Sedap juga jika ikan talapia digoreng garing dan dituang kuah bersos limau. Rasa masam, masin, manis dan pedas yang mampu membuka selera. Balance semua rasa, lagi-lagi bila dapat isi makan yang segar dan sedap. Jom kita ikut resipi yang dikongsi oleh Marina Ismail. Selamat mencuba!
Hanya di Batang Kali, gerai ini menjual makanan bergoreng seperti pisang goren cheese dan cempedak goreng. Kali ini Nur Emyza mempertaruhkan Durian Goreng Cheese sebagai menu utama jualannya setiap tahun ketika musim raja buah itu.
Menurut Nur Emyza Samsudin, 25, berkata menu jualannya itu mempunyai keenakannya tersendiri.
Nur Emyza berkata, kebiasaan gerainya di kawasan lot kedai pemaju JRD Development, Batang Kali hanya menjual pisang dan cempedak goreng berkeju namun menu baharu itu berjaya menarik pelanggan yang gemarkan durian.
Menurutnya, Durian Goreng Cheese yang di jual pada musim durian sahaja sejak 2016 dengan harga RM8 untuk lima ulas menggunakan durian kampung dan dibuka dari 4.30 petang hingga 7 malam setiap hari.
Setiap ulas durian akan digoreng terlebih dahulu sebelum di salur keju bagi menarik kan bau dan rasa durian agar lebih enak.
Idea ini sebenarnya untuk menarik pelanggan kerana memang ramai yang suka durian dan bila saya cuba, rasa memang sedap dan pelanggan beri maklum balas positif.
Pisang dan cempedak goreng keju itu sudah biasa, jadi saya mahu beri kelainan dan mencuba sesuatu yang baru, katanya.
Nur Emyza berkata, dia juga penggemar durian dan tidak akan ketinggalan menikmati buah tersebut yang kini boleh diperoleh dengan mudah. Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran, mereka boleh dihubungi di 018 954 4757 atau semak di Facebook: Pisang Cheese Batang Kali.
Sumber: Sinar Harian
RESIPI DURIAN GORENG
BAHAN-BAHAN:
Isi durian secukupnya – tak perlu buang biji
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung @ beras
1 sudu besar gula
sedikit garam
2 cawan air – kurang lebih
sedikit pewarna kuning
1 sudu besar marjerin < hasue tambah
CARA MEMASAK:
Dalam mangkuk, satukan tepung gandum, tepung jagung@beras, gula, garam, marjerin dan sedikit pewarna kuning. Gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sebati. (adunan batter agak pekat)
Masukkan durian dan gaul. Panaskan minyak secukupnya. Gunakan sudu dan goreng deep fry sebiji demi sebiji ke dalam kuali hingga keemasan/kekuningan,
Angkat dan toskan. Sedia dihidang.
*Hiaskan dengan hirisan cheese dan coklat rice jika suka.
Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumnar
1 biji bawang Holland kecl
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
I sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Ikan parang, tongkol, cencaru, patin dan keli memang tetap terbaik untuk dijamu makan tengahari nanti. Resipi tradisional Melayu zaman berzaman ni memang tak pernah jemu dinikmati.
Ni min kongsikan 5 resipi berasaskan ikan yang popular dalam menu tradisi Melayu. Generasi baru, anak dara teruna dan adik-adik kena masak, jangan asyik mak aje yang buat…
1. ASAM PEDAS IKAN PARANG BELIMBING BULUH
BAHAN-BAHAN :
2 keping ikan parang/dibersihkan
1 ikat daun kesum/ ambil daun dan sedikit batang
1 batang serai /diketuk
3/4 cawan air asam jawa
Bahan kisar :
10 tangkai cili kering/ rebus dahulu
1 sm kunyit hidup
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1.5 sm halia
1 biji tomato
3 biji bendi
1 tangkai bunga kantan
Sedikit belacan bakar/ lumatkan hancur
5 biji belimbing buluh
Air secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar. 2. Biarkan hingga naik bau dan pecah minyak. Pastikan cili betul-betul masak. 3. Masukkan serai dan gaul sekali. 4. Masukkan air dan renehkan hingga mendidih. 5. Masukkan ikan dan asam jawa, dan masukkan daun kesum. 6. Kemudian tambahkan bunga kantan, bendi , tomato dan belimbing buluh. 7 .Kecilkan api ,biarkan mereneh sebentar. 8. Tutup api dan asam pedas sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 3- 4 orang Masa memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rasa masam belimbing buluh, beri kelazatan berbeza daripada penggunaan air asam sahaja
INFO CHEF: Selain belimbing buluh boleh menggunakan bahan lain seperti mangga muda atau nenas untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa asam pedas yang sama.
