Nasi lemak memang antara hidangan sarapan yang digemari ramai. Kalau nak buat sambal, rasanya tiada masalah sangat cuma nasi tu kadang-kala kurang menjadi. Ada yang terlalu keras, ada yang terlalu lembik. Menerusi perkongsian saudari Leng Loy, beliau ajar cara-cara masak nasi lemak yang wangi, sedap, masak sekata dan butir nasinya sebiji-sebiji. Macam yang orang jual dekat gerai tu. Mudah sangat rupanya sukatannya. Puan-puan boleh cuba nanti.
CARA MASAK NASI LEMAK WANGI, LEMBUT & SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
3 cupak beras – boleh juga sukat guna cawan beras biasa
Halia – ditumbuk
5 helai daun pandai – potong pendek
1 kotak kecil santan
Sedikit garam
3 sudu makan minyak masak
Penggemar produk organik bolehlah dapatkan beras dan lain-lain produk organik di Love Earth:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi dan basuh bersih. Kemudian sukat paras beras menggunakan jari.
Ads
2. Asingkan beras bersih tadi ke dalam bekas lain. Kemudian masukkan air ke dalam periuk nasi sama paras dengan sukatan beras tadi.
3. Masukkan santan kotak. Kacau rata.
Ads
4. Seterusnya masukkan halia, daun pandan dan garam. Kacau lagi hingga garam larut.
5. Tambahkan minyak masak. Fungsinya adalah untuk dapatkan nasi lemak yang sebiji-sebiji dan tidak lembik. Pastikan jumlahnya tidak lebih dan tidak kurang.
6. Letak periuk nasi dalam bekas rice cooker, tekan suis dan masak hingga mendidih.
Ads
7. Sewaktu santan mendidih, masukkan beras yang dibersihkan tadi. Masak seperti biasa.
8. Selang 5-6 minit sekali, buka periuk dan gaul nasi agar ia sebati dengan santan. 9. Sedia untuk dinikmati.
INFO: Semasa masak santan, jangan biar mendidih terlalu lama dan santan pecah minyak kerana nanti nasi jadi kurang enak.
Kesempatan berkunjung ke kediaman YAM Tengku Temenggong Perlis Dato’ Seri DiRaja Syed Amir Abidin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati Datuk Mohd Din amat dihargai. Setelah beberapa kali temujanji tertunda dek kerana hal yang tidak dapat dielakkan. Akhirnya pertemuan dengan kedua vip ini berlangsung dengan sempurna. Kala memasuki ke kediaman beliau, sudah terbau bau aroma masakan yang ingin dikongsi bersama majalah RASA.
Di atas meja sudah tersedia hidangan yang menyelerakan dengan penataan meja yang mewah dan bergaya. Rasa bertuah kerana hidangan pada hari itu sangat istimewa iaitu Siamese Kuey Teow Soup, Tuna Briyani dan Sotong Sumbat (putih) dari air tangan Che Puan sendiri.
Menurut Che Puan, Sotong Sumbat dihidangkan pada masa minum petang.” Pada mulanya saya tidak pandai makan,sebab rasanya manis. Selepas Almarhum tiada, suami mahu saya belajar bagaimana untuk membuatnya.Selepas beberapa kali cuba membuatnya, akhirnya berjaya memasak dengan sempurna.” jelas beliau.
Resipi Beriani Tuna pula adalah versi masakan cara beliau. Bosan dengan resipi beriani daging, kambing dan ayam maka beliau mengolah sendiri beriani tuna mengikut caranya. “Anak-anak saya sukakan ikan.Smoked Tuna ini datang dari Maldives. Kebetulan saya mempunyai kawan dari Maldives. Setiap kali dia pergi ke sana, saya akan mengirimnya. Resipi ini menjadi kegemaran anak-anak kerana Smoked Tuna tiada tulang. Anak-anak menyukai ikan seperti bawal emas, mereka lebih memilih ikan yang tiada tulang,”akui beliau.
Memasak menjadi rutin harian beliau. Hari minggu jadi kemestian beliau memasak untuk keluarga.”Hari minggu agak kelam kabut sikit kerana setiap anak mahu menu yang berbeza-beza. Ada yang nak western seperti spagheti, ada yang suka sos bolognese, ada yang suka sos putih. Jadi saya buatkan keduanya.Lasagna adalah kegemaran anak-anak. Suami pula apa yang saya masak semua digemarinya.Tengku lebih menyukai masakan melayu. Kegemaran beliau ialah Kari Kepala Ikan yang dimasak cara tipikal India. Aroma bau rempah ratus yang kuat baunya. Saya masak apa yang suami suka. Kalau balik ke Sarawak, memang menghayati sepenuhnya makanan di sana.Begitu juga suami amat menyukai masakan Sarawak.,” cerita beliau.
Bercerita tentang lauk kenduri di Sarawak, menu wajib ada ialah Daging Masak Hitam. Rasanya agak manis, kerana di dalamnya ada buah prun. Buah prun lebih pekat berbanding kismis yang ada rasanya masam dan manis. Nasi yang dihidang pula ialah nasi minyak. Ditambah dengan Laksa Sarawak sebagai menu sampingan. Ketika Raya, di mana -mana di Sarawak, pasti ada dihidangkan Laksa Sarawak.
Antara pemanis mulut yang disukai beliau ialah puding karamel. Beliau juga mahir dalam membuat kek lapis Sarawak.”Ibu yang mengajar saya cara membuat kek lapis yang sedap mengikut resipinya. Jadi kami mengikut resipinya dari dulu hingga kini. Biasa yang disukai ialah Kek lapis Desafair dengan bahan asas iaitu horlick dan biskut marie dengan warna hijau dan coklat. Selain itu kek lapis Cadbury,”ujarnya.
Mempunyai dua buah restoran, Dayang Sarawak Corner iaitu satu di Putrajaya dan di Ampang dengan hidangan masakan Sarawak. Maka tidak perlu lagi ke Sarawak untuk menikmati Mi Kolok autentik rasa. “Dulu masa mula buka kedai, jam 6 pagi saya sudah ke pasar ditemani suami. Mencari barang basah untuk memasak hingga ke pasar borong, rasa lebih puas,” ujar beliau.
Beliau juga berkongsi tip, setiap apa yang dimasak menggunakan santan , sebaiknya letakkan cili padi dan batangnya supaya santan tidak pecah.
Siamese Kuey Teow Soup Bahan-bahan:
2kg daging | rebus sampai lembut
4cm halia | dititik
5 biji bawang merah | dicincang halus
Daun bawang | ambil bahagian batang/akar
Fish ball/fish cake
1 sudu makan ikan secukupnyaa
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap manis
Garam
Kiub ayam
Bawang putih-dicincang
1 sudu makan tepung jagung
Kuey teow halus
Cara memasak:
1. Rebus daging bersama halia dan bawang merah.Bila dading empuk, keluarkan dan tos.
2. Masukkan batang atau akar daun bawang dalam air rebusan tadi (boleh masuk berapa banyak ikut cita rasa). Renehkan semula air rebusan hingga batang atau akar daun sup hancur.
3. Letak satu sudu sos tiram, sos ikan, kicap manis dan kiub ayam.
4. Kemudian letakkan sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah dan garam secukup rasa.
Untuk hiasan:
Daging rebus | dihiris halus
Bawang putih | cincang halus dan goreng menggunakan api kecil
Sayur sawi
Taugeh
Perut lembu | rebus dan hiris kecil
Sambal kicap | cili padi + bawang putih
Gula
Cili padi | hiris
Daun sup/daun bawang| hiris
Tuna Briyani
Bahan-bahan:
4 cawan Beras Basmathi | masak 3/4 masak
1 helai daun bay kering
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 cawan jus lemon
3-4 keping smoked tuna
4 sudu makan yogurt
2 labu bawang besar | warna merah
3 biji tomato | saiz sederhana
3 pokok daun pudina | ambil daun sahaja
1 pokok daun ketumbar | hiris kasar
Pewarna merah/kuning | boleh juga guna safron
Rempah masala
Garam secukup rasa
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan mentega
3 biji kentang | dibelah empat
Cara memasak:
1. Rebus beras tiga perempat masak dan perasakan dengan sedikit garam. Kemudian tos.
2. Tumbuk halus bawang putih dan halia,bawang besar dan tomato dicincang.
3. Panaskan minyak sapi, letak sedikit mentega agar bau wangi, tumiskan bawang, bawang putih dan halia.
Kemudian letak tomato. Tumis sehingga naik bau dan kelihatan hancur.
4. Masukkan rempah masala. ( khas untuk ikan). Untuk sedap tambah rempah beriani.
5. Masukkan air dan juga jus lemon.
6. Masukkan yogurt.Kemudian masukkan kentang.
7. Akhir sekali letak smoked tuna. Sebagai pilihan boleh letak isi ikan tongkol hitam.
8. Kuah tuna tadi letakkan dalam periuk lain pula, untuk satukannya.
9. Dalam periuk lain, letqkkan kuah tuna untuk lapisan bawah sekali. Kemudian tabur daun mint dan daun ketumbar di atasnya.
10. Lapiskan di atasnya nasi yang 3/4 masak tadi, kemudian letak pewarna atau safron dan taburkan kismis.
11. Ulang proses melapis dengan cara langkah yang sama sekurang kurang dua lapisan. Setiap lapisan letak 2 ketul smoked tuna.
12. Masak lagi sehingga 20 minit.
13. Nasi yang sudah dimasak sedia dihidang bersama Smoked Tuna Briani.
Sotong Sumbat Bahan-bahan:
2 cawan berat pulut | direndam 4 jam
1 kg sotong
1/2kg santan
4cm halia | dihiris memanjang
4 biji bawang merah | dihiris
1 sudu besar halba
2 sudu makan gula
Cara memasak:
1. Masukkan santan dalam periuk.
2. Masukkan pula halba, halia dan bawang merah.
3. Beras pulut yang telah direndam digaul dengan sedikit garam.
4. Sumbat pulut dalam sotong. Kemudian rebus.
5. Masukkan sotong yang telah disumbat pulut ke dalam santan.
6. Letak gula untuk melemakkan kuah. Masak dengan api sederhana supaya sotong tidak pecah.
Tip: Guna sotong segar jangan yang sejuk beku agar sotong yang dimasak tidak pecah. Isi 3/4 pulut dalam sotong.
Masak 20-25 minit
KLIK DI SINIUNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.
Nasi goreng ialah antara hidangan yang ringkas namun mampu menambat selera. Apatah lagi jika dimasak dengan cukup bahan dan sedikit pedas. Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan memang telah ada di dapur. Malah nasi goreng juga boleh dimasak menggunakan lebihan nasi yang dimasak semalam. Oleh itu, Rasa kongsikan 13 resipi nasi goreng untuk anda cuba sendiri di rumah.
NASI GORENG NANAS
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK
INFO CHEF: Nanas membuatkan nasi goreng agak basah. Elakkan disimpan lama kerana takut mudah basi.
NASI GORENG CINA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Boleh tambah kacang pis dan lobak merah yang dipotong dadu untuk menambah warna.
NASI GORENG USA
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Lebih baik rebus sotong dan udang dengan air sedikit supaya nasi goreng tidak berair.
NASI GORENG PETAI
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jika suka, boleh gunakan budu sebagai ganti untuk sos tiram dan sos ikan.
NASI GORENG KERABU
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Seimbangkan jumlah sayur yang digunakan dengan nasi supaya tidak mengganggu anda menikmati hidangan.
NASI GORENG KANGKUNG
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jangan masak kangkung terlalu lama kerana hendak mengekalkan rasa rangupnya.
NASI GORENG CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Boleh juga gunakan cendawan butang.
NASI GORENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Potong daging dalam saiz kecil supaya cepat masak dan lembut.
NASI GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Boleh gunakan belacan bakar ataupun tidak dibakar.
NASI GORENG TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Boleh juga tumbuk halus bawang besar untuk menambah keenakannya.
NASI GORENG PAPRIK
BAHAN PAPRIK:
CARA MEMASAK:
BAHAN NASI GORENG:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Tidak perlu tambah garam ke nasi goreng kerana telah guna sos ikan dan sos tiram.
NASI GORENG LADNA
BAHAN LADNA:
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.
2.Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.
3.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Curahkan ke dalam bahan tadi. Kacau rata. Tunggu kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
BAHAN NASI GORENG:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Seimbangkan rasa pedas ladna dan nasi goreng supaya boleh dinikmati dengan lebih selesa.
NASI GORENG KAILAN IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Ikan masin tenggiri ialah pilihan terbaik untuk nasi goreng ini.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketupat Pocongperkongsian saudari Biey Hasbini nampak sangat enak dan mudah disediakan. Kelihatan seakan lemang, namun proses penyediaannya lebih mudah dan tidak perlu dibakar lama. Hanya kukus sahaja. Enak dimakan bersama aneka rendang pilihan. Jom cuba! Pasti berselera menikmatinya bersama keluarga.
2 kg beras pulut – beli online disini 2 cawan santan pekat – nak lemak lebihkan sedikit – beli online disini 1 sudu teh garam Daun pisang secukupnya
1. Basuh pulut hingga jernih air. Kemudian rendam beras pulut selama 2 jam. 2. Toskan beras pulut dan kukus hingga masak. 3. Gaulkan pulut dengan santan pekat dan satu sudu teh gula untuk sekilo pulut. Kukus semula hingga berwap. Angkat. 4. Ambil sekepal pulut dan bungkus dengan daun pisang. 5. Gunakan teknik seperti menggulung daun pisang agar pulut kemas elok bentuknya dan padat. 6. Ikat bahagian hujung terlebih dahulu. Kemas dan rapatkan pulut kemudian ikat hujung satu lagi. Nak lebih padat, ikat di bahagian tengah. 7. Kukus atau rebus gulungan Ketupat Pocong. Lebih lama dikukus atau direbus, Ketupat akan lebih tahan lama dan padat macam lemang.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.