Bagi penggemar makanan steamboat Johnny’s mesti akan teringat akan sos pencicahnya. Lebih puas hati kalau dapat buat sendiri sos pencicah sebijik macam kat Jonny’s tu kan. Boleh cuba buat untuk hidangan rumah terbuka nanti.  Selamat mencuba.

Resipi Sos Steamboat Ala Johnny’s Untuk Rumah Terbuka! Gerenti Puas Hati..

Resipi Sos Steamboat Ala Johnny’s

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah (cili besar)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cuka epal – tak ada cuka biasa pun ok
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap – sis guna kicap kipas udang manis
  • 1 sudu besar pati sunquick
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • 1 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu besar bijan – digoreng tanpa minyak
  • sedikit daun ketumbar – dihiris halus

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus.
  2. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk
  3. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1 cawan air.
  4. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya.
  5. Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.

 

Sup steamboat (stok ayam)

Resipi Sos Steamboat Ala Johnny’s Untuk Rumah Terbuka! Gerenti Puas Hati..

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 2 ketul kuib pati ayam
  • Tulang ayam
  • garam secukup rasa – jika perlu
  • Hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak.
  2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan air.
  3. Bila dah mendidih masukkan kiub pati ayam dan tulang ayam kalau ada. Tapi sis tak guna tulang pun rasa tetap OK. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar. Bila stok dah masak boleh la masukkan bahan-bahan steamboat yaa…

 

Kongsi resipi: Saba Natasha

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI