
Ada masa kita buntu idea nak hidang apa waktu pagi atau petang. Asyik mi goreng, nasi goreng, cucur, nasi lemak tak pun roti.
Kalau dah ketandusan idea bolehlah cuba buat murtabak telur ini. Boleh buat untuk sarapan dan makan petang.
Idea resipi ini dari Fadhilah Khaulan yang katanya memang senang ‘yakmat’ dan bila buat berebut anak makan.
Cara buat popia telur yang senang ‘yakmat’
1. Sediakan bahan-bahan berikut
-Kulit popia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili api
-Telur
-Garam/perasa
2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili api sampai garing. Kemudian letak garam, serbuk perasa dan telur. Kacau sampai berketul. Pastikan guna sedikit minyak saja supaya kulit popia tak bocor.
3. Letak telur yang dah siap digoreng atas kulit popia dan bungkus ikut cita rasa. Boleh terus goreng gunakan minyak yang sedikit. Angkat bila dah keperangan.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Fadhilah Khaulan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Ketayap Kuih Orang Lama Yang Lembut Diluar Manis Didalam

Kuih yang di balut dengan kulit seakan lempeng nipis dan inti manis parutan kelapa campur gula Melaka.
KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN KULIT:
- 2 cawan gandum
- 2 cawan air
- 1 cawan santan cair
- 1 biji telur (buang pusat)
- secubit garam
- 6@8 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
- Kisar daun pandan dengan air kemudian tapis ambik airnya sahaja.
- Campur dengan bahan-bahan yang lain dan kacau sebati
- Tapis guna penapis kalau berketul.
- Guna kuali biasa yang kita selalu guna atau non stick pan.
- Kalau guna kuali biasa sapu minyak atas kuali, sapu minyak nipis sahaj boleh guna tisu dapur. Ambik adunan satu senduk tuang dan lenggangkan kuali untuk ratakan.
- Sapu minyak setiap kali nak lenggang.
- Tunggu sampai masak semua kulit ketayap.
- Bila sudah siap semua kulit baru boleh letak inti gulung.
BAHAN INTI:
- Sebiji kelapa parut (putih saja)
- 1 cawan gula merah
- 2 sudu besar gula putih
- Sedikit air
- 2 helai daun pandan
- 2 sudu tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Masak gula merah, gula putih dgn air sampai hancur bersama daun pandan
- Selepas itu masukkan kelapa parut.
- Masak sampai kering. Bila sudah agak kering masukkan 2 sudu tepung gandum.
- Kacau lagi sampai kering dan berkilat (kalau suka lembab jangan masak kering sangat)
KREDIT RESEPI & GAMBAR:
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/ulundu-vadai-garing-perang-di-luar-putih-lembut-di-dalam/
Resipi Kuih Boko Ubi Kayu Gula Merah Legend Guna Sukatan Cawan

Isi Kandungan
ToggleSuka makan Kuih Tepung Boko Ubi Kayu Gula Merah? Seperti yang kita tahu, nak buat kuih ini memerlukan kita memarut ubi kayu hingga halus. Lenguh tangan. Namun sangat berbaloi segala kepenatan tu bila makan kuih yang sedap. Nak cuba? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi serta cara-caranya. Sangat sesuai dijadikan hidangan keluarga. Malah jika diletak dalam bekas-bekas kecil seperti di bawah ini, ia boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk sebarang majlis keraian malah boleh juga dijadikan produk jualan. BOleh juga menggunakan loyang. Ikut kesesuaian. Berbaloi kan? Jom tengok resipi.
CARA MUDAH BUAT KUIH BOKO UBI KAYU GULA MERAH LEGEND
BAHAN BOKO UBI (LAPISAN BAWAH):
- 3 cawan ubi
- Pati ubi yang mendap
- 3 cawan air
- 1 cawan gula merah – beli online disini
- 1/2 cawan gula pasir atau ikut manis yang disukai – beli online disini
- 2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1.Parut ubi kayu, perah kemudian baru disukat sebanyak 3 cawan. Ambil sekali pati yang mendap dari perahan tadi. Airnya dibuang.
2.Satukan gula merah, gula pasir, air dan pandan. Masak sehingga larut,
3.Kemudian tapi. Sejukkan larutan gula terlebih dahulu.
4.Setelah sejuk, tuang ke atas parutan ubi. Masukkan juga pati ubi kemudian gaul semua bahan hingga rata.
5.Masukkan adunan ke dalam bekas-bekas kecil, kemudian kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan terlebih dahulu.
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 1/2 cawan tepung beras – beli online disini
- 4 cawan santan – beli online disini
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan kesemua bahan di dalam periuk dan sebatikan.
2.Masak guna api sederhana hingga adunan pekat dan meletup-letup.
3.Adunan haruslah sentiasa dikacau untuk mengelakkannya berketul.
4.Tuang adunan ke atas boko ubi tadi. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Ketupat Manis Kelantan Ikut Resipi Arwah Mak, Antara Menu Wajib Ada

Sempena Raya Aidil Fitri, pasti ramai yang sudah sibuk di dapur menyediakan persiapan juadah.
Jika di Kelantan, antara juadah wajib ada untuk raya ialah ketupat manis. Sedap dimakan begitu sahaja ataupun digoreng panas.
Jom kita buat ikut resipi yang dikongsi Sue Hani Abdullah.
KETUPAT MANIS KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – saya guna cap Angsa | rendam 5-6 jam atau semalaman – beli online di sini
500gm santan pekat – beli online di sini
300gm gula – biasa orang tua letak 1kg gula untuk 3kg beras pulut – beli online di sini
*Kalau nak tawar sikit, letak 200gm-250gm
1 sudu besar @ 20gm garam
CARA-CARA:
1. Kukus pulut 40 minit atau sehingga masak.
2. Gaul pulut dengan santan yang dilarut dengan garam hingga sebati.
3. Kukus pulut sekali lagi anggaran 20 minit/naik wap.
4. Angkat dan gaul dengan gula hingga suam/leeik (pecah biji). Orang Kelantan sebut leeik gadik. Biarkan sejuk.
5. Boleh kukus atau rebus dengan air yang sedikit (1/3 tenggelam ketupat) hingga kering air. Dasar periuk lapik dengan lebihan tangkai daun yang dipotong.
6. Bila dah sejuk, boleh dibalut seperti biasa. Biasa org dulu-dulu buat masa masukkan pulut dalam kelongsong, ditekan hingga padat.
7. Kebiasaannya di daerah saya, ketupat digoreng dengan kulit sekejap dalam minyak yang banyak sebelum dimakan. Toskan. (Jangan kecam sebab ni cara kami)
*Saya goreng guna Air Fryer untuk mengelakkan dari minyak yang melekat.
Nota:
1. Jangan risau jika pulut nampak melekit atau masa kita buka daun untuk makan nampak ada melekit macam basi. Sebab pulut banyak gula, sebab itu yang jadi macam tu.
2. Kalau tak habis dalam masa 3 hari, boleh disimpan dalam peti. Jika nak makan boleh kukus atau goreng tanpa kulit. Sedap sangat.
Kredit resipi & foto: Sue Hani Abdullah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Aneka Koleksi Serunding Yang Sedap DiMakan Dengan Ketupat & Lemang
Pernah Makan Rendang Siat? Rupa Macam Serunding, Tapi Rasa Rendang
Kek Buah Kukus Zaman Mak Kita Dulu, Ikut Step Yang Betul Barulah Kek Menjadi Lembap dan Lembut
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: