Daun pisang ni memang penting peranannya dalam sajian masakan dan kuih muih tradisi kita. Makanan yang dibalut dengan daun pisau nampak hijau cantik serta wangi baunya.
Kuih abuk-abuk, tepung telita, pulut inti manis, kuih kochi, lepat, pulut panggan dan pelbagai jenis makanan memang lebih enak bila dibalut atau dijadikan acuan daripada daun pisang.
Makanan juga tahan lama dan lebih selamat dengan pembalut duit pisang berbanding plastik yang mengandungi bahan kimia. Ni min kongsikan petua mengenai daun pisang..
CARA PILIH DAUN PISANG DAN CARA NAK GUNAKANNYA :
Pilih daun pisang yang sama lebarnya dan tidak terlalu tua. Sebab daun pisang yang tua akan keras dan sukar dibentuk.
Sebelum digunakan, jemur sebentar di bawah sinar matahari atau layurkan (lalukan di atas bara api) sehingga ‘lembut’dan mudah dibentuk bila dibalut nanti.
Cuci bersih lalu lap daun pisang hingga kering.
Potong dengan ukuran yang sama, agar kuih-muih dibungkus sama seragam saiznya.
Ketika membuat kelongsong atau pembalut, pastikan balikkan daun pisang iaitu bahagian berwarna hijau menghadap ke dalam agar aromanya wangi.
Jika perlu gunakan lidi kecil untuk menyemat dan mengemaskan pembalut daun pisang ini.
Ads
TIP TAMBAHAN SIMPAN DAUN PISANG
Baki daun pisang tu jangan dibiarkan layu begitu sahaja. Kalau betul cara simpannya boleh aje tahan lama dan kekal hijau warnanya. Bagi mak-mak yang bawa balik daun pisang dalam kuantiti yang banyak dari kampung, lagi pulak disimpan dalam but kerete ,ingat tau kena ‘disejukkan’ dulu daun pisang ni.
Berikut petua yang dikongsikan dalam FB Roslan Mamak Haji
1. Ketika gulung daun pisang jangan terlalu banyak, satu gulung dalam 10 helai cukup dan ikat dengan getah.
2. Kemudian rendam daun pisang dalam baldi yang diisikan dengan air untuk hilangkan haba
3. Selepas bawa balik ke rumah rendam sekali lagi dalam air selama 15 hingga 20 minit
Petua yang dilakukan di atas mampu mengelakkan daun pisang daripada menjadi lebam.
Cara lain simpan di rak sayur-sayuran di bahagian paling bawah peti sejuk . Tapi sebelum itu gulung daun pisang dan kemudian bungkus dengan kertas surat khabar dan ikat dengan tali getah. Masukkan gulungan ini di dalam peti atau rak sayur dalam peti sejuk.
Ni pulak resipi bonus kuih yang menggunakan pembalut daun pisang, jom cuba.
KUIH ABUK -ABUK
Ads
BAHAN-BAHAN :
2 cawan biji sagu
2 cawan kepala parut putih
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan gula pasir
Garam secukup rasa
10 calong daun pisang, lidi penyemat
CARA MEMASAK :
Basuh sagu dan toskan 5 minit.
Gaulkan sagu dengan kelapa dan tambahkan garam.
Campurkan gula merah dengan gula pasir.
Masukkan dua sudu campuran sagu dalam ke dalam calong daun pisang.
Kemudian sendukkan 1/2 sudu campuran gula dan disudahi dengan satu sudu campuran sagu.
Tutup calong dan sematkan dengan lidi. Kukus kuih lebih kurang 10 minit.
Kuih abuk-abuk siap dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang makan
Masa memasak: 15 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan : Kuih tradisional
Ads
Keistimewaan : Rasa sagu yang lembut dengan inti gula, pencuci mulut yang lemak manis.
Anggaran kos : RM 6
INFO CHEF: Gunakan sagu biji putih asli. Bahan yang bermutu dan asli menjamin kualiti kuih abuk-abuk yang lebih enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anggur jenis Shine Muscat ini memang disukai ramai kerana rasanya yang manis, rangup dan wangi. Tapi jadi kerisauan bila terdapat dakwaan dari negara jiran Thailand yang mengatakan anggur Shine Muscat ini dikatakan mengandungi sisa kimia berbahaya.
Menurut Public Health Malaysia, buah-buahan mengandungi banyak sisa kimia atau racun memang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan. Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.
Bagaimanapun sebenarnya ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat sekali gus menyingkirkan sisa kimia ini. Caranya gunakan baking soda!
1. Campurkan Larutan Baking Soda: Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).
2. Rendam Buah-buahan Selama 10–15 Minit: Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.
3. Bilas Bersih: Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!
Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia.
Balang penuh dengan gula, tapi dek kerana tutup tak ketat habis dimasuki semut. Ada juga gula masih lagi dalam pek belum dibuka tapi dah ada semut di dalamnya.
Takkan nak buang pula kan. Jadi boleh guna cara yang dikongsi oleh Ameera ini untuk kita keluarkan semut daripada balang gula. Caranya cukup mudah cuma guna kulit kayu manis.
1. Ambil balang gula yang penuh dengan semut kemudian letak beberapa batang kulit kayu manis di dalamnya.
2. Biarkan balang atau plastik berisi gula terbuka supaya semua boleh keluar.
3. Selepas satu jam semut dalam balang akan hilang dari balang. Jika masih ada, biarkan lagi kulit kayu manis di dalamnya hingga semut tiada.
4. Sebaiknya periksa jika ada semut mati yang tertinggal dalam bekas gula, keluarkan sebelum ditutup ketat.
Dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur semut adalah haram dimakan kerana sifatnya sebagai bangkai; matinya tidak disembelih. Apabila semut masuk ke dalam gula, maka hendaklah sedaya upaya mengeluarkannya sama ada ia hidup atau mati.
Kita juga dilarang untuk membunuh semut. Hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
Peralatan memasak seperti kuali, periuk dan cerek memang mudah kotor dan lekat kesan jelaga. Kadang kala cuci pakai pencuci pinggan biasa pun tak nak tanggal. Jadi apak kata anda cuba petua perkongsian saudari Dahriah Damsah ni. Hasilnya memang mengagumkan.
PETUA SENTAL PERIUK & KUALI AGAR SENTIASA NAMPAK BARU
BAHAN-BAHAN:
Sabun mandi ( buku)
Dawai besi
CARA-CARA:
1. Bersihkan kuali dan periuk anda menggunakan sabun mandi serta sental menggunakan dawai besi.
2. Basuh bersih dan hasilnya, peralatan dapur anda akan lebih mudah bersih dan kelihatan seperti baru.