Biasanya kalau rasa nak makan Sizzling Yee Mee, kena ke kedai sebab dekat rumah tak ada hot plate. Tapi rupanya, walaupun tak ada benda tu, boleh je masak Sizzling Yee Mee homemade yang sedap. Menerusi resipi perkongsian saudari Tuan Adriana Arissa, beliau hanya guna kualibiasa je. Hasilnya memang sedap dan tak perlu dah makan di kedai lagi. Jom cuba!
RESIPI SIZZLING YEE MEE
Ads
BAHAN-BAHAN ( sukata 3 orang makan):
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1/2 inci halia – dicincang halus
Ayam – dipotong kecil
Cendawan shitake kering @ basah
5 biji cili kering – dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak bijan
1 ketul kiub ayam
2 @ 3 sudu makan tepung jagung (tambah sedikit air)
Minyak untuk menumis
4 cawan air @ lebih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi. 2. Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk. 3. Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). 4. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. 5. Biarkan mendidih dan ayam masak. Masukkan cendawan. Biarkan 2 – 3 minit. 6. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
7. Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 6 untuk hidangan yee mee yang lain.
Ads
INFO: 1. Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat daripada besi. Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat, jangan buang sebaliknya cuci bersih sehingga hilang semua karatnya. 2. Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yang kering.
Mi Bakso makanan terkenal dari negara seberang yang menjadi kegemaran masyarakat negara kita. Bezanya resipi dari Padang, Indonesia ini menggunakan mi telur untuk rasa kelainan.
MI BAKSO CIBIUK
BAHAN-BAHAN:
200gm mi telur kering
500ml air
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan kicap masin
1 sudu teh serbuk lada hitam
BAHAN KUAH:
4 ulas bawang putih ] cincang halus
4 ulas bawang merah ] cincang halus
2cm halia muda ] kisar halus
1 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
20 biji bebola daging
Sawi hijau dipotong 3cm ] celur
750ml air rebusan tulang
BAHAN PELENGKAP:
2 sudu makan bawang goreng
2 sudu makan hirisan daun bawang
2 sudu makan hirisan daun saderi
1 sudu makan minyak bijan
Sambal cili atau kicap
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan mi, campurkan minjak bijan dengan serbuk lada hitam dan kicap masin. Ketepikan.
2. Didihkan air dalam periuk, rebus mi kering hingga masak, kemudian toskan.
3. Seterusnya tuangkan campuran bahan minyak bijan tadi di dalam bekas mi, gaul rata.
4. Untuk menyediakan kuah bakso, panaskan minyak bijan, tumis halia dan bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
5. Tambahkan air stok rebusan tulang dan masukkan bebola daging. Biarkan kuah mendidih.
6. Apabila hampir masak perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
7. .Sebelum angkat masukkan sawi.
8. Tuangkan kuah bakso dalam mangkuk yang berisi mi tadi. Hiaskan dengan hirisan daun bawang, daun saderi dan bawang goreng.
Saiz hidangan: 2 orang Waktu Memasak: 30 minit Cara Memasak: Rebus Jenis Masakan: Mi Keistimewaan: Enak berperisa Anggaran kos: RM 10
INFO CHEF: Enak dihidangkan bersama sambal cili atau sambal kicap.
Bagi penggemar Rojak Mi, resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni boleh dicuba. Menurut beliau, resipi ini adalah yang biasa beliau buat hasil tunjuk ajar dari arwah ibunya yang merupakan peniaga makanan. Macam-macam menu yang dijual. Bagi anda yang nak cuba keenakan Rojak Mi ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Selamat mencuba!
RESIPI ROJAK MI SEDAP WARISAN BONDA
BAHAN-BAHAN:
Mi kuning
Kuih rojak
Tauhu – goreng dan potong
Ubi kentang – direbus sebiji-sebiji hingga empuk
Telur rebus
Tauge
Cili hijau – hiris
Timun – disagat
BAHAN KUAH:
1 paket biskut Marie – dipatah-patahkan – beli online DISINI
Hidangan menarik perhatian, rasa fusion cukup menyelerakan dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Walaupun bukan semua peminat dengan masakan pasta ni, tapi hasil dari gabungan bahan masakan timur dan barat ini buatkan tekak orang Malaysia boleh diterima. Bagi anda yang ingin menikmati hidangan ringkas dan dalam keadaan santai, terima kasih Harmony Zone Puncak Alam yang telah berbesar hati untuk berkongsi beberapa resipi istimewa untuk anda cuba sendiri di rumah.
MACARONI PHAD THAI
Bahan-bahan:
160 gram makaroni – rebus dan toskan
2 biji bawang merah – potong dadu
4 ekor udang – buang kulit
1 ekor sotong – hiris
1 sudu teh serbuk cili
1 biji telur
½ senduk sos tiram
1 sudu besar stok udang
½ sudu teh garam
½ sudu teh stok ayam
3 sudu besar minyak masak
Cara Memasak:
Panaskan kuali, tumis hirisan bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong.
Kacau sebati dan masukkan serbuk cili serta telur. Kacau sekata.
Selepas itu, masukkan sos tiram, stok udang dan bahan perisa yang lain.
Akhir sekali masukkan makaroni. Kacau seketika dan angkat.
Sedia untuk dinikmati.
SPAGHETTI PESTO SEAFOOD
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus
2 biji bawang merah – potong dadu
4 ekor udang – buang kulit
1/2 ekor sotong – hiris
1 sudu makan stok udang
½ sudu teh garam
¾ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh marjerin
2 sudu makan pes pesto
1 sudu makan minyak masak
Bahan-bahan Pes Pesto:
200 gm ulam raja/pegaga
200 gm daun kesum
200 gm daun ketumbar
2 biji bawang merah – dihiris
4 biji bawang putih – dihiris
3 helai daun serai
1 Sudu makan ikan bilis – dikisar
1 cawan kecil minyak matahari
2 biji limau – ambil jus
2 genggam cili hijau
2 sudu makan sos ikan
½ sudu teh garam
½ sudu teh stok ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh gula
Cara Memasak:
Untuk membuat sos pesto, hiris semua bahan kecuali bahan perasa.
Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga sebati.
Siap dan simpan pes pesto di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
Untuk memasak spageti, panaskan kuali, tumis bawang merah sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong. Biarkan seketika.
Masukkan stok udang dan bahan perisa yang lain. Kacau sebati.
Selepas itu, masukkan spageti yang telah direbus bersama marjerin.
Akhir sekali masukkan pula pes pesto. Tutup api dan kacau hingga sebati.
Angkat dan sedia dinikmati.
SPAGHETTI FRUITY DE’ MARE
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos
1 sudu teh bawang merah – dikisar
4 ekor udang – buang kulit
1 ekor sotong – hiris
3 sudu makan tomato puri
1 sudu makan krim masakan
½ sudu teh stok ayam
½ sudu teh garam
1 sudu makan minyak masak
Daun parsli – hiasan
Cara Memasak:
Panaskan kuali dan tumis bawang sehingga naik bau.
Kemudian, masukkan udang dan sotong. Gaul sehingga masak.
Selepas itu, masukkan bahan perisa yang lain bersama tomato puri.
Diikuti dengan krim masakan. Gaul sebati.
Angkat dan hiaskan dengan daun parsli.
SPAGHETTI CHICKEN CARBONARA
Bahan-bahan:
160 gm spageti – rebus dan tos
1 senduk sos carbonara
1 sudu makan isi ayam yang dipotong dadu
1 sudu makan cendawan Shitake – dihiris
2 biji bebola ayam – digoreng
Daun parli – hiasan
Cara Memasak:
Masukkan pasta yang telas direbus tadi ke dalam pinggan. Ketepikan.
Dalam kuali, masukkan sos carbonara, isi ayam, cendawan shitake dan bebola ayam. Masak seketika.
Selepas itu, angkat dan hidangkan di atas pasta tadi.
Hiaskan dengan daun parsli. Sedia dinikmati.
Resipi: Harmony Zone Puncak Alam, Selangor (En. Zawari Yahya Udni & En. Farizal)