2. IKAN PATIN TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ikan patin saiz sederhana
6 sudu makan tempoyak
4 cawan air/ agak-agak ikut kepekatan yang anda suka
Bahan ditumbuk :
2 biji cili merah/dibelah dua
20-30 biji cili padi
2 sm kunyit hidup
Secekak daun kesum
Garam secukup rasa
1 asam keping
CARA MEMASAK : 1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan sampai terlalu hancur. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk, gaul rata. 2. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sehingga ianya menggelegak, biarkan ia mereneh. 3. Masukkan daun kesum dan masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah ditutup api.
Saiz hidangan : 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Bagi penggemar tempoyak, semakin pekat lagi sedap
INFO CHEF : Bahannya ringkas dan mudah disediakan, anda boleh juga menambah bunga kantan jika suka. Lauk tradisi terkenal di Temerloh, Pahang.
3. IKAN CENCARU SUMBAT
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan cencaru
2 biji cili merah/ditumbuk
8 biji cili api/ditumbuk
1/2 biji bawang besar/dihiris
Sedikit belacan/ 2 sm
1 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam. 2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka) 3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit. 4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan. 5. Goreng sehingga masak
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan :Lauk pauk Keistimewaan : Sedap dan cepat disediakan
4. IKAN KELI GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
2 ekor ikan keli
2 biji cili merah/ditumbuk halus
10 biji cili api/ditumbuk halus
1/2 biji bawang besar/dipotong memanjang
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ikan keli bersama kunyit serbuk dan garam. 2. Goreng ikan keli hingga garing, angkat dan ketepikan. 3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan cili merah dan cili api yang telah ditumbuk sehingga garing. 4. Setelah cili telah garing masukkan pula bawang besar yang dihiris memanjang dan biarkan sehingga bawang agak layu. 5. Masukkan garam secukup rasa. 6. Akhir sekali masukkan ikan keli yang telah digoreng tadi. 7. Gaul rata dan sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan :Lauk pauk Keistimewaan : Masa memasak yang singkat dan kos yang murah.
INFO CHEF: Untuk menghilangkan lendir ikan keli, basuh dengan sedikit air limau nipis dan sedikit garam. Boleh juga digunakan tepung gandum untuk cuci ikan, disarankan juga untuk perap dengan tepung selama 15 minit. Ini juga mengelakkan ikan daripada meletup-letup atau melekat di kuali masa menggoreng.
5. SINGGANG IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN :
3 ketul isi ikan tongkol yang sederhana besar
2 biji bawang merah /dimayang halus
4 ulas bawang putih /dimayang halus
2 sm lengkuas /dimayang halus /dimayang halus
2 sm kunyit hidup /dimayang halus
1 ½ sudu teh garam
2 keping asam keeping
5 biji cili siam
4 gelas air (220 ml) air untuk rebus ikan
Sedikit gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Masukkan isi ikan tongkol ke dalam periuk bersama dengan 4 gelas air untuk merebus ikan. 2. Masukkan bahan-bahan yang dimayang tadi. 3. Masukkan asam keping kemudian biarkan ia mendidih selama 10 minit. 4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 5. Apabila dah masak masukkan pula cili siam hijau tadi. 6. Masak dalam 5 minit dan matikan api. 7. Singgang ikan tongkol siap dihidang.
INFO CHEF : Resipi ini mudah disediakan, tak perlu ditumis dan boleh dimasukkan semua bahan sekali kecuali cili letak paling akhir.
Saiz hidangan : 13 orang Masa memasak :15 minit Cara memasak : Rebus dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Rasanya segar dan masam serta pedas pasti membangkit selera
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!