Masak nasi menggunakan periuk elektrikatau periuk biasa, pasti meninggalkan kerak nasi. Sayangnya! Nak makan tak sedap, nak dibuang sayang. Oleh itu, apa kata cuba masak nasi secara kukus. Dengan cara ni nasi tak akan ada kerak malah lebih sedap dan cepat masak. Nasi pun tak lebih dan boleh elakkan pembaziran. Jadi jika periuk nasi elektrik anda rosak, jangan susah hati. Boleh masak cara saudari Ita Marsita kongsikan ni.
CARA MASAK NASI GUNA LOYANG & PERIUK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras – ikut sukatan yang biasa anda masak
Air – ikut sukatan air untuk masak nasi yang biasa
CARA-CARA:
1. Bersihkan beras macam biasa dan sukat air.
Ads
2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang dan letak dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak.
3. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum, jika air dalam loyang dah kering, itu tandanya nasi dan masak.
Ads
4. Jika masak nasi untuk seorang, boleh guna bekas kecil sahaja.
5. Masak cara ni juga boleh jimatkan masa memasak. Caranya ialah dengan kukus nasi bersama lauk dan sayur. Satu tingkat masak lauk dan satu tingkat untuk nasi.
Ads
6. Pastikan nasi berada di bahagian atas supaya air tidak jatuh atas nasi.
Sebut tentang Nasi Daging Utara, memang padu padanannya dengan air asam kerisik. Ditambah pula ada menu rendang telur, sedap betul makan dah tak toleh kiri dan kanan.
Menurut Norzy Yusuff, percubaan kali pertamanya memasak Nasi Daging Utara ni, terus jatuh cinta. Sedap sangat. Daging lembut, nasi pun cantik, elok dan lembut.
Dinikmati pula dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur, memang buat makan bertambah-tambah. Ikuti perkongsian resipi daripadanya. Jom kita buat.
Kebiasaannya kita makan nasi lemak yang berwarna putih sahaja. Tetapi istimewanya di Kedah, nasi lemaknya berwarna kuning dan dimasak dengan menggunakan kaedah tumis.
Menerusi perkongsian daripada Nor Asiah, resipi nasi lemak kuning daripada arwah ibunya ini tidak menggunakan santan.
CARA BUAT NASI LEMAK KUNING
BAHAN-BAHAN BERAS:
2 tangkai daun kari* Bawang kecil | hiris* – beli online di sini Bawang putih | hiris* – beli online di sini Halia* – beli online di sini 4 sekawan* (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) Daun pandan* Sedikit serbuk kunyit* 2 @ 3 sudu besar planta (ikut citarasa masing-masing, kalau nak moist letak lebih, kalau nak kering, letak sedikit) Sedikit minyak untuk menumis Kiub pati ayam – beli online di sini Garam
1. Tumis bahan yang bertanda * di dalam periuk hingga wangi. Kemudian masukkan air, garam dan sedikit kiub ayam maggi. Kacau-kacau. 2. Bila air mendidih, masukkan beras. Masak hingga masak. 3. Bila dah masak, buka tudung periuk dan masukkan planta. Tutup kembali tudung periuk. Biar selama 4 minit. Buka dan kacau-kacau. *saya masak nasi menggunakan rice cooker.
1. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Kacau-kacau. 2. Masukkan bawang kisar, sos cili, sos tiram dan sedikit gula melaka. 3. Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan sedikit air, sedikit air asam jawa dan garam. 4. Bila dah mendidih, boleh masukkan lauk apa yang suka sama ada udang, ikan atau sotong. 5. Bila nak makan, bolehlah hidangkan nasi lemak bersama ikan bilis goreng dan telur rebus.
Daging Goreng Butter Bawang Putih yang beraroma, pedas dan juicy ini memang padu! Ikuti resipi lengkap beserta tip supaya daging kekal lembut dan confirm bertambah nasi.