Sedapnya kalau dapat makan Churros petang-petang begini. Churros yang garing dan lembut tu, dicicah pula dengan sos coklat yang padu, wallah….Nikmati tak terkata. Bagi anda yang teringin nak cuba buat snek enak ini, bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh saudari Nursidah Muhd Amin. Mudah dan hasilnya pun memang memuaskan hati.
1. Masukkan air, gula, garam, mentega dan esen vanilla ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 2. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau dengan laju hingga semua bahan sebati. 3. Seterusnya tambahkan telur yang telahd ipukul sedikit tadi. Gaul lagi hingga sekata. 4. Sejukkan adunan Churros sebentar. 5. Ambil acuan churros atau boleh juga guna acuan semperit. Paipkan adunan ke dalam minyak yang telah dipanaskan. 6. Goreng sehingga Churros menjadi garing kekuningan. 7. Angkat, toskan minyak dan tabur sedikit gula ising.
RESIPI COKLAT GANACHE
Untuk membuat coklat ganache ini, ada 2 cara. Boleh pilih mana satu yang sesuai dengan cita rasa anda.
CARA 1: Coklat masakan & whipping cream sahaja. Campur keduanya dan cairkan menggunakan Teknik double boil.
Sambal ikan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera terutamanya bila takda selera makan. Buat sambal tumis, atau tumbuk mentah ikan bilis tetap sedap janji ada bilis dan cili padi, memang padu bila makan. Apa kata dijadikan sajian teman berbuka.
1. SAMBAL BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
2. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. SAMBAL BILIS GESEK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
4. SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama Asam Rebus ini memang super sedap. Guna Ikan Parang segar lagi bergandalah sedapnya. Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit, baru best.
Ni resipi perkongsian dari June Ahmad. Katanya, “Ni kalau makan, boh kuah banyak banyak dan makan dengan sambal belacan dan ikan masin gerenti makan bertambah-tambah baq hang.” June guna ikan parang tapi boleh juga guna apa apa ikan yang sesuai macam ikan tenggiri dan lain-lain.
CARA MEMASAK :
1. Masuk bahan kisar dalam periuk.
2. Rebus sekejap sambil-sambil tambah air.
3. Biar lama sikit tak apa supaya bawang dan cili tu betul-betul masak.Masuk sekali asam keping sekali pun ok.
.
4. Kemudian bolehlah masuk ikan, garam, perasa secukup rasa.
.
5. Akhir masuk bunga kantan dan daun kesum.Biar mendidih lagi
.
6. Sesuaikan rasa, kuah tu biar terasa masam-masam sikit baru lagi sedap.
7. Sajian siap dihidang
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...