Cara Masak Pasta Udang Berkrim Paling Sedap & Ringkas.

Share

Anda dan keluarga suka makan pasta? Ini ada resipi Pasta Udang Berkrim yang sangat mudah, sedap dan sesuai cuba masak di rumah. Malah penggunaan bahan-bahannya juga tidak banyak dan mudah diperolehi. Jom cuba. Tentu kena dengan selera anda sekeluarga.

 

RESIPI PASTA UDANG BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm udang | buang kulit
  • 200gm pasta rebus
  • 250gm susu cair | 1 kotak kecil susu rendah lemak
  • ½ biji bawang Holland | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang halus
  • 150gm mentega
  • Garam, paprika, lada sulah dan lada hitam secukupnya
  • Sedikit daun parsli | cincang halus

CARA MEMASAK:

1. Masukkan isi udang bersama serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan  garam secukupnya, Gaul rata dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit mentega dalam kuali, tumiskan udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.

3. Dalam kuali lain, panaskan mentega, tumis bawang Holland diikuti bawang putih, kacau rata hingga wangi. Kemudian masukkan susu cair dan kacau lagi.

4. Perasakan dengan garam, lada sulah dan lada hitam, kacau rata.

5. Masukkan pasta dan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.

6. Setelah digaul rata, taburkan daun parsli dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF: Jika mahu lebih berkrim dan pedas, boleh tambah parutan keju dan  sebelum dihidangkan.

IKLAN