Suka makan daging bakar? Resipi daging bakar istimewa dengan rasa asli dari Thailand ni memang menyelerakan. Tak susah nak sediakan menu ni. Daging diperap dengan ramuan khas membangkitkan rasa enak ditambah pula dengan sos masam manis menambahkan lagi selera. Jom cuba! Anda pasti suka.
DAGING BAKAR ALA DANNOK
BAHAN-BAHAN DAGING BAKAR:
Ads
2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa adan setebal 2cm)*
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair*
1 sudu kecil serbuk cili *
Sedikit serbuk perasa*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil
CARA MEMASAK:
1. Perap daging selama 3-4jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda (*)
2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu ( jangan letak bahagian yang beku)
3. Selepas 3 jam barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan pan. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau anda suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
4. Setelah daging masak tutup api. Kemudian ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan diatas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
5. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja.
6. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.
Resipi daging singgang kelantan ni memang popular di pantai timur. Hidangan mudah dan senang disediakan oleh sesiapa sahaja, tidak memerlukan masa yang dan tak perlu menumis. Enak di makan bersama ulam-ulaman, budu atau sambal belacan. Selamat mencuba!
RESIPI DAGING SINGGANG KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 keping lada kering
asam keping
lada kering yg dah blend
gula melaka
biji ketumbar & lada hitam
CARA MEMASAK:
Masukkan hirisan bawang putih, lada kering, bawang merah & lengkuas dalam periuk
Masukkan biji ketumbar & lada hitam
Masukkan sedikit belacan
Sedikit lada kering blend
Masukkan daging dan ramas bersama bahan2 dalam periuk. Ini hasilnya selepas diramas
Masukkan air dan asam keping. Didihkan periuk di atas api.
Masukkan gula melaka dan budu. Kacau sehingga mendidih. Siap.
Daging Masak Kicap mak mertua? Tentunya sangat sedap ni. Ada pelbagai resipi menu ini dikongsi ramai di media sosial. Ada yang guna rempah, ada yang tidak. Macam-macam teknik juga ada digunakan. Namun salah satu resipi yang menarik perhatian RASA untuk berkongsi bersama anda hari ni adalah resipi Daging Masak Kicap dari saudari Nora Aziz. Menurut beliau resipi ini adalah resipi dari ibu mertuanya. Sangat mudah dan menggunakan bahan yang sangat minimal serta mudah didapati. Jom cuba. Pasti enak rasanya ni.
RESIPI DAGING MASAK KICAP MAK MERTUA YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN HIRIS: 1/2 biji bawang besar 1/2 biji cili merah 1/2 biji cili hijau
CARA MEMASAK: 1.Perap hirisan daging bersama cili kisar, kicap manis, kicap masin dan gula. Gaul rata. Jumlahnya bergantung pada daging yang digunakan. Perap minimum 1 jam. Jika mahu lebih sedap, boleh perap semalaman.
2. Kisar bawang besar hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bawang kisar hingga naik bau. 4. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelage dan juga daun kari. Tumis lagi.
5. Seterusnya masukkan daging yang telah diperap. Gaul rata.
6. Masukkan cuka. Tujuannya supaya daging mempunyai rasa sedikit masam. Jika tidak suka, boleh abaikan. Jika mahukan daging yang berkuah, boleh tambah sedikit air.
7. Tutup kuali dan masak menggunakan api yang kecil. Kacau setiap 2-3 minit hingga daging lembut dan empuk.
8. Bila daging sudah empuk, masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau.
9. Masak seketika dan Daging Masak Kicap sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
INFO: jumlah bahan boleh ubah suai ikut berat daging yang digunakan & juga cita rasa masing-masing.
Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pasti akan melalui tempoh berpantang yang cukup mencabar. Mana taknya, bukan semua makanan boleh dimakan kerana dikhuatiri akan melambatkan proses penyembuhan selepas bersalin.
Mereka dilarang untuk mengambil makanan yang sejuk dan gatal. Sepanjang tempoh itu, para ibu mesti memakan makanan yang dapat memberikan mereka tenaga, berkhasiat dan membantu penyembuhan luka bersalin dengan lebih cepat.
Sebenarnya terdapat pelbagai hidangan yang boleh dimasak sebagai lauk pauk sepanjang tempoh berpantang. Ia bukan sahaja menyihatkan badan bahkan rasanya juga sedap. Tidaklah asyik makan ikan kering bakar dan lada hitam dan kunyit tumbuk sahaja. Yang penting, ramuan yang dimasukkan tentu sekali yang elok untuk diambil oleh para ibu berpantang seperti kunyit, lada hitam, ginseng, mengkudu dan sebagainya. Malah, lauk pauk ini juga boleh dimakan oleh seisi keluarga lain. Boleh menjimatkan masa dan bajet bukan?
1. DAGING GORENG LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
300 gm daging batang pinang |hilis nipis
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh lada hitam |tumbuk kasar
1 biji bawang besar |hiris
½ inci halia |hiris
Minyak masak secukupnya
Gula dan garam secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan ketumbar, garam dan gula. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang dan halia hingga terbit wangi.
Masukkan pula daging yang diperap serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Boleh ditambah sedikit air dan renehkan supaya daging lebih empuk.
Angkat dan sedia dinikmati.
2. PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
200gm daun pegaga
1/3 cawan santan pekat
1 sudu makan ikan bilis
2 ulas bawang putih |hiris
1 ulas bawang merah |hiris
1 batang serai |titik
1 sudu lada hitam | tumbuk halus
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Cuci daun pegaga dan ketepikan.
Panaskan santan bersama ½ cawan air. Kemudian masukkan bawang yang telah dihiris dan serai. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam. Kacau sebati.
Masukkan daun pegaga, kacau sekati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu di dalam pantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
3. AYAM MASAK BIJAN
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam |bahagian dada, bersihkan
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 inci halia
Garam dan gula
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan bijan |digoreng tanpa minyak
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Ayam dipotong kecil dan digoreng. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk.
Tumis bahan tumbuk hingga terbit wangi dan tambahkan sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul dengan bahan tumisan tadi. Taburkan bijan di atasnya.
Angkat dan sedia dinikmati.
4. IKAN MERAH SINGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan merah
2 ulas bawang putih |hiris halus
2 ulas bawang merah |hiris halus
1 batang serai |titik
½ inci halia |hiris
½ inci lengkuas |hiris halus
2 keping asam gelugur
½ sudu teh serbuk kunyit
2 cawan air
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Basuh ikan merah sebersihnya. Ketepikan.
Didihkan dua cawan air di dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris.
Masukkan juga serai yang telah dititik, halia dan lengkuas yang telah dihiris. Masukkan pula ikan dan asam gelugur. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Biar mereneh seketika sehingga ikan masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
5. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam |bahagian paha
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
3 inci halia
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang putih, bawang merah dan halia ditumbuk. Kemudian gaulkan bahan tumbuk, serbuk kunyit dan garam sekata. Lumur rata pada ayam dan perapkan sebentar. Ketepikan.
Alaskan daun pisang di dalam dulang pembakar dan bakar menggunakan pan atau ketuhar sehingga ayam masak sepenuhnya.
Sedia dinikmati.
6. SUP LOBAK PUTIH DAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 batang lobak putih
1 batang lobak merah
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 tangkai daun sup dan daun bawang.
1 sudu ikan bilis
½ sudu lada sulah
Garam dan gula secukupnya
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Lobak putih dan merah dibuang kulit, dibelah dua dan dihiris ½ lebar. Ketepikan.
Panaskan air di dalam periuk, setelah mendidih masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris, masukkan ikan bilis dan juga lobak merah dan putih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga lobak empuk. Sekiranya perlu boleh ditambah air.
Akhir sekali tambahkan lada sulah, daun sup dan daun bawang. Kacau perlahan dan biar mereneh seketika.
Angkat dan sedia dihidangkan.
7. IKAN TALAPIA MERAH PANGGANG DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tilapia merah |bersihkan
½ serbuk kunyit
3 helai daun kunyit
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Kelar ikan dan lumur dengan kunyit dan garam dengan sekata.
