Lazimnya, pulut kuning disediakan pada majlis keraian ataupun acara istimewa seperti majlis khatam al-Quran, kenduri kesyukuran, ulang tahun kelahiran mahupun perkahwinan. Malahan, ramai juga yang menggantikan acara potong kek di majlis resepsi perkahwinan mereka dengan pulut kuning berhias.
Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak pernah membuat pulut kuning akan merasakan agak sukar untuk menghasilkannya. Namun, sebenarnya tidak sesukar mana. Anda boleh mencuba resipi mudah, menjimatkan masa dan gerenti jadi ini.
1. Cuci bersih beras pulut dan toskan airnya. Masukkan kunyit hidup dan pewarna. Kacau sebati agar warnanya sekata.
2. Kemudian, masukkan air sehingga menutupi paras beras pulut. Rendam beras pulut tersebut dengan asam keping selama 1 hingga 2 jam. Jika beras pulut susu, tempoh rendamannya lebih pendek.
3. Selepas itu, sediakan pengukus. Isikan air di dalam pengukus dan panaskan. Kemudian, toskan beras pulut yang telah direndam tadi.
4. Masukkan beras pulut tadi ke dalam periuk pengukus yang dilapik dengan daun pisang atau daun pandan. Kukus hingga naik wap dari tepi periuk.
Ads
5. Kemudian, angkat keluar pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tuang pula santan yang telah digaul dengan garam. Gaul dan kacau rata sehingga meliputi semua bahagian pulut.
6. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus lagi sehingga wap naik di tepi pengukus.
7. Selepas itu, tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk atau bekas besar. Taburkan gula dan kacau rata agar pulut menjadi berkilat. Sedia untuk dihidangkan bersama sambal tumis atau rendang ayam mahupun daging.
Kuih muih tradisi yang sudah zaman berzaman memang sedap. Kosnya pun murah berbanding kuih moden. Bahannya pun ringkas sahaja.
Rugilah kalau kita tak mencuba resipi kuih muih orang ‘lama’ini. Jom kita ikuti 5 resipi kuih muih tradisi dari Terengganu ini.
1. TOK AJI SERBAN
BAHAN-BAHAN :
BAHAN LAPISAN ATAS :
2 cawan pulut
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu teh gula
1/2 cawan santan
BAHAN LAPISAN BAWAH :
5 biji telur
1/2 tin susu pekat
1/2 tin susu cair
2 ketul gula melaka @ gula merah |dicairkan
CARA MEMASAK : Cara masak lapisan atas: 1. Kukus pulut dan masukkan semua bahan di atas dan tambahkan sedikit air dalam 1 1/2 cawan air hingga masak. 2. Setelah pulut masak masukkan ke dalam loyang dan tekan-tekan sehingga mampat dan padat. 3. Semasa pulut panas tuangkan adunan lapisan atas. Cara masak lapisan bawah : 1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau hingga sebati. 2. Kemudian tuangkan di atas lapisan pulut tadi. 3. Kemudian kukus balik selama 45 minit hingga sejam 4. Setelah sejuk Tok Aji Serban siap dipotong untuk dihidang.
INFO CHEF : Ada persamaan dengan seri muka, yang berbeza lapisan atasnya. Bahan telur, santan dan gula perlu seimbang untuk mendapatkan lapisan atas yang cantik (tidak keras dan tidak lembik)
Saiz hidangan : 10 ketul Masa memasak :Satu jam Cara memasak : Kukus Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak dan manis, pencuci mulut popular di Terengganu. Lapisan atas tidak menggunakan tepung. Anggaran kos : RM 15
2. KAYU KERAMAT
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1/2 sudu makan yis segera
6 camca makan gula
1 3/4 cawan air suam
1 sudu makan majerin/dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Masukkan yis dan gula ke dalam air suam dan kacau sedikit. Biarkan yis naik berbuih. 2. Tepung digaulkan dgn majerin sehingga sebati kemudian masukkan soda bikabonat dan gaul rata. 4. Kemudian masukkan air gula dan yis yang dibancuh tadi. 5. Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang satu kali ganda (anggaran dlm sejam)) 6. Gorenglah hingga kuih bertukar warna perang dan ia boleh hidangkan bersama teh panas atau dicicah dengan kuah gulai atau kari.
INFO CHEF: Kuih kayu keramat ini seakan kuih cakoi . Walau kelihatan serupa tetapi ia sedikit berbeza. Cakoi lebih lembut dan ringan, manakala Kayu Keramat agak padat dan berat dan amat mengenyangkan.
Saiz hidangan : 50 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kudapan kuih muih Keistimewaan : Sajian ringan yang mengenyangkan Anggaran kos : RM 10
3.CHE MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN :
4 ketul ubi keledek (warna oren)(saiz sederhana)
1 cawan tepung gandum
Gula secukupnya
*Satu sudu makan gula untuk inti setiap ketul che mek molek *Ubi keledek direbus dengan sedikit garam dan dilecek,buang kulitnya
CARA MEMASAK : 1. Gaul ubi keledek dengan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. 2. Bentukkan kuih cek mek molek. Masukkan sesudu gula dan dibentuk membujur. 3. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula semasa digoreng. 4. Angkat bila kekuningan.
