Kalau terasa nak buat cucur yang sedap selain cucur bilis, jom buat cucur cheese. Senang sangat ni. Bahan pun tak banyak nak guna. Cuma 5 bahan je untuk buat cucur cheese ni tau.
CUCUR CHEESE PANAS VIRAL
Ads
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cheese
Cara membuat
1. Adunkan tepung dengan air panas, gula dan garam sampai sebati atau pejal. Jangan lembik.
2. Bulatkan dan leperkan. Letak cheese di tengah dan tutup kembali.
3. Goreng dengan api sederhana. Angkat.
Ads
Info
Boleh tambah bahan lain ikut cita rasa misalnya lobak merah dan bawang.
Kuih akok yang terkenal di negeri pantai timur ini kini telah menjadi kuih kegemaran ramai. Jika kuih lain, kita inginkan tekstur yang licin cantik kejadiannya. Tapi, berbeza dengan kuih akok yang lagi berkedut lagi padu. Mewah rasa telurnya.
Disebabkan kuih ini ramai penggemarnya, Lily SyaziLiff sudi berkongsikan resipi kuih akok yang mudah dan cepat disediakan. Hanya guna pengisar sahaja.
Resipi ini juga kurang manis, sesuai untuk yang menjaga kesihatan. Anak-anaknya pun suka. Menurutnya, adunan ini akan dapat 1 liter, 45 biji kuih akok bergantung pada saiz acuan yang digunakan. Sesuai dijadikan juadah minum petang, jom cuba buat.
Kalau ke pasar malam kuih talam gula melaka ni pasti ada. Sememangnya kuih lama ini memang disukai ramai. Rasa kuih tepung talam ini manis dan berlemak. Membuatnya juga mudah dan tidak memerlukan bahan dan masa yang lama. Jom follow resipi yang dikongsi oleh Shakinah. InshaAllah jadi klu ikut betul2 resepi ni.Kuih ni kalau kita angkat boleh goyang bagi tergedik.
Langkah 1
1.Sapu loyang dengan minyak masak dan lapikkan dgn plastik. Ketepikan.
Lapisan Bawah (gula merah)
1 cawan gula merah masak bersama 1cawan air. Ketepikan.
Suka manis blh tambah sedikit gula putih.
1 1/2 cawan tepung gandum
1sdb tepung ubi
1sdb air kapur (jgn pekat sgt)
1sdb kicap pekat (sy guna jenama jalen) ni utk bg color cantik. Tak de efek rasa.
2 cawan air
1.Air gula merah satukan dgn air biasa jdkan 3cawan air. Jgn lebih ye.
2.Satukan kesemua tepung, air kapur, kicap dan gula pasir klu nk tambah la. Sy mmg pakai gula merah je. Tapiskan.
3.Masukkan dlm kuali, kacau sehingga naik wap. Jgn sampai pekat. Masukkan dlm loyang kukus 15- 20minit dgn api agak besar.
Lapisan atas
2 1/2 cawan santan pekat (tp jgn pekat sgt2 tau, tambah air klu pekat sgt2 santan tu)
1 1/2 cawan tepung beras
1 sdk garam atau secukupnya la
1.Satukan semua kacau sebati. Tapiskan.
2.Masukkan dlm kuali kacau sehingga naik wap. Tuang diatas lapisan gula merah tadi.
3.Kukus lg 25minit atau sehingga masak. Sejukkan dan boleh potong dgn pisau plastik
kredit : Shakinah Zainal
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuih serabai adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, dimasak nipis ( seperti lempeng). Ia popular di negeri Kedah, Melaka dan Sabah. Begini cara buatnya.
ADUNAN(40pcs) Bahan-bahannya
4 cawan tepung beras (cap teratai) -BELI ONLINE DI SINI
1 cawan nasi
1 cawan santan pekat
3 cawan air
2 sudu kecil yis -BELI ONLINE DI SINI
4 sudu kecil gula
sedikit garam
Cara memasak:
1.Kisar semua bahan kecuali mauripan.
2.Masukkan adunan yang dah dikisar tadi dalam mangkuk dan masukkan yis, gaul rata dan tutup.. (Peram dalam satu jam)
3.Panaskan acuan ,oleskan dengan minyak, masukkan adunan sesenduk-sesenduk dan tutup dengan penutup periuk.. Api perlahan. Jangan diterbalikkan. Bila bawah sudah kuning-kuning dan angkat.
SELAMAT MENCUBA YE…
Kredit: faizah md zain
INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MEMASAK DENGAN MUDAH DAN CEPAT, JOM LAYARINYA DI SINI
Ketahui cara memilih kerang segar yang manis, berisi dan berkualiti. Ikuti 7 tip penting untuk memastikan kerang yang dibeli masih hidup, selamat dimakan dan lebih sedap dimasak.