
Sakit betul hati dikala nak memasak dengan cepat, tetapi pisau blender pula tumpul. Lama dikisar, tak juga hancur bawangnya. Dah rugi masa. Lebih sakit hati jika ia berlaku disaat anda nak mengadakan majlis kenduri dan keraian. Beli blender baru pun boleh tahan juga harganya. Jangan risau kerana ada cara yang boleh anda cuba untuk menajamkan pisau blender anda tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk garam kasar
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Sarapan Dengan Apam Bakar Simple & Mudah. Makan Macam Tu Pun Sedap!
Cara Mudah Buat Kuih Lepat Jagung Yang Sedap, Balut Guna Kulit Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Cara Mudah Untuk Empukkan Daging Dalam Masa Singkat

Hidangan daging memang enak. Tapi jika silap gaya, liat. Bergoyang gigi dibuatnya. Tekstuirnya tidak seperti isi ayam yang lebih lembut dan cepat untuk dimasak. Usah risau, ada petua yang boleh dicuba. Berikut ada 5 cara yang anda boleh cuba untuk pastikan daging yang anda masak lembut dengan cepat serta tidak keras setelah dimasak.
1. Rebus Terlebih Dahulu
Kaedah ni paling ‘basic’. Mak-mak kita dulu pun bila nak goreng daging, mesti mereka akan rebus daging terlebih dahulu. Setelah empuk, barulah akan digoreng dan sebagainya. Sewaktu merebus daging , ada juga pelbagai bahan yang dicampur supaya daging dapat lembut dengan cepat. Antaranya ialah dengan rebus daging bersama dengan sudu stainless stell, daun pisang abu, daun nangka, tebu, batang ubi kayu, buah pinang tua dan sebagainya. Memang berkesan.
2. Hiris Nipis

Jika anda kesuntukan masa untuk rebus daging tetapi perlu juga masak. Boleh guna kaedah ni. Hiris daging nipis-nipis secara melintang urat. Kemudian masaklah seperti biasa. Anda juga perlu buang segala lemak dan urat yang ada. Barulah daging tidak terlalu liat dan enak untuk dinikmati.
3. Ketuk Daging
Selain itu, anda juga boleh menggunakan pengetuk daging atau meat tenderizer. Caranya ialah dengan mengetuk daging agar otot-otot yang yang keras menjadi lebih lembut apabila dimasak.
4. Perap Sebelum Masak

Anda juga boleh menggunakan teknik perapan untuk melembutkan daging tetapi kaedah ini memerlukan anda menyiapkannya dengan lebih awal. Caranya mudah sahaja. Perap daging menggunakan bahan-bahan berasid seperti jus limau, lemon, cuka atau jus nanas antara 2-24 jam. Bahan-bahan ini mampu melembutkan daging secara semulajadi bahkan menjadikan daging lebih enak apabila dimasak.
5. Guna Periuk Tekanan
Cara paling mudah! Jika anda ada periuk tekanan atau ‘pressure cooker’, gunakan sahaja. Lagi jimat masa, mudah dan dijamin lembut masakan anda. Jika guna periuk tekanan niu, tidak perlulah anda nak rebus, perap atau ketuk daging. Sediakan rencah masakan dan masaklah seperti biasa. Memang mudah! Perut pun cepat kenyang.
4 Cara Cepat Nak ‘Defrost’ Lauk Pauk Sejuk Beku. 5 Minit Je Dah Lembut.