INFO CHEF : Doh perlu lembut jadi jangan gunakan terlalu banyak tepung gandum. Kuih akan menjadi keras.
Saiz hidangan : 15 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih muih Keistimewaan : Tinggi fiber dan karbohiderat. Anggaran kos : RM 10
4. PULUT NYOR/NYIOR
BAHAN-BAHAN :
2 cawan pulut
2 cawan air
Garam secukupnya
Kelapa parut digaul garam dan gula | secukupnya
Garam dan gula
*Ikan kering (dihidang bersama)
CARA MEMASAK : 1. Masak pulut bersama dua cawan air sehingga masak. Boleh tanak menggunakan ‘rice cooker’. 2. Setelah masak dan sejuk., Pulut yang sudah dimasak, dibentukkan menjadi bulat-bulat. 3. Apabila hendak dimakan gaulkan atau taburkanbersama kelapa parut yang sudah dicampur garam dan gula secukup rasa. 4. Enak dimakan bersama ikan kering
INFO CHEF: Anda juga boleh menabur bertih di atasnya. Ambil sedikit beras pulut dan goreng tanpa minyak (sangai) jadi lah bertih.
Saiz hidangan : 10- 12 ketul Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Kukus atau tanak dalam periuk elektrik Jenis masakan : Beras pulut Keistimewaan : Pulut nyor asli ditanak dengan air sahaja tanpa menggunakan santan Anggaran kos : RM 10
5. AKOK BERLAUK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN INTI:
1 kg isi ayam
2 sudu rempah nasi minyak ( boleh juga guna rempah kurma)
2 biji bawang besar |dikisar
1 labu bawang putih | dikisar
2.5 sm halia
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan kerisek
1 kotak kecil santan kotak (220 ml)
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
220 ml air
4 biji bawang besar | dipotong dadu
BAHAN KULIT AKOK :
10 biji telur
8 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla (jika suka)
CARA MEMASAK : Cara masak inti : 1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi. 2. Kemudian masukkan rempah kurma dan kesemua bahan lain dalam kuali hingga naik minyak. 3. Perasakan dengan garam dan gula. 4. Agak-agak nak kering masukkan bawang yang dipotong dadu 5. Masak hingga kering. Cara masak kulit akok/bauhulu 1. Putarkan telur dan gula hingga kembang dan gebu. 2. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kaup balikkan sahaja. 3. Lengserkan acuan kuih dengan sedikit mentega dan taburkan dengan tepung untuk mengelakkan akok melekat pada acuan. 4. Panaskan oven pada suhu 140 darjah celcius. 5. Sendukkan adunan setengah acuan, bakar separuh masak. Keluarkan dan masukkan inti. 6. Kemudian tuangkan lagi setengah adunan menutupi inti. 7 .Bakar lagi sehingga kekuningan
INFO CHEF : Akok berlauk ini juga dikenali sebagai bauhulu berlauk.
Saiz hidangan : 60 biji Masa memasak :40 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis masakan : Kuih tradisional Keistimewaan : Rasa rempah ratus menyebabkan percik ayam berperisa. Anggaran kos : RM 30
Selalunya kulit jagung akan dibuang dan hanya mengambil isi jagung sahaja. Tidak perlu mencari daun pisang resipi lepat jagung manis ini menggunakan kulit jagung sebagai pembalut kuih lepat. Sangat bijak dan tiada pembaziran dalam proses masak lepat kerana semua digunakan sepenuhnya.
LEPAT JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
4 tongkol jagung (disagat halus)
1 tongkol jagung (hiris)
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.
Kuih Topi @ Cucur Topi. Salah satu kuih tradisional yang digemari ramai. Lebih terkenal di negeri Pantai Timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Jika di kawasan lain, ada yang panggil kuih ni dengan nama Cucur Jawa. Bagi yang dah lama teringin nak makan kuih ni tapi tak ada yang jual, nah…cubalah buat sendiri. Mudah je.
RESIPI KUIH CUCUR TOPI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula – kurangkan jumlah jika kurang gemar manis
1 cawan air
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas. Bancuh sampai cair, sebati dan tidak berketul. Biarkan adunan seketika.
2. Panaskan minyak dalam kuali ( kuantiti sedang-sedang sahaja).
3. Sendukkan sedikit adunan tepung tadi ke dalam kuali. Masak menggunakan api sederhana. Kena pandai adjust suhu api.
4. Goreng kuih seperti menggoreng telur. Jangan biarkan kuih hangit. Bila terbalikkan, kuih akan gelembung seperti topi.
5. Angkat dan toskan minyak. Ulang langkah hingga adunan habis.
Khasiat bunga cengkih ni sangat banyak! Ketahui 8 gabungan ajaib bunga cengkih dengan bahan dapur seperti madu, halia & lemon untuk kesihatan dalaman dan luaran.