Daun Kesum adalah antara bahan herba yang banyak digunakan dalam masakan. Tanpa bahan ini, hidangan seperti Laksa, Asam Pedas, Kengsom, kerabu dan sebagainya akan jadi tidak sedap dan seakan kurang rasa. Untuk menanamnya, ramai beranggapan pokok ini susah untuk hidup. Khas buat anda yang nak cuba tanam, petua dan tip menanam daun kesum oleh Cik Pooja ni boleh dicuba. Hanya guna pasu, baldi dan tanam di balkoni sahaja. Selamat mencuba.
CARA TANAM DAUN KESUM DALAM BALDI DI BALKONI
BAHAN-BAHAN:
Keratan pucuk Kesum
Pasu yang diisi tanah lembap
Baldi berisi air – anggaran tenggelam separuh bontot pasu
CARA-CARA: 1. Sediakan semua bahan diatas. Pastikan pasu dan baldi sepadan dan pasu boleh masuk ke dalam baldi.
Ads
2. Ini keratan pucuk kesum. Pilih keratan yang agak-agak bila tanam ada harapan untuk hidup. Jangan beli kesum yang dah layu dan lembik. Buang daun pada keratan dan tinggalkan 3-4 helai sahaja di hujung pucuk tu. ( nota: Kalau boleh,cari keratan kesum yang sama macam dalam gambar. Kalau batang kesum putih @ masih muda, pasti tak hidup.)
3. Keratan pucuk tu agak-agak dalam panjang macam ni ya.
4. Masukkan pasu berisi tanah ke dalam baldi berisi air.
5. Cucuk jari telunjuk ke dalam tanah untuk membuat lubang. Ia bertujuan supaya bila cucuk keratan kesum tadi, ia tak akan patah. Kedalamannya anggaran 2 inci.
6. Cucuk keratan kesum di dalam lubang yang dibuat tadi. Kemaskan.
7. Awal-awal tanam ni, letak pasu di tempat redup tapi dapat cahaya. Ia bertujuan supaya kesum tidak kecut tapi pada masa yang sama dapat cahaya yang diperlukan.
Ads
8. Bila nampak kesum dah hidup dan keluar pucuk baru, alihkan ke tempat yang ada cahaya matahari. 9. Hasil tanaman Cik Pooja yang berusia 3 bulan.
10. Bila pokok kesum nampak subur, dedahkan pokok kesum ditempat yang kena cahaya matahari sebab pokok ini sukakan cahaya. ( cik pooja letak di bucu balkoni.)
Ads
INFO: 1. Jika tanah dalam pasu nampak kering, siram supaya sentiasa lembap. 2. Bila kesum sudah hidup dengan cantik, bolehlah tambah air dalam baldi dengan mencampurkan dengan larutan bancuhan baja AB ( Cik Pooja tambah 2 minggu sekali).
Dah makan ubat batuk tapi tapi tak baik baik lagi. Apakata anda cuba membuat penawarnya sendiri dengan menggunakan bahan semulajadi iaitu daun pudian dengan gabungan dua bahan utama yang dipercayai boleh meredakan batuk.
Menurut perkongsian empunya resipi Abam (sejadah tebal murah) air rebusan daunpudinabersama gula batu dan madu baik untuk dicuba . Menurutnya ini adalah resipi yang diwarisinya dari arwah datuknya.
Sayangnya, pasta yang korang masak untuk hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak.
pasta ais.
Renjis Air Atas Pasta:
Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
atas dapur.
Panaskan Guna Api Sederhana:
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
main.
Tambahkan Sedikit Sos:
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Bila keju mozzarella ditabur di atas piza pasti lelehannya itu memberi rasa ummph pada piza yang dimasak. Buat peminat keju, kalau boleh semua jenis masakan nak dimasukkan keju. Namun perlu diingat, keju ini harganya boleh tahan tinggi. Jadi pada yang menyukai keju boleh saja membuat sendiri dengan empat langkah mudah ini. Jangan bimbang anda akan dapat rasa mozzarella homemade yang sama seperti membelinya di kedai.
Caranya sangat mudah kerana hanya guna tiga bahan saja.
Bahan-bahan:
300ml susu penuh krim
180gm keju cheddar
2 sudu makan tepung ubi -BOLEH BELI ONLINE DI SINI
Langkah 1:
Campurkan susu dengan tepung ubi kacau rata di dalam periuk. Kemudian rata dan panaskan di atas api sekecil mungkin sambil kacau menggunakan wish untuk mendapatkan tekstur mozzarella yang halus.
Langkah 2:
Masukkan keju cheddar yang diparut sedikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan supaya tidak bergentel. Setelah habis masukkan keju terus saja kacau hingga semua keju cair dan tekstur pekat (ambil masa 10-20 minit).
Langkah 3:
Setelah pekat, tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Kemudian tuang adunan keju dalam bekas kering dan masukkan dalam freezer. Bila sudah keras keluarkan dan potong ikut saiz yang ada suka dan boleh terus digunakan terus dalam masakan seperti lasagna atau piza.
Senangkan, selain mudah disedia, ia juga menjimatkan.
Selamat mencuba .
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini .
Puding mangga susu ini sesuai sangat disediakan ketika ini memandangkan buah mangga banyak dijual sekarang.Paduan mangga segar yang manis bersama rasa lemak susu memang...