Cuaca sejuk dan hujan ni, sedap bila dapat makan hidangan yang menyelerakan seperti Nasi Ayam Briyani ni.
Cara masak pun mudah je. Inilah namanya menu simple yang berperisa.
Menurut tuan kongsi resipi ini, Aisyah Humaira, dia olah mengikut bahan yang ada di negara kita dan juga selera sendiri selepas menonton rancangan tv India.
NASI AYAM BERIANI
BAHAN-BAHAN:
6 cawan beras basmati (untuk sukatan, saya guna cawan kecil kaca ikea) – beli online di sini 1 peket kecil rempah empat sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga) ½ sudu kecil lada hitam 3 sudu besar besar minyak sapi adela vanaspati 3 biji bawang kecil | dipotong 2 – beli online di sini 4 biji bawang putih tanpa hiris – beli online di sini 2 helai daun pandan | disimpul 6 sudu besar sos tomato del montel (saya guna sos cili saji) 2 biji tomato | dihiris 2 senduk kuah ayam beriani (resipi lauk saya dah kongsi) ⅓ suku tin susu cair Saji – beli online di sini 3-4 tangkai daun ketumbar sekali batangnya 1 kiub pati ayam Gula secukup rasa Air secukupnya
1. Cairkan minyak sapi adela dan masukkan rempah 4 sekawan, lada hitam dan kacau. 2. Masuk pula bawang kecil, bawang putih, buah tomato dan daun pandan kacau rata hingga bawang-bawang layu.
Ads
3. Masukkan sos, kuah ayam beriani, kiub pati ayam dan gula kacau sebati, lalu masukkan beras, susu cair serta air. Sukatan air sama seperti masak nasi biasa, cuma lebihkan sedikit sahaja kacau perlahan sebatikan, masuk daun ketumbar. Tutup periuk.
1. Masuk 2-3 ketul lauk ayam beriani, tutup periuk. Tunggu hingga nasi masak. 2. Setelah nasi masak, terus gemburkan perlahan-lahan untuk cantikkan nasi siap untuk dihidang.
7-8 biji bawang merah 3 biji bawang besar 4 biji bawang putih 4 inci halia – beli online di sini Kisar asing: 15 tangkai cili kering yang telah direbus lembut (atau boleh terus guna cili boh)
Ads
BAHAN REMPAH:
2 batang serai diketuk 1 helai daun pandan simpulkan 2 helai daun bay 2 sudu besar penuh rempah briyani 2 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar serbuk ketumbar 1 sudu besar serbu kari ikan 1 sudu besar serbuk kari ayam 1 sudu besar serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk kunyit 5 sudu besar sos cili saji 4 biji buah tomato dipotong dadu ½ tin susu krimer sejat Saji Garam, gula, serbuk perasa secukup rasa Air mengikut pekat atau cair kuah yang disukai
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan hingga pecah minyak. Sesekali kacau untuk elak dari hangus. 2. Masukkan bahan rempah kacau sebati dan tumis lagi hingga terbit bau dan pecah minyak. 3. Masukkan ayam, kacau sebati biarkan ayam mengecut dan masukkan susu cair, air ikut pekat kuah yang disukai. 4. Perisakan dengan garam, gula, reneh hingga ayam masak. Siap.
Sedapnya PetaiJeruk. Tidak dinafikan ulam kampung ni memang menjadi kegemaran ramai dan menambah selera makan. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal. Jadi sempena musim petai ni apa kata anda cuba hasilkan sendiri Jeruk Petai untuk stok di rumah. Mudah je kalau ikut resipi perkongsian saudari ZiLa KJ ni. Pasti puas hati.
RESIPI PETAI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Petai
Air masak
Garam kasar secukupnya
5-6 biji cili padi merah
CARA MEMASAK: 1. Basuh petai hingga bersih.
2. Didihkan air dalam periuk. Kemudian rebus petai tadi.
3. Bila warna kulit petai bertukar warna seperti dalam gambar, angkat dan toskan airnya.
4. Setelah petai sedikit suam, keluarkan isi dari kulit. Isi petai dimasukkan dalam bekas berisi air biasa.
5. Bila siap dikupas, basuh petai tadi bagi membuang lendir dan sisa kulit yang masih melekat. Tos guna penapis. 6. Biarkan petai dalam penapis semalaman. Ia bertujuan memastikan air rebusan betul-betul kering. Nanti bila dijeruk, petai masih rasa rangup. 7. Masukkan petai ke dalam balang bersih. Kemudian isi air masak hingga melebihi paras petai. 8. Letak garam kasar secukupnya di bahagian permukaan atas. Tak perlu gaul atau goncang kerana garam akan larut perlahan-lahan. Masukkan juga cili padi untuk rasa pedas (jika suka). Tutup bekas dan biarkan selama 3 hari. 9. Cukup tempoh 3 hari, ambil sebiji petai dan rasa. Jika tidak masin, tambah sedikit lagi garam. 10. Selepas seminggu, petai jeruk sedia untuk dinikmati.
Bila masuk aje bulan puasa ni, menu bubur lambuk memang dicari. Bagi warga kota KL ni ada yang sanggup yang sanggup beratur panjang kat Masjid Kampung Baru yang cukup terkenal dengan bubuk lambuknya yang sedap, dan yang bestnya percuma pulak tu.
Bubur lambuk ni resipinya ada macam-macam versi . Jika di Terengganu banyak sayur ulam di dalamnya tetapi di Selangor dan KL ni bubur lambuk daging dan ayam lebih popular. Nak-nak kalau guna daging tetel memang terangkat lah rasanya.Ada macam-macam resipi, tapi Min rasa ni lebih mudah dan gerenti jadi.
Resipi perkongsian dari Jamal dan Asmahan via FB mahn (masak apa hari ini)
BUBUR LAMBUK
BAHAN-BAHAN :
2 mug beras | rendam dalam 20 minit
1/2kg daging | campur yang berlemak (daging tetel)
1 bungkus kecil rempah sup
250ml santan
3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang merah | dikisar
8 ulas bawang putih | dikisar
1.5sm halia | dikisar
1kiub pati kiub lembu | jika suka
Kentang secukupnya | dipotong kiub
Lobak merah | dipotong kiub
Daun sup | untuk ditabur
Bawang goreng | untuk ditabur
CARA MEMASAK :
Pijarkan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga agak garing
Masukkan rempah sup, tumis hingga naik minyak dan masak.
Masukkan daging, gaul sebati dan masukkan beras.
Gorengkan beras seketika, dan masukkan air
Rebus beras sehingga nampak lembut.
Masukkan santan dan garam secukup rasa.
Masukkan lada hitam dan pati kiub lembu,Masukkan juga kentang dan lobak merah
Bila sayur dah lembut, taburkan daun sup dan bawang goreng
Siap untuk dihidang
Mudah dimasak, semua pun masuk dalam satu periuk aje. Boleh ulang makan banyak kali, kalu beli tapi ‘umat’ kat rumah tu ramai mana puas makan sekali aje kan. Jadi selamat mencuba, try sekarang nanti puasa boleh buat lagi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kebanyakan kuih-muih di Kelantan berasaskan tepung pulut, beras, santan dan wajib manis, sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik-pelik. Ternyata orang-orang Cik Siti Wan Kebang kreatif buat kuih. Tak percaya cuba beberapa jenis kuih yang Rasa kongsikan resipinya ini. Sesuai sangat untuk juadah berbuka puasa.
BEKO PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan kelapa parut | putih sahaja dan kisar sedikit
1/2cawan gula pasir
1 biji telur
1/2cawan air daun pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kacau seketika dan ketepikan.
2. Campurkan kelapa yang telah dikisar sedikit bersama gula, tepung pulut dan garam dalam mangkuk adunan
3. Tuangkan air pandan dan telur, kacau rata hingga sebati. Ketepikan.
4. Panaskana ketuhar pada suhu 170C.
5. Sementara itu, sapukan acuan dengan minyak masak, kemudian panaskan dalam ketuhar.
6. Keluarkan, kemudian tuangkan adunan Kuih Beko dalam acuan hingga penuh dan bakar semula hingga masak.
7. Setelah masak, biarkan sejuk seketika sebelum sedia dihidangkan.
NEKBAT SIRA
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung beras
10 biji telur
Sedikit pewarna oren
BAHAN SIRA:
500ml air
150gm gula pasir
2 helai daun pandan
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Tepung beras digoreng sangai dengan api sederhana hingga kering. Ketepikan.
Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudian masukkan perwarna dan tepung beras yang telah disangai tadi. Kacau rata.
Panaskan acuan di dalam ketuhar, setelah cukup panas keluarkan.
Tuankan adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas bawah padaa suhu 170C.
Bakar hingga kekuningan atau garing.
Setelah masak keluarkan dari ketuhar.
Sementara itu sediakan bahan sira. Masak air dan gula hingga mendidih.
Masukkan daun pandan dan cengkih.
Setelah masak, tuangkan di atas kuih nekbat tadi.
Kuih sedia dihidangkan.
KUIH ULAT BULI
BAHAN-BAHAN:
1cawan tepung pulut
1 cawan tepung pulut hitam
3/4 cawan air
1 sudu teh air kapur
2 cawan kelapa parut | putih sahaja dan campur dengan sedikit garam galus
BAHAN INTI:
1/2cawan kacang hikau
Sedikit gula Melaka
1 sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
1/2 kelapa parut
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan inti, rebus kacay hijau bersama daun pandan hingga empuk.
Apabila kacang lembut dan air kering masukkan santan, gula Melaka , gula pasir dan sedikit garam.
Kacau rata hingga garing.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Campurkan kedua-dua jenis tepung pulut bersama dan gaul rata.
Kemudian tambahkan air dan air kapur, terus adun sebati seperti adunan buah Melaka.
Bulat-bulatkan, kemudian masukkan inti di tengah dan bentuk adunan panjang.
Buat sampai habus.
Didihkan air kemudian, rebus adunan.
Bila sudah timbul angkat menggunakan penapis dan letakkan di dalama bekas berisi kepala parut.
Golek-golekkan dan masukkan dalam piring hidangan.
Sedia dihidangkan.
TAHI ITIK
BAHAN-BAHAN:
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
1 helai daun pandan |carik-carik dan simpul
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan kecuali daun pandan dalam mangkuk. Kacau sebati.
Masukkan dalam periuk bersama daun pandan dan masak atas api sehingga masak.
Kemudian sejukkan
Setelah sejuk boleh bentukkannya mengikut cita rasa.
BELEBAT UBI STELO
BAHAN-BAHAN:
160gm tepung beras
200gm gula
125gm ubi stelo ungu | potong kiub kecil
125 gm ubi stelo oren | potong kiub kecil
3 biji pisang emas masak di lecek kasar
800ml santan
1sudu teh garam halus
Daun pisang secukupnya |layur dahulu
CARA MEMASAK:
1. Rebus ubi stelo sekejap, kemudian tos airnya dan ketepikan.
2. Campurkan air, santan, tepung beras, garam dan gula.
3.Tapis dalam periuk dan masak adunan yg ditapis hingga pekat.
4. Campur ubi dan pisang.
5.Ambil sesudu besar adunan, letakkan di atas daun pisang dan bungkuskannya.
6. Kukus adunan selama 10-15 minit sehingga masak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!