Anda dan keluarga suka makan steamboat? Kalau makan di restoran, harganya boleh tahan mahal. Kalau keluarga ramai, memang agak ‘sakit’ bila nak bayar bil. Tapi jangan risau kerana anda boleh hasilkan sendiri hidangan ini di rumah. Ada dua jenis kuah dan pencicah. Nak cuba buat sendiri secara homemade? Ini resipi kuah dan sos steamboat perkongsian saudari Parmiati Binti Suyudi yang anda kena cuba.
RESIPI STEAMBOAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Aneka bahan-bahan steamboat yang anda suka ( makanan laut, bebola, kek ikan dan sayur-sayuran)
Ads
BAHAN KUAH MERAH / TOMYAM:
4 biji bawang besar – dihiris
1 labu bawang putih – diketuk
8 helai daun limau purut
4 batang serai – diketuk
3 paket perencah tomyam
2 paket perencah Asam Pedas
2 paket perencah Sup Siam
Sedikit udang kering – dikisar halus
Air pati udang secukupnya – ( cara membuat: rebus kulit dan kepala udang hingga mendidih. Kemudian
kisar hingga halus. Tapis ambil patinya)
4 liter air untuk sup
2 sudu makan garam
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
Masukkan serai dan perencah. Tumis seketika. Masukkan air pati udang, air masak, udang kering kisar, garam dan daun limau purut.
Biarkan kuah mendidih. Jika ada kaki ketam, bolehlah direbus bersama.
BAHAN SUP PUTIH:
Ads
2 biji bawang besar – dihiris
10 ulas bawang putih – diketuk
2 sudu makan lada sulah
1 ekor kerangka (tulang) ayam
1/2 biji sengkuang – potong 5
1 sudu makan garam
3 liter air
CARA MEMASAK:
Panaskan periuk, masakkan minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga wangi.
Masukkan lada sulah, kerangka ayam, sengkuang, garam dan air. Masak guna api sederhana selama 1 jam.
BAHAN SAMBAL MERAH STEAMBOAT:
Ads
10 biji cili merah
10 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit sup putih – untuk mengisar
2 sudu teh garam
2 sudu teh gula
4 biji jus limau kasturi
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK:
Kisar cili merah, bawang putih dan halia bersama air rebusan sup putih dengan secukupnya. Kisar hingga hancur dan tuangkan ke dalam mangkuk.
Untuk perasa, masukkan garam, gula, jus limau kasturi dan sos cili. Jumlah boleh diubah ikut citarasa.
Mencari resipi sajian sambal tradisional Melayu yang sedap dan mudah dimasak? Nah, min kongsikan 5 resipi sambal berasaskan ikan talang, jering, sotong, udang dan ikan siakap.
Himpunan resipi ni adalah menu sambal terhangat dari beberapa hotel di Kuala Lumpur dan Shah Alam.
JERING BERLADO IKAN TALANG MASIN
BAHAN-BAHAN:
10 biji jering | dibuang kulit dan belah dua 100 gm ikan masin talang | digoreng terlebih dahulu
BAHAN DIKISAR:
10 biji cili merah 10 biji cili padi 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 1 biji jus lemon Gula secukup rasa Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak.. 2. Masukkan jering dan ikan talang masin yang telah digoreng tadi. 3. Gaul sebati dan masukkan sedikit garam dan gula dan masukkan jus lemon yang telah diperah. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Jangan dikisar terlalu halus, seeeloknya cili ditumbuk kasar sahaja. Pilih jering yang tua kerana rasanya lebih enak. Jering dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan nilai perubatan.
SAMBAL TUMBUK BUNGA KANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan 3 biji bawang kecil 1 ulas bawang putih 30 gm ikan bilis (jika suka digoreng dahulu) 10 biji cili padi 1 biji jus limau nipis Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan di atas dan tumbuk menggunakan lesung batu hingga lumat. 2. Simpan di dalam peti sejuk
NOTA: Sambal ini tidak ditumis dan dihidang mentah. Sedap dimakan bersama nasi putih sahaja. Jika buat lebih bakinya boleh dijadikan rencah nasi goreng bunga kantan.
