Cara Mudah Masak Sate Ayam, Kuah Kacang & Sate Padang Sedap.

Share

Dalam episod kali ini, Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam dan Ili Sulaiman sekali lagi berpeluang belajar cara-cara menyediakan sajian Sate dan Kuah Kacang yang popular di Malaysian dan juga cara-cara menghasilkan Sate Padang yang terkenal di Indonesia. Kedua-dua hidangan ni nampak sama tetapi ada bezanya. Namun yang pasti semuanya sangat sedap dan kena dengan citarasa orang Malaysia. Nak cuba masak Sate Ayam dan Sate Padang? Jom lihat resipi-resipinya.

 

1. SATE AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg isi ayam
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Serbuk jintan manis secukupnya
  • 4 batang serai
  • 5 inci halia
  • Lengkuas secukupnya
  • Bawang merah kecil secukupnya
  • 1 labu bawang putih
  • Gula dan gaeram secukup rasa

CARA PERAP SATE:
1. Kisar serai, bawang putih, halia, lengkuas dan bawang merah hingga halus.
2. Gaulkan isi ayam yang telah dipotong kecil bersama bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, gula dan garam dengan secukupnya hingga rata.

3. Perap ayam seketika sebelum dicucuk dengan lidi. Bakar hingga masak.

 

BAHAN KUAH KACANG:

  • 500gm kacang tanah – sangai dan kisar kasar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu makan cili boh
  • 3 batang serai
  • 1-2 keping asam gelugur
  • 1 liter air
  • Garam dan gula perang secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK KUAH KACANG:
1. Kiar bawang besar, bawang putih dan halia bersama air hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh. Masak hingga garing.
3. Tambahkan serai, kacang kisar dan air. Kacau sebati.
4. Masukkan gula perang dan garam secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga pecah minyak.
5. Masukkan asam gelugur. Kacau rata dan sesuaikan rasa ikut cita rasa masing-masing.
6. Bila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.

Video Sate & Kuah Kacang:

2. SATE PADANG


BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging
  • 3 batang serai
  • 10 helai daun limau purut
  • 4cm lengkuas
  • 3 helai daun kunyit
  • 1 sudu makan Lada hitam
  • 1 sudu makan Lada putih
  • 1 sudu makan Jintan manis
  • 1 sudu makan Biji ketumbar
  • 1 keping Kulit Kayu Manis
  • 3 kuntum Bunga cengkih
  • 2 biji Bunga lawang
  • 4 biji Buah pala
  • 4 biji Buah keras
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN PERAPAN:

  • 5 inci halia
  • 5 inci lengkuas
  • 7 biji bawang merah
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • 2 sudu makan serbuk jintan manis

BAHAN KISAR:

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Serai
  • Buah keras
  • Biji ketumbar
  • Halba
  • Jintan putih

CARA MEMASAK SATE PADANG:
1. Rebus daging kemudian masukan serai, daun limau purut, daun kunyit, lengkuas, lada hitam putih, jintan manis, biji ketumbar, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serbuk buah pala dan buah keras ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Rebuh hingga empuk.

2. Keluarkan bahan tersebut, ambil sedikit air rebusan, masukkan bahan kisar dan masak hingga pekat untuk hasilkan kuah sate padang. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Ketepikan.
3. Untuk memerap sate, kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga halus.

4. Gaulkan daging bersama bahan perapan kisar, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan perap seketika.

5. Ambil daging yang dieprap tadi, cucuk pada lidi dan panggang hingga masak.

6. Tuang kuah sate dan taburkan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.

 

Video Sate Padang:

Jom cuba!

  • Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
  • Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
  • Cara Masak Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Thailand) Episod 3
  • Cara Masak Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Filipina) Episod 4
  • Cara Masak Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang Filipina Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 5
IKLAN