Bulan puasa ni memang agak mencabar bagi kaum ibu terutamanya bagi mak-mak yang berkerja. Mana taknya, sampai sahaja di rumah, kalut nak masak juadah berbuka untuk keluarga. Lebih parah lagi jika lauk yang nak dimasak tu, lupa nak dikeluarkan dari peti sejuk beku pada waktu pagi. Aduhai…memang bertambah huru-hara. Ada petua mudah untuk melembutkan lauk-pauk sejuk beku ni. Dalam masa kurang 10 minit, ikan, ayam dan daging boleh lembut dan boleh dimasak. Cara-caranya ialah:
1. GUNA MICROWAVE
- Cara ni paling mudah. Masukkan lauk sejuk beku anda ke dalam bekas dan letakkan di dalam ketuhar gelombang micro. Tekan butang ‘defrost’ dan tunggu proses tersebut siap. Hasilnya ais pada lauk pauk anda akan cair dengan mudah.
2. GUNA PERIUK
- Bagi yang tak ada microwave, ada juga cara lain yang boleh dicuba selain merendam lauk pauk di dalam air. Anda hanya perlukan dua buah periuk ‘steel’. Basuh ikan/ayam/daging dengan cara mengalirkan air selama 1-2 minit. Kemudian terungkupkan periuk pertama dan susun lauk beku anda pada bahagian belakang (bontot) periuk. Ambil periuk kedua dan isi air didalamnya. Kemudian letakkan di atas lauk tadi. Biarkan dan tunggu daging lembut. Masa yang diambil bergantung kepada tekstur bahan. Paling sesuai guna cara ini adalah untuk melembutkan daging lembu, potongan kambing dan ikan.
3. GUNA CUKA MAKAN
- Untuk cepatkan daging beku lembut, anda juga boleh menggunakan cuka makan. Caranya mudah sahaja. Ambil daging yang hendak dilembutkan dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan air dan sedikit cuka makan di dalamnya. Cuka mampu emnurunkan suhu kebekuan serta pada masa yang sama, mampu menjadikan daging empuk dengan mudah apabila dimasak. Setelah daging lembut, bilas dan masaklah seperti biasa.
4. GUNA AIR PANAS
- Cara ini sesuai untuk melembutkan daging dan tidak begitu sesuai untuk ikan dan ayam. Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air yang mendidih ke dalam bekas. Campur sedikit air biasa supaya suhunya sekitar 80C. Masukkan kepingan daging yang hendak dicairkan dan tunggu seketika sehingga aisnya cair. Toskan dan masaklah daging seperti biasa. Namun masa diambil juga bergantung kepada ketebalan daging. lebih nipis daging, lebih cepat ia lembut.
10 Teknik Jadikan Coklat Cip Sedap ‘Chewy’, Cubalah Resipi Coklat Cip Klasik Ni…

Coklat cip memang kegemaran amak-anak sepanjang masa. Tak payahlah tunggu raya pun nak membuatnya. Tapi adakalanya coklat cip tak berapa menjadi. Kadang-kadang terlalu keras , ada yang terlalu kering.

Ni min kongsikan petua kalau nak biskut yang rangup dan ‘chewy’. Kalau garing sangat dan kering pun kurang seronok dimakan.
- GUNA MENTEGA BIASA ADA GARAM

Gunakan mentega berkualiti tinggi. Mentega berkrim dan ada garam. Rasa coklat cip gerenti sedap.
- CAIRKAN MENTEGA DALAM OVEN (PRE HEATING)

Jika pilih nak buat biskut yang agak tebal, cairkan mentega separuh sahaja atau satu pertiga cair. Jangan biarkan cair kesemuanya. Masukkan dalam oven yang sedang dipanaskan sebelum membakar biskut (pre heating). Carikan selama 3-4 minit sahaja. Jangan lupa set kan timer. Kalau terlajak alamat biskut tu jadi rata tak naik…huhuhu.
3. BIAR MENTEGA KEMBALI KE SUHU BILIK
Biarkan ia berehat dalam beberapa minit dalam suhu bilik, agar ia berada kembali dalam keadaan buku yang lembut.Sebelum anda membuat doh. Bunyi macam leceh kan tetapi ingat mentega cair yang panas tidak akan memberi hasil yang sempurna seperti mentega yang telah sejuk dan menjadi lembut. Jadi sabarlah ya.
4. PUKUL TELUR SEADANYA
Pukul seadanya gula dan mentega sudah memadai. Usah terlebih pukul kerana ia akan menyebabkan biskut menjadi keras.
5. TAMBAH SEDIKIT TEPUNG

Tambahkan sedikit tepung pada doh terutamanya apabila mentega sudah cair. Keadaan doh boleh ditarik dari sisi mangkuk adunan (tidak melekat di tepi mangkuk). Jika anda menggunakan mesin mixer elektrik, perhatikan keadaan doh tidak melekit di sisi mangkuk dan tidak terlalu lembik, jika anda lihat doh agak lembab, tambahkan sesudu tepung hingga doh boleh membulat di tengah mangkuk.
6. GUNAKAN SEKURANG-KURANGNYA DUA JENIS COKLAT CIP
Haa…masukkan sekurang-kurangnya dua jenis coklat cip barulah lebih terangkat rasanya. Kalau min pilih coklat bar/kepingan separuh manis (semisweet) dipotong jadi ketulan kasar, cip cokat susu dan cip coklat gelap. Rasa coklat sedikit berbeza dan bentuk ketulan dan chip menjadikan biskut lebih menarik dan rasa lebih sedap.
7. MASUKKAN DOH DALAM PETI SEJUK
Perasan tak lepas bakar dulang biskut pertama, biskut anda nampak rata aje. Kalau begitu biarkan ia dalam peti sejuk sebelum membakar agar doh sedikit padu dan mampat.
8. BISKUT BERSAIZ BESAR.
Besar tu lebih kurang suku ¼ cawan doh, untuk dicubit membulat menjadi sekeping biskut. Tekankan, biskut yang agak tebal memberikan rasa lebih ummph
9. BENTUKKAN MENGGUNAKAN TANGAN
Foto : sweet.serious.com
Walaupun anda boleh gunakan sudu, untuk mendapatkan rupa biskut yang sedikit membulat di atasnya, tetapi gunakan tangan untuk membentuk doh adalah lebih mudah, Bulatkan dan gentel dengan tapak tangan.
10. COKLAT CHIP DI ATAS BISKUT
Foto : pinterest.com
Perasan tak korang dah letak banyak-banyak coklat cip di dalam adunan tapi bila dah siap bakar rupanya nampak plain aje, tak menarik kan. Kalau nak nampak ‘chunky dan timbul coklat cipnya, apa kata ambil bebeberapa biji coklat cip dan tekankan dan susun atas biskut tu sebelum dibakar, wah barulah menarik rupanya.
Ok ni min kongsikan resipi Biskut Coklat Cip yang mudah dan klasik sangat…
BISKUT COKLAT CIP KLASIK
Foto : pinterest.com
BAHAN-BAHAN :
- 7 sudu besar mentega
- ¾ cawan gula halus
- 1 sudu besar gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji telur
- 1 1/4 cawan tepung serbaguna * tambah beberapa sudu lagi jika doh terlalu melekit
- ½ sudu baking soda
- ¼ sudu teh garam
- 1 cawan campuran coklat cip dan ketulan kecil kepingan coklat
CARA MEMASAK :
1. Panaskan over ke suhu 350 darjah Fahrenheit. Masa tengah preheating ni bolehlah cairkan mentega dalam keadaan 1/3 atau separuh cair. Tutup oven dan keluarka mentega dan biarkan mentega kembali ke suhu bilik, biarkan mentega dalam keadaan lembut..
2. Masukkan gula dan vanilla. Pukul hingga kacau sebati dan sekadar jadi gebu. Masukkan pula telur hingga sebati. Usah pukul terlalu lama.
3. Kemudian masukkan tepung, baking soda dan garam. Kacau guna mixer dalam kelajuan rendah, pastikan tak melekat di sisi mangkuk adunan atau sehingga tepung sebati.
4. Kiranya doh asih melekit dan lembab, tambahkan satu sudu besar tepung hingga doh boleh menyatu menjadi bola. Usah menambah terlalu banyak tepung kerana ia akan mengeraskan biskut. Bila doh tidak terlalu melekit , masukkan cip coklat dengan senduk kering.
5. Panaskan oven ke suhu 350 darjah Farenheit. Cubit doh sebanyak ¼ cawan, bulatkan dan susunkan beberapa biji coklat chip di atasnya. Susun atas dulang, jarakkan beberapa inci.
6. Keluarkan apabila ada sedikit tompokan perang di atasnya, usah terlalu perang. Barulah biskut tidak terlalu kering.
Saiz hidangan : 10-12 keping biskut besar
Masa penyediaan : 45 minit
Masa memasak : 9 minit