang boleh digunakan untuk menyemak baki kad
    Touch ‘n Go.
  • Letakkan kad Touch ‘n Go anda pada pengimbas di mesin dan baki akan dipaparkan.

Melalui Portal Touch ‘n Go:

  • Layari laman web portal Touch ‘n Go dan log masuk ke akaun anda.
  • Pilih “Card Portal” untuk menyemak baki kad anda.

Nak daftar Kad TnG MyKad dalam Touch ‘n Go eWallet api tak jumpa No MFG? Anda kena buka lama portal Touch n Go dulu!

Pilih Card Portal dan disitu ada tertulis nombor siri kad anda dan bolehlah daftar.

Ads

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad Sebelum Beli Barang Dapur

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI