Sabtu ini seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan negara yang ke 62. Bagi meraikan hari penuh bermakna ini, apa kata anda cuba resipi Mixed Fruit Pastry Cake perkongsian PuanLina Thomas ini. Unik dan cantik kan? Susunan buah-buahan yang disusun menyamai Jalur Gemilang ni memang kreatif. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JALUR GEMILANG MIXED FRUIT PASTRY CAKE
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
100gm mentega – suhu bilik
150gm gula
2 sudu makan sour cream / yogurt
3 biji telur gred A – dipukul perlahan
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan jus lemon
Zest (parutan kulit) dari 1 biji lemon
210gm tepung gandum – diayak bersama 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Sedikit buah-buahan – strawberi, pic & blueberi atau buah-buah lain yang jadi pilihan.
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 180C (350 ° F) dan letakkan rak di tengah-tengah.
Oles/sapu tepi dan bahagian bawah loyang springfoam (guna loyang cheesecake 9” atau 9×3 atau pun loyang bulat biasa) dengan mentega atau semburan minyak masak. Alaskan dengan kertas minyak. Sekali lagi griskan/oles mentega atau minyak pada kertas minyak juga.
Pukul mentega, sour cream dan gula hingga ringan dan lembut.
Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Seterusnya masukkan esen vanilla, jus serta zest ( parutan kulit) lemon. Putar hingga sebati.
Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Adun hingga sekata.
Tuang adunan kek ke dalam loyang yang telah disediakan dan susun buah-buahan mengikut kreativiti anda.
Jangan tekan kepingan buah-buah tadi. Hanya susun dan letak begitu sahaja diatas adunan kek.
Bakar kek selama 1 jam. Dalam 15 minit terakhir, tutup permukaan atas kek dengan aluminium foil bagi mengelakkan permukaan kek terlalu keperangan.
Setelah kek masak, biarkan sejuk dalam loyang selama 5-10 minit. Kemudian barulah dikeluarkan dari loyang dan disejukkan diatas redai/rak dawai.
Tabur sedikit gula aising atau snow dust diatas kek.
Resipi ayam kukus Chinese style ini sesuai buat yang mahu hidangan sihat namun ringkas. Tanpa perlu sambal dan pelbagai rencah hidangan ayam ini mampu memberi rasa enak sekali.
Gabungan rasa kicap manis, minyak bijan, dan lada hitam memberikan perisa yang mendalam pada ayam, sementara hirisan halia dan daun bawang memberi aroma segar dan menyelerakan. Cubalah…
4 sudu besar kicap manis / kicap cair
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Cara Membuat Ayam Kukus Chinese Style
1. Perapkan ayam dengan bahan perapan yang disediakan selama 1 jam. Pastikan ayam disaluti rata dengan semua bahan perapan untuk memastikan rasa meresap dengan baik.
2. Letakkan ayam yang diperap dalam bekas kukusan. Taburkan hirisan halia dan daun bawang di atas ayam.
3. Panaskan kukusan dengan api yang besar dan kukus ayam selama kira-kira 30-40 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya. Pastikan kukusan dalam keadaan panas supaya ayam masak dengan sempurna.
4. Setelah ayam kukus siap, angkat dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan.
5. Hidangkan ayam kukus ini dengan nasi panas ataupun nasi ayam.
Dalam bulan Syawal ni menu lemang dan nasi impit memang antara menu yang jadi kegemaran ramai. Memang sedap kalau dimakan bersama rendang, serunding atau kuah kacang. Namun, ramai yang kurang pasti cara-cara untuk hasilkan nasi himpit homemade dalam kuantiti yang sedikit. Perkongsian Puan Khatimah ni boleh anda cuba. Mudah, sedap dan pejal. Nak buat pun mudah je. Hanya guna bekas tupperware. Jom cuba.
CARA MASAK NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE
BAHAN-BAHAN:
1 pot beras
3 pot air
(Boleh tambah daun pandan supaya wangi)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras dan masukkan air. Masak sehingga nasi masak. ( Jika masak guna periuk nasi elektrik, masak seperti biasa. Jika guna periuk tekanan, set HP 7 minit)
2. Bila nasi sudah masak, masukkan dalam bekas. Hentak-hentak sedikit dan padatkan. Biar nasi sejuk kemudian barulah ditutup penutupnya.
3. Biarkan nasi impit semalaman sebelum dipotong. Kalau nak cepat makan, masukkan ke dalam peti sejuk selama 3-4 jam dah boleh potong.
4. 1 cawan sukatan beras cukup-cukup untuk saiz bekas tupperware empat segi. Boleh juga guna bekas lain ikut kesesuaian.
Tempe merupakan sumber protein yang diperbuat dari kacang soya. Pelbagai jenis hidangan berasaskan tempe boleh dihasilkan. Penggemar tempe boleh la cuba resipi-resipi ni..Sememangnya mudah dan sedap!
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
INFO CHEF: Jika suka boleh ditambahkan dengan hirisan daging atau ayam
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM5
SAMBAL TEMPE GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | hiris
2 biji kentang | hiris nipis
1 keping tauhu | potong dadu
1 keping fucuk | rendam dan potong kecil
Sedikit suhun | rendam
1/2 keping dada ayam | hiris nipis
4 batang kacang panjang | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris
Sedikit hirisan kubis bulat
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 mangkuk santan pekat
1 sudu the air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
10 tangkai cili padi
CARA MEMBUAT
Panaskan minyak, goreng tempe, tauhu dan kentang sederhana garing. Angkat dan tos.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata sehingga pecah minyak.
Masukkan hirisan isi dada ayam, diikuti fucuk, kacang, lobak merah, cili merah dan hijau.
Seterusnya masukkan pula suhun dan bahan hirisan yang digoreng tadi. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Sedap, pedas dan lemak.
Anggaran kos: RM15
TEMPE GULAI DARAT BERSAMA TULANG
BAHAN-BAHAN
1 paket tempe |potong empat segi
1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
2 biji cili merah
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jikasuka boleh goreng dahulu tempe sebelum dimasukkan di dalam gulai.
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak menyelerakan.
Anggaran kos: RM5
TEMPE MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN
1 paket tempe | hiris lebar
3 biji telur itik
2 mangkuk santan kelapa
1 helai daun kunyit |simpul
1 batang serai |titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2cm halia
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, serai,daun kunyit dan asam gelugor.
Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
Setelah mendidih, kecilkan api dan pecah telur di dalamnya, satu persatu.
Selepas beberapa minit masukkan pula hirisan tempe dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Boleh juga menggunakan telur masin, jika suka. Cara memasak tetap sama.
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Reneh
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak menyelerakan.
Anggaran kos: RM8
SAMBAL TEMPE BERSAMA KACANG TANAH DAN BILIS
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | potong dadu kecil
1/2 cawan kacang tanah | bersihkan dari kotoran
1/2 cawan ikan bilis mata biru
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis secara berasingan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam Jawa dan kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau hingga bahan tumisan pekat.
Akhir sekali, masukkan bahan goreng garing tadi, kacau rata dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi panas.
INFO CHEF:Simpan sambal dalam bekas kedap udara jika tidak sedia dihidangkan terus
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Pedas, manis dan ranggup
Anggaran kos: RM12
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Nak buat kuih akok tapi tiada dapur arang? Cuba resipi akok homemade yang mudah ini! Hanya guna sandwic maker, hasilnya tetap lembut, lemak manis, dan keemasan.