SAMBAL SOTONG PETAI
BAHAN-BAHAN:
800 gm (2 ekor sotong saiz besar) | dihiris kecil 5 ulas bawang merah ½ biji bawang besar | dikisar 3 ulas bawang putih | dikisar 15 biji cili kering | rebus & dikisar 200 gm petai | dibuang kulit & belah 1 asam keping Gula secukupnya Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang dikisar bersama cili kisar sehingga ia benar-benar garing. 2. Masukkan petai dan gula secukupnya, kacau seketika sebelum dimasukkan sotong. 3. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan asam. Sesuaikan ikut rasa kepekatan yang anda suka. 4. Sambal sotong siap untuk hidangan.
NOTA: Petai akan rasa lebih enak jika digoreng sedikit dahulu. Tidak perlu memasukkan air kerana sotong mengeluarkan air yang banyak.
SIAKAP BAKAR SAMBAL OLAHAN BARU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
BAHAN SAMBAL IKAN BAKAR:
220gm biji cili merah /buang biji dan potong kecil 2 sudu makan belacan bakar 150gm bawang kecil Garam secukupnya 2 sudu teh sos ikan 2 ½ sudu teh gula | atau secukupnya 3 biji limau kasturi | perah jusnya 2 batang serai | dihiris halus 1 sudu makan serbuk kunyit 4 sudu makan minyak masak
PENCICAH SAMBAL BELACAN & BAWANG:
5 biji cili merah 2 biji cili padi 1.5 sm belacan 2 biji bawang kecil/dihiris nipis Gula secukupnya Garam secukupnya ½ cawan air asam jawa
CARA MEMASAK:
1. Sambal ikan bakar: Sediakan sambal dengan mengisar cili, bawang, belacan dan serai dalam pemproses makanan. 2. Pastikan ia halus dan bahan-bahan dikisar rata. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes sambal tadi hingga naik bau dan pecah minyak. 4. Pastikan cili benar-benar masak dan garing. Perisakan dengan garam, gula dan sos ikan. Ketepikan. 5. Cara masak sambal belacan bawang : Rendamkan biji asam jawa dalam air untuk 15 minit dan ambil jusnya. 6.Di dalam pemproses makanan kisarkan cili merah, cili padi, belacan bakar. 7.Tambahkan jus asam jawa, gula, garam dan hirisan bawang. Kisar rata dan ketepikan. 8. Memanggang ikan: Bentangkan daun pisang dan griskan permukaannya dengan minyak masak. 9. Letakkan ikan di atas daun pisang dan sapu rata-rata 2-3 sudu makan sambal di atasnya. 10. Letakkan ikan di atas gril (rak atas dengan kepanasan ‘indirect) dan tutup gril. Tunggu dua belas minit dan balikkan ikan. Tambahkan 2-3 sudu makan sambal di belah ini. 11. Masak lagi 5 minit dan alihkan ikan ke rak bawah dengan kepanasan langsung ‘direct heat’ untuk 2 minit. 12.Keluarkan dan hidangkan bersama sambal belacan dan bawang.
NOTA: Ikan bakar sambal yang pedas makin sedap dimakan bersama pencicahnya. Sambal ikan bakar ini boleh sahaja dibuat lebih sebagai stok untuk disimpan dalam peti sejuk. Apabila teringin nak makan ikan atau makanan laut bakar, sambalnya sudah tersedia.
SAMBAL UDANG BERSAMA TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz sederhana 1 mangkuk kecil terung pipit 5 sudu makan cili kering | yang telah dikisar 5 biji bawang kecil | ditumbuk lumat 3 ulas bawang putih | ditumbuk lumat 2 sudu makan asam jawa | diperah bersama 1/2 cawan air 1 biji bawang besar | dihiris nipis Garam & gula secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan udang digoreng seketika. Angkat cepat bila udang berubah warna. Boleh gunakan minyak goreng udang tadi untuk menumis bahan tetapi pastikan panas semula minyak itu hingga hilang air udang. 2. Goreng terung pipit sebentar. 3.Tumiskan cili kisar sehingga garing dan kemudian masukkan bawang kecil dan bawang putih hingga garing .Biarkan sampai terbit minyak. 4. Masukkan air asam garam, jawa, garam dan gula secukup rasa. Biarkan ia mereneh sekejap 5. Masukkan bawang besar yang dihiris nipis dan biarkan sehingga bawang besar layu. 6. Masukkan udang dan dibalik-balikkan sebentar. Angkat dan sedia untuk dimakan.
NOTA: Biarkan udang meresap dalam sambal dan keluar air manisnya, baru ditutupkan api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Bila sebut tentang makan buah mangga yang dicicah dengan serbuk colek, memang boleh kecur air liur. Lebih-lebih lagi makan di laman bersama keluarga, memang asyik!
Jom kita buat sendiri serbuk colek mangga ala Thai guna bahan yang mudah di rumah, dengan menggunakan cara yang dikongsi Nur Masri.
Bila makan steak pasti anda akan teruja bila menikmati keenakkan sosnya, atau mencicah kentang goreng atau nachos dengan sos mustard atau salsa yang masam manis, atau mencicah bergedil dengan sos macam manis. Malah banyak lagi sos yang dijadikan sebagai sos untuk melengkapi keenakan masakan seperti sos balognes untuk dihidangkan dengan pasta, sos tirayaki digabungkan dengan ayam goreng. Semua sos ini memang sedap sebab itulah satu dunia mengakuinya. Kalau korang nak cuba buat sos sendiri, ini disediakan 10 resipi sos yang biasa korang makan dan sangat mudah disediakan.
SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 Sudu makan minyak goreng.
1 ulas bawang puti | titik
1 biji cili merah |buang biji kemudian hiris nipis
250ml air stok ayam
2 sudu makan sps tomato
1 sudu makan gula pasir
¼ sudu teh minyak bijan
1 sudu makan cuka
1 sudu makan tepung ubi | larutkan dengan 1 sudu makan air
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi.
Masukkan stok ayam dan bahan-bahan lain, kecuali air larutan tepung ubi.
Setelah mendidih baru masukkan air larutan tepung ubi. Kacau rata hingga pekat.
Tutup api dan sos siap dituang atas makanan atau dijadikan pencicah makanan.
SOS KEJU
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
100gm keju cheddar
150ml susu cair
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega hingga cair.
Masukkan tepung, terus kacau di atas api kecil.
Masukkan susu cair, diikuti keju.
Untuk mengelakkan adunan hangus, jangan berhenti kacau.
Setelah masak tutup api dan sos siap untuk dicicah dengan makanan lain.
SOS TERIYAKI
BAHAN-BAHAN:
1,100ml kicap manis
100ml kicap masin
4 sudu makan gula perang
1/2 sudu makan halia yang sudah diparut
3 ulas bawang putih |kisar galus
1 cawan nanas siap parut
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan tepung jagung
Air secukupnya untuk melarutkan tepung jagung.
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung jagung dengan air secukupnya. Ketepikan.
Masukkan kicap manis dan masih dalam periuk.
Panaskan sambil terus mengacau hingga berwap.
Tambah ke dalamnya, gula perang, bawang putih, halia yang dikisar halus tai.
Masukkan jus perhgan limaunipis dan nanas.
Terus kacau supaya bahan campuran sebati.
Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan nanas.
Kacau hingga rata, kemudian tambahkan air putih dan biarkan ia hingga mendidih.
Tuangkan larutan tepung ubi, terus kacau hingga sos menjadi pekat dan meletop-letop,
Tutup api, keluarkan nanas dan simpan sos dalam botol, sos Teriyaki sedia digunaka sebagai bahan campuran dalam pelbagai masakan.
SOS PASTO
BAHAN-BAHAN:
4 cawan daun basil segar
½ cawan minyak zaitun
2 ulas bawang putih
2 batang parsley
1/4 kacang pine
1/2 cawan keju parmesan parut
Sedikit garam dan lada hitam
CARA MEMASAK:
Masukkan daun basil, minyak zaitun, bawnag aputih, parsley, garam dan lada hitam dan kacang pine dalam blender.
Kisar hingga halus.
Keluarkan dari blender dan campurkan dengan parutan keju.
Sedap disajikan sebagai sos pasta.
SOS SALSA
BAHAN-BAHAN:
2 biji tomato | potong dadu kecil
1/2 biji cili banggala merah | dipotong dadu kecil
1/2 biji bawang Holland | potong dadu kecil
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan yang dipotong dadu ke dalam mangkuk besar.
Perahkan jus limau nipis ke dalamnya Bersama sedikit garam.
Gaul rata dan biarkan lebih kurang 15 minit.
4, Setelah siap, sos ini boleh dihidangkan dengan nachos.
SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm tiram segar | kopek, bersihkan dan dihiris halus
150ml air bersih
1 sudu makan kicap soya
2 sudu teh kicap masin
CARA MEMASAK:
Masukkan tiram dalam periuk bersama lendirnya sekali.
Tambahkan air di dalamnya, dan didih di atas api kecil.
Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
Kemudian tapis airnya menggunakan penapis.
Masukkan hampasnya semula ke dalam periuk dan panaskan dengan api kecil hingga mendidih.
Tambahkan garam, kicap masin dan kicap soya, kacau rata hingga sos pekat.
Tutup api dan sejukkannya.
Setelah betul-betul sejuk baru masukkan ke dalam botol.
Untuk tahan lebih lama simpan dalam peti ais.
SOS KARI
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan minyak masak
1 batangserai | titik
200ml santan
Garam dan gula secukup rasa
3 helai daun limau purut
3 ulas bawang putih | kisar halus
4 ulas bawang merah | kisar halus
1cm halia |kisar halus
1/2cm kunyit hidup | kisar halus
1/2 sudu teh lada hitam | kisar halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis bahan kisar halus.
Kemudian tambah serai dan daun limau purut, kacau rata hingga timbul minyak.
Seterusnya masukkan serbuk kali dan santan.
Sesekali kacau dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, tutup api
SOS MUSTARD
BAHAN-BAHAN:
50gm tepung jagung
300ml stock ayam
¼ sudu teh jus halia
50gm mustard segera
1 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh cuka
BAHAN B:
50gm timun | potong dadu kecil
50gm lobak merah | dadu kecil dan rebus
50gm nanas | dadu kecil
3-5 biji cili padi | hiris halus
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan A, kacau rata.
Panaskan atas api hingga pekat dan masak.
Tutup api dan sejukkan.
Sos sedia dihidangkan sebagai pencicah dan dressing salad.
SOS BALOGNES
BAHAN-BAHAN:
250gm daging cincang
1 biji bawang Holland | cincang
1 ulas bawang putih
300gm tomatio | celur dalam air mendidih, kemudian buang kulit dan cincang
1 biji lobak merah | cincang halus
1 sudu makan pes tomato
1/2 sudu teh basil kering
1/2 suu teh oregano kering
3 sudu makan minyak zaitun
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis bawang Holland dan bawang putih dengan minyak zaitun hingga layu.
Setelah wangi masukkan tomato, lobak merah, kacau rata masukkan pula daging kisar.
Kacau rata hingga daging kisar berubah warna.
Tuangkan 200ml air, masukkan pes tomati.
Perasakan dengan sedikit garam, serbuk lada sulah, oregano dan basil kering.
Setelah pekat, tutup api, sedia dihidangkan sebagai sos untuk spageti.
Untuk penambah rasa, boleh taburkan dengan keju pamersan.
SOS LADA HITAM UNTUK STEAK
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang Holland
1 sudu the lada hitam | dikisar kasar
1/2 sudu the serbuk buah pala
1 sudu makan sos tomato
2 sudu teh serbuk perasa ayam
1 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
200ml air
1 sudu makan mentega | untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali, masukkan mentega, tumis bawang Holland hingga layu dan wangi.
Kemudian masukkan tepung gandum, kacau rata supaya tidak bergentel.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil terus mengacau di atas api sederhana.
Masukkan serbuk perasa ayam, garam, gula pasir, serbuk pala, lada hitam dan sos tomato.