Kemudian balut ikan dengan daun kunyit. Sediakan kuali pembakar dan ikan dibakar sehingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
8. IKAN GELAMA MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan gelama
2 batang serai
2 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
½ inci halia
1 inci daun kunyit
Gula dan garam
2 cawan air
CARA MEMASAK:
Didihkan dua cawan air atau boleh lebihkan air jika perlu.
Masukkan asam gelugur, bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris. Masukkan juga daun kunyit dan halia serta serai yang telah dititik. Masak di atas api dan kacau perlahan.
Setelah itu masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Renehkan seketika.
Angkat dan sedia dinikmati.
9. DAGING BAKAR LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang |bersihkan dan potong nipis
1 sudu teh serbuk ketumbar
½ sudu teh kunyit
Sedikit garam dan gula
½ sudu teh lada serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan serbuk ketumbar, lada hitam, serbuk kunyit, garam dan gula. Lebih lama diperap lebih enak. Ketepikan.
Setelah itu, bakar di atas pan sehingga garing. Angkat dan sedia dinikmati.
10. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 keping ikan tenggiri |bersihkan
3 inci halia |hiris halus
2 sudu teh kicap manis
1 biji bawang besar |hiris
½ cawan minyak masak
Garam dan serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Ikan tenggiri dicuci, lumur garam dan kunyit. Kemudian digoreng hingga garing. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia dan bawang besar hingga terbit wangi. tambahkan kicap manis dan masukkan ikan. Gaul sekata.
Bawang dihiris. Di dalam satu mangkuk, satukan pucuk mengkudu, bawang hiris, Kelapa parut dan cuka. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Sedia dihidangkan.
12. KERABU PEGAGA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm pegaga
1 biji bawang besar |mayang
3 sudu makan kelapa parut
1 sudu teh cuka
3 sudu teh ikan bilis
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Pegaga dibersihkan dan dipotong 1 inci panjang. Ketepikan.
Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan.
Bawang besar dimayang dan masukkan ke dalam satu mangkuk. Kemudian campurkan ikan bilis, cuka, pegaga dan kelapa parut. Gaul sebati. Tambahkan gula dan garam secukup rasa, gaul sebati sekali lagi.
Sedia dinikmati.
13. AYAM KUKUS CUKA
BAHAN-BAHAN:
1/3 ekor ayam bahagian dada
2 sudu cuka
2 inci halia |dihiris
1 sudu lada hitam |tumbuk halus
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang dan lidi untuk membungkus
CARA MEMASAK:
Potong dada ayam kepada beberapa bahagian kecil. Gaulkan ayam dengan halia, garam, gula dan lada hitam serta cuka. Bungkus di dalam daun pisang dan kukus sehingga masak.
Angkat dan sedia dinikmati.
14. HATI LEMBUT MASAK LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
½ kg hati lembu |bersihkan dan hiris nipis
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu ketumbar
2 sudu serbuk kurma
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 inci halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 keping daun limau purut
3 sudu lada hitam ditumbuk halus
4 sudu minyak masak
1 keping asam gelugur
1 batang serai
Gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Hati lembu dipotong nipis. Ketumbar, bawang putih, bawang merah dan halia dikisar halus. Serai pula dititik.
Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar, masukkan juga rempah kurma,kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk kunyit dan serai. Masukkan hati lembu dan gaul sekata.
Tambahkan air, didihkan sehingga hati empuk. Kemudian masukkan asam gelugur dan lada hitam.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.. Akhir sekali masukkan daun limau purut.
Sedia dihidangkan.
15. IKAN HARUAN BAKAR SOS LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
2 keping ikan haruan |bersihkan
1 inci halia
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Daun pisang untuk membalut
BAHAN UNTUK SOS LADA HITAM:
1 sudu lada hitam |ditumbuk halus
1/3 cawan air
½ sudu tepung jagung
CARA MEMASAK:
Halia, bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Gaulkan ikan haruan dengan bahan tumbuk berserta garam dan serbuk kunyit.
Balut dengan daun pisang dan bakar sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membuat sos lada hitam: Satu sudu lada hitam ditumbuk halus dan dicampurkan dengan 1/3 cawan air dan ½ sudu tepung jagung. Kacau di dalam kuali selama 10 minit hingga memekat. Angkat dan sedia dihidangkan bersama ikan haruan bakar.