
Suka makan tat telur tapi tak pernah cuba buat sendiri sebab tak ada ketuhar? Ha…Mungkin lepas ni boleh cuba buat kerana ada resipi tat telur yang tak perlukan ketuhar pun. Masak guna kuali je. Memang mudah, cepat dan dijamin menjadi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
TART TELUR KUALI MELTING
BAHAN A (KULIT TAT):
- 2 cawan tepung agndum
- 1/2 cawan marjerin
- Secubit garam
- 1 biji telur
CARA MEMBUAT:
- Gaul bahan-bahan diatas hingga rata dan uli hingga jadi doh.
- Bentukkan doh seperti kulit tat mengikut bentuk permukaan kuali. Bentuk biar agak berlekuk di bahagian tengah untuk tuang inti tat nanti.
- Bentukkan bahagian tepi tat menggunakan garpu.
- Ketepikan seketika. Bila dah isi inti tat baru bakar.

BAHAN B (INTI TAT):
- 1 1/2 cawan susu cair
- 3 biji kuning telur
- 2-3 titik esen vanilla
- Secubit garam
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung kastard
- 4-5 sudu makan gula
- Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan inti dan pukul sehingga tidak berketul. Boleh juga kisar guna blender.
2. Tuang adunan inti ke dalam doh tat tadi.
3. Masak atas dapur gas guna api kecil selama 30-40 minit.

4. Tutup permukaan kuali dengan tudung periuk.
5. Bila inti dah gelembung atau pejal, ia menandakan tat telah masak.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
https://www.facebook.com/basyirah.ismail.7/videos/1879751268703291/
INFO: Tip untuk senang keluarkan tat dari kuali ialah dengan memotong dahulu sekeping tat. Kemudian keluarkan tat yang selebihnya.
Kredit resipi: Raja Amanina
Resipi Rasa kongsi dari perkongsian: Basyirah Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Roti Goreng Lemak Manis, Menu Sarapan Simple dan Mengenyangkan

Menyediakan sarapan ada kalanya memerlukan masa yang lama. Sibuk dengan rutin harian terutama waktu pagi, boleh sediakan sarapan roti goreng lemak manis. Senang saja nak sediakan. Sedap dan boleh mengenyangkan.
ROTI GORENG LEMAK MANIS

Bahan-Bahan
3 biji telur ayam gred A
3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (roti sandwic)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara membuat
1. Pecahkan telur ayam. Masukkan susu dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Potong roti ikut suka.
3. Bila minyak masak sudah panas, celup roti dalam adunan tadi. Kemudian goreng sampai masak.
4. Angkat. Sedia untuk dinikmati.
Gambar & resipi: Ratna Sari Zain
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Aneka Roti Bijirin Gebu. Lembut Tapi Rangup, Jom Ikut Cara Membuatnya.

Roti enak gebu dan lembut, keluar panas-panas dari oven , huh, tak boleh ceritalah nikmatnya.
Yang penting cara ulinya kena betul dan gunakan bahan bermutu. Jom cuba aneka resipi roti buku (loaf) yang enak ni.
1.HEAVY WHOLEMEAL LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 20gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 120gm Serat gandum kasar
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi boleh diregang. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza beza.
3. Kemudian keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm setiap satu.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar ( 5 minit). Doh perlu direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat dan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah kerana bahagian yang di kelim tidak kemas.
7. Letakkan doh di dalam acuan loaf yang sudah disembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang.
10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau apabila ia berwarna perang keemasan.
INFO CHEF : Doh itu boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Roti yang menyihatkan
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
2. 7 GRAINS LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 70gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 450gm Air sejuk
- 50gm Serat Gandum kasar
- 150gm – Bijian Campuran – 7 jenis
- 20gm Brown Malt Flour – pilihan untuk warna perang pada roti
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible dan meregang. Doh boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
4. Bulatkan doh dan rehatkan sebentar, sekitar lima minit.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Setelah itu, kelim doh dengan kemas supaya proses pengembangan dan pembakaran akan serata dan tidak merekah.
7. Letakkan doh yang telah siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
8. Kemudian kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Mengandungi tujuh jenis bijirin
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
3. GREEN TEA LATTE LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 250gm Air sejuk
- 30gm serbuk teh hijau
- 50ml Espresso Double Shot
CARA MEMASAK:
1. Pertama, campurkan serbuk teh hijau bersama Espresso Double Shot untuk membentuk Green Tea Latte. Ketepikan.
2. Setelah itu, masukkan kesemua bahan di atas termasuk Green Tea Latte ke dalam mesin penguli roti. Uli sehingga doh menjadi extensible (regang). Sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
3. Bulatkan doh dan rehatkan sekitar lima minit.
4. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung daripada bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
5. Setelah itu, kelim doh dengan cermat.
6. Letakan doh di dalam acuan loaf yang sudah di spray dengan pan coating / shortening.
7. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
8. Keluarkan doh yang sudah kembang. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau setelah berwarna perang keemasan.
9. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas-panas.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa teh hijau yang beri keunikan pada roti
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
4. HONEY OAT LOAF

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 150gm – Oat Bermadu ( seperti dia atas )
- 150gm Oat
- 100gm Madu
1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.
Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
5. DARK CHARCOAL LOAF

BAHAN-BAHAN DOH:
- 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
- 100gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
- 30gm Tepung susu lemak penuh
- 8gm Garam halus
- 50gm Lemak Sayuran tanpa hydrogenasi
- 11gm Yis kering
- 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
- 350gm Air sejuk
- 30gm Black Charcoal Powder
- 20gm Brown Malt Flour
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kesemua bahan bahan ke dalam mesin penguli roti.
2. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Boleh diregangkan dan menghasilkan lapisan yang nipis kerana gluten yang terdapat di dalam tepung gandum terhasil di sebabkan proses menguli dan kelembapan.
3. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm.
4. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit. Doh direhatkan supaya kulit pada permukaan doh akan licin dan proses seterusnya akan lebih mudah.
5. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
6. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang di dalam acuan loaf yang sudah sembur dengan pan coating / shortening.
8. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
9. Keluarkan doh yang sudah kembang.
10. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.
Info chef: Warna roti yang gelap pasti memberikan satu tarikan tersendiri.
Saiz Hidangan : 4 biji loaf
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa yang amat berbeza
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30
Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
5 Idea Donut Ala Perancis Dari Chef Frederic Oger, Kenakannya Bagai Berada di Kafe Paris

Ni dia resipi dan gaya donut ala Perancis. Resipi ori dari Chef Frederic Oger yang berasal dari Perancis, kini sudah berumahtangga dengan rakyat Malaysia serta menetap di sini.
Beliau adalah pemilik Pastry Institute of St Honore, di Taman Tun Dr Ismail. Variasi donutnya sungguh mempesona dan memikat selera.

Himpunan donut berwarna serta lembut gebu ini juga cukup membuatkan sesiapa yang melihat pasti terliur. Kalau nak tahu kelazatannya bolehlah mencuba resipi Chef tersohor ini.
GREEN TEA CHOCOLATE DOUGHNUT

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung rose @ tepung gandum
- 5gm yis kering
- 30gm mentega cair
- 25gm gula aising
- 125ml susu
- 60gm kuning telur
- 2 gm garam
Bahan inti :
- 50gm coklat gelap 54% * kandungan koko/coklat
- 5gm serbuk teh hijau
- 100gm krim
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
- Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
- Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
- Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
- Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
- Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
- Toskan dan biarkan sejuk sebelum meletakkan /menaburkan bahan topping di atasnya di atasnya.
Cara masak inti :
- Didihkan krim bersama serbuk teh hijau, di dalam satu mangkuk
- Tutupkan api dan tuangkan coklat
- Kacau hingga sebati
Saiz hidangan : 15 keping, 33gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donat
Keistimewaan : Teh hijau memberikan rasa yang sungguh nyaman
Anggaran kos : RM 20-RM 30
Info Chef : Untuk rasa yang lebih asli anda bolej memasukkan sedikit serbuk teh hijau ke dalam adunan doh donat.
STRAWBERRY ROSE JAM DOUGHNUT

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung rose @ tepung gandum
- 5gm yis kering
- 30gm mentega cair
- 25gm gula aising
- 125ml susu
- 60gm kuning telur
- 2 gm garam
Bahan inti :
- 125gm puri strawberi
- 40gm gula
- 2gm esen ros
- 3gm pectin
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
- Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
- Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
- Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
- Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
- Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
- Toskan dan biarkan sejuk sebelum mencelupkan permukaan donat di atas inti strawberi yang sudah dimasak tadi.
Cara masak inti :
- Campurkan dan satukan gula dan pectin
- Kemudian masukkan puri dan esen
- Didihkan hingga suhu 106 darjah Celcius.
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Kaya dengan rasa strawberi yang lazat.
Anggaran kos : RM 20-30
Info Chef : Pektin adalah bahan pemekat jam (ejen ‘gelling’). Mengurangkan waktu memasak.
TWIST DOUGHNUT WITH SESAME ALMOND TOPPING

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung rose @ tepung gandum
- 5gm yis kering
- 30gm mentega cair
- 25gm gula aising
- 125ml susu
- 60gm kuning telur
- 2 gm garam
Bahan ‘topping’:
- 125gm coklat putih | dicairkan
- 40gm bijan putih
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
- Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
- Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
- Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
- Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
- Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
- Toskan dan biarkan sejuk sebelum mencelupkan permukaan donat di atas coklat putih dan taburkan bijan putih.
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Rangup dengan taburan bijan yang lemak.
Anggaran kos : RM 20-30
Info Chef : Untuk lebih rasa bijan anda boleh menaburkan sedikit bijan ke dalam adunan doh.
DOUGHNUT WITH MANGO FILLING & COCONUT TOPPING

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung rose @ tepung gandum
- 5gm yis kering
- 30gm mentega cair
- 25gm gula aising
- 125ml susu
- 60gm kuning telur
- 2 gm garam
Bahan inti manga :
- 125gm puri manga
- 40gm gula
- 3gm pectin
Bahan topping :
- Kelapa parut kering secukupnya
(Boleh disangai jika suka)
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
- Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
- Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
- Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
- Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
- Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
- Toskan dan biarkan sejuk sebelum menaburkan atau menekap permukaan donat di atas kelapa parut kering.
Cara buat inti mangga :
- Campurkkan gula dengan pectin
- Kemudian masukkan puri mangga
- Didihkan sehingga suhu 106 darjah Celcius
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Gabungan rasa mangga dan coklat yang sungguh nikmat.
Anggaran kos : RM 20-30
INFO CHEF : Anda boleh juga memasukkan potongan dadu kecil mangga untuk rasa manga yang lebih sedap.
COFFEE CRUMBLE DOUGHNUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung rose @ tepung gandum
- 5gm yis kering
- 30gm mentega cair
- 25gm gula aising
- 125ml susu
- 60gm kuning telur
- 2 gm garam
Bahan ‘topping’:
- 50gm gula
- 50gm tepung gandum
- 50gm mentega
- 1 gm serbuk kopi Nescafe
CARA MEMASAK :
Cara buat doh :
- Masukkan tepung, garam, yis, gula dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
- Kemudian masukkan susu dan kuning telur, sedikit demi sedikit
- Ulikan doh hingga tidak melekat di tepi mangkuk dan boleh meregang
- Bentukkan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda selama sejam.
- Ambil doh tumbuk untuk keluarkan angin, dan bulatkan bentuk donut masukkan inti,
- Kemudian biarkan selama 20 minit, untuk proses gebukan donut.
- Panaskan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga keperangan dengan api yang sederhana.
- Toskan dan biarkan sejuk sebelum menaburkan atau menekap permukaan donat di atas campuran bahan topping.
Cara buat topping :
- Campurkan kesemua bahan-bahan topping hingga membentuk tekstur yang diinginkan (usah terlalu halus)
Saiz hidangan : 15 keping, 33 gm setiap satu
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Goreng minyak penuh
Jenis masakan : Donut
Keistimewaan : Berperasa kopi dengan aroma yang sungguh memikat selera.
Anggaran kos : RM 20-30
Info Chef : Anda boleh memasukkan serbuk kopi sedikit untuk rasa kopi yang lebih ‘kuat’
RESIPI : CHEF FREDERIC OGER
Terima kasih : PASTRY INSTITUTE OF ST HONORE, TTDI Plaza, A1-11, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

