Lazimnya, pulut kuning disediakan pada majlis keraian ataupun acara istimewa seperti majlis khatam al-Quran, kenduri kesyukuran, ulang tahun kelahiran mahupun perkahwinan. Malahan, ramai juga yang menggantikan acara potong kek di majlis resepsi perkahwinan mereka dengan pulut kuning berhias. 

Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak pernah membuat pulut kuning akan merasakan agak sukar untuk menghasilkannya. Namun, sebenarnya tidak sesukar mana. Anda boleh mencuba resipi mudah, menjimatkan masa dan gerenti jadi ini.

Cara Mudah Buat Pulut Kuning Lembut Dan Berkilat, Pasti Jadi!

Bahan-bahan:

500 gram (2 cawan) beras pulut 

1 keping asam keping – Boleh beli online di sini

1 sudu besar serbuk kunyit

1 inci kunyit hidup  (ditumbuk dan ditapis airnya)

1 cawan santan pekat 

IKLAN

*Sedikit minyak masak (jika menggunakan santan kotak) – Boleh beli santan kotak online di sini

1/2 sudu besar gula (untuk pulut kelihatan berkilat) – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam – Boleh beli online di sini

Pewarna 

Cara memasak:

IKLAN

1. Cuci bersih beras pulut dan toskan airnya. Masukkan kunyit hidup dan pewarna. Kacau sebati agar warnanya sekata.

2. Kemudian, masukkan air sehingga menutupi paras beras pulut. Rendam beras pulut tersebut dengan asam keping selama 1 hingga 2 jam. Jika beras pulut susu, tempoh rendamannya lebih pendek.

3. Selepas itu, sediakan pengukus. Isikan air di dalam pengukus dan panaskan. Kemudian, toskan beras pulut yang telah direndam tadi.

Cara Mudah Buat Pulut Kuning Lembut Dan Berkilat, Pasti Jadi!

4. Masukkan beras pulut tadi ke dalam periuk pengukus yang dilapik dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus hingga naik wap dari tepi periuk. 

IKLAN

5. Kemudian, angkat keluar pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tuang pula santan yang telah digaul dengan garam. Gaul dan kacau rata sehingga meliputi semua bahagian pulut.

Cara Mudah Buat Pulut Kuning Lembut Dan Berkilat, Pasti Jadi!

6. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus lagi sehingga wap naik di tepi pengukus.

Cara Mudah Buat Pulut Kuning Lembut Dan Berkilat, Pasti Jadi!

7. Selepas itu, tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk atau bekas besar. Taburkan gula dan kacau rata agar pulut menjadi berkilat. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal tumis atau rendang ayam mahupun daging.

Cara Mudah Buat Pulut Kuning Lembut Dan Berkilat, Pasti Jadi!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI