Sajian pengat memang sedap lebih-lebih lagi jika menggunakan santan segar. Pekat, manis dan berlemak. Hmm…memang tak puas rasanya. Lebih istimewa lagi jika disediakan menggunakan resipi tradisional. Malah bahan yang digunakan pun mudah diperolehi. Asasnya hanyalah santan, gula melaka, sagu dan daun pandan yang dimasak bersama ubi kayu, labu, keladi dan nangka. Memang sedap! Jom cuba.
KOLEKSI RESIPI PENGAT TRADISIONAL YANG SEDAP & MUDAH
1. PENGAT UBI KAYU BERSAGU
BAHAN-BAHAN:
300gm ubi kayu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masukkan air di dalam periuk, rebus ubi kayu bersama daun pandan hingga empuk.
Setelah itu, masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Kacau sebati dan masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Untuk kuah pengat yang cantik, sentiasa kacau agar santan tidak berketul.
Ads
2. PENGAT LABU
BAHAN-BAHAN:
300gm labu
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu besar gula pasir atau secukup nya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Rebus labu bersama air secukupnya, gula melaka dan daun pandan hingga labu empuk.
Setelah itu, masukkan gula pasir, sagu mata ikan, garam dan santan. Masaklah sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Jangan masak labu terlalu lama untuk menggelakkan ia terlebih lembik.
Ads
3. PENGAT KELADI
BAHAN-BAHAN:
300gm Keladi
1 liter air
200gm santan pekat
1 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir atau secukupnya
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, masukkan air bersama keladi. Rebus Keladi bersama daun pandan hingga empuk.
Masukkan gula melaka, gula pasir, sagu mata ikan, garam secukup rasa dan santan. Kacau sebati.
Masak sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Info chef: Rendam sagu mata ikan sehingga kembang dengan sedikit air untuk menghasilkan sagu mata ikan yang benar-benar jernih apabila masak.
Ads
4. PENGAT NANGKA
BAHAN-BAHAN:
6 ulas nangka yang dihiris
1 liter air
100gm gula pasir atau mengikut selera
200gm santan pekat
100gm sagu mata ikan
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Masak air, nangka, gula, daun pandan hingga menggelegak.
Setelah itu masukkan sagu mata ikan, garam dan santan. Masak selama 5 minit atau sehingga kuah agak memekat.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Manis bubur terpulang kepada selera masing-masing. Jika mahu kurang manis, ubahsuai jumlah gula mengikut citarasa.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Walaupun Syawal kali ini tak sama macam Syawal yang dulu-dulu, tapi apa salahnya kita sambut dengan keluarga kecil kita di rumah. Jom buat kek minyak pelangi untuk dinikmati di pagi raya. Nak buat pun ringkas sahaja. Jom try buat.
KEK MINYAK PELANGI
Bahan-bahan
2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder
5 biji telur ayam grade A
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu besar ovalette
3/4 cawan susu pekat atau krimer manis
1 sudu besar vanilla paste / essence
1 cawan minyak jagung
Pewarna (oil base untuk warna yg cantik)
Cara membuat
1. Lenser loyang berukuran 8” dengan marjerin atau mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
3. Pukul telur bersama gula kastor, garam sehingga betul-betul kembang dan gebu. Pukul selama lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi (kalau tak kembang kek tak akan naik dan gebu).
4. Masukkan ovalette dan susu pekat, vanilla paste. Mix lagi dalam 10 minit.
5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
6. Masukkan tepung dengan teknik kaup balikkan sahaja.
7. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan ikut warna yg digemari. Setiap satu bahagian adalah dalam 201 gram beratnya.
8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2 1/2 sudu besar sahaja.
9. Kalau nak buat motif batik di atas permukaan kek, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
10. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam dengan api atas dan bawah.
Sesekali teringin makan bingka ubi kayu, anda boleh membuatnya sendiri kerana kuih ini sangat senang disediakan. Cuba memerlukan sedikit usaha untuk menyediakannya. Untuk memudahkan anda, berikut disediakan resipi Bingka Ubi Kayu paling mudah untuk anda cuba.
BINGKA UBI BAKAR BAHAN-BAHAN:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
1. Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
2. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
3. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
4. Sapu loyang pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam loyang dan
ratakan.
5. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
INFO : Jika mahu bingka nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan (2-3 sudu makan) di atasnya.
Siapa tak suka kek keju yang gebu gabas, dan cair di mulut. Tapi yang paling best resipi ni confirm telur tak hanyir.
Kadang-kadang ada juga cheese cake yang rasa telurnya agak terlalu kuat dan hanyir. Tapi yang ini memang sedap dan tak rasa pun hanyir telur. Jom cuba buat…
KEK KEJU GEBU
BAHAN-BAHAN :
250gm krim keju
250gm susu pekat
5 biji telur
½ cawan tepung gandum
CARA MEMASAK : 1. Asingkan putih telur dan kuning 2. Mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh).
3. Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat smpai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul smpai sebati 4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati. 5. Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula. 6. Lapikkan baking paper dalam dulang pembakar . 7. Masukkan adunan dan bakar selama 30 minit api atas bawah 180c. Mgikut oven masing-masing.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!