Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Namun jika suka Kuih Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.
RESIPI KUIH GEGATAS
BAHAN-BAHAN:
Ads
1/2 biji kelapa parut
2 cawan tepung pulut
2 senduk tepung gandum
1 sudu teh garam
Air secukupnya – dikisar halus
Gula
CARA MEMASAK:
1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas bersesuaian. Uli dengan air hingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat di tangan. 2. Bentukkan adunan menjadi leper dan lebar kemudian goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan.
Ads
3. Angkat, toskan kuih dan salutkan dengan gula yang telah dikisar terlebih dahulu. Ia akan menghasilkan Kuih Gegatas yang kurang manis.
4. Namun jika suka kuih yang disalut gula seperti kuih keria, boleh juga hasilkan sedemikian. Sedia untuk dinikmati.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Anda yang sukakan kuih lapis, anda wajib cuba resipi Kuih Lapis Pandan Coklat yang sungguh sedap dan lembut teksturnya dengan cara mudah. Tak perlu nak perah santan bagai, guna je santan kotak, hasilnya tetap sedap dan tidak mengecewakan. Macam biasa resipi ada disedia di bawah ini:-
KUIH LAPISAN PANDAN COKLAT BAHAN-BAHAN: 1200ml santan | dari 600ml santan kotak + 600ml air 250gm tepung jagung 150gm tepung beras 300gm gula pasir 5 helai daun pandan Secubit garam dan esen vanila secukupnya 1 1/2 teh perasa pandan 2 sudu teh serbuk koko | larutkan dengan sedikit air panas
CARA MEMBUAT:
Campurkan santan, garam, vanilla dan daun pandan hingga suam.
Keluarkan daun pandan, masukkan gula pasir dan kacau hingga gula larut, ke tepikan dan biarkan sejuk.
Dalam bekas lain, campurkan tepung ubi dan beras, tuangkan campuran santan tadi, adun rata hingga tiada bergentel lalu tapiskannya ke dalam bekas lain.
Sementara itu panaskan pengukus dan sediakan loyang 18X18 dan oleskan dengan sedikit minyak. Ketepikan.
Bahagikan adunan tadi kepada dua, satu warna coklat dan satu hijau pandan.
Setelah air kukusan mendidih, ambil 100ml adunan padan dan tuangkan dalam loyang pengukus, kukus selama 5 minit, kemudian lapisan dengan warna coklat.
Lakukan kerja mengukus secara berselang seli adunan hingga habis.
Dikukusan terakhir, kukus 20-25 minit atau hingga masak.
Angkat loyang dan sejukkan. Setelah betul-betul sejuk baru potong menggunakan pisau yang disapu dengan minyak.
Dapatkan Primada Mircocomputer Rice Cookerdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!