Min tertarik dengan resipi yang dikongsi oleh Puan Afy AL Habibi. Menurut beliau resipi Ikan Percik ini adalah antara resipi kesayangan beliau dimana ia adalah resipi yang dipelajari terus dari ibunya bermula dari proses pemerapan ikan, penghasilan kuah hinggalah siap proses memasak.
Resepi ikan percik ni paling saya sayang selain resepi daging kerutup dan gulai ikan ayo yang saya dah kongsi sebelum ni. Sebab saya menuntut resepi ni bersila betul-betul depan mak. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya. Ada kawan FB yang dah cuba pun gembira sekali. Kata mereka rasanya sama dengan resepi asli. Tak sama macam menu beli. Jadi kat bawah ni saya kongsi resepi. Jangan pandang sepi tau, boleh rugi! Bulan puasa ni bolehla merecikkk sekali. Hikhik. Nak resepi bergambar yang lain, boleh jadi kawan fb saya. Banyak lagi yang saya suka kongsi. Sampai tak tahu nak upload mana satu. Semoga bermanfaat.
Ha..nampak best kan? Jom cuba buat untuk berbuka.
IKAN PERCIK KUAH MERHA CARA KELANTAN
BAHAN PERAPAN IKAN:
5 ekor ikan kembung – basuh bersih & kelar ikan
2 batang serai – hiris nipis
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 inci halia – hiris nipis
1 1/2 inci kunyit hidup – hiris nipis
3/4 sudu makan garam
1 sudu teh serbuk perasa Hilal
BAHAN KUAH PERCIK ( KISAR LUMAT):
5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
2 ulas bawang putih
1/2 hiris nipis halia
Secubit belacan
1/2 sudu makan serbuk ketumbar – disangai dan dikisar halus
BAHAN-BAHAN LAIN:
6 senduk santan segera – boleh beli di pasar. Santan pekat yang diperah dari buah kelapa asli.
1 senduk air
1 1/2 sudu makan cili kisar
1 keping hiirsan limau nipis
2 1/2 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
Secubit perencah Hilal
CARA MEMASAK:
Ads
1. Untuk memerap ikan, satukan semua bahan yang dihiris nipis ke dalam pengisar. Tambahkan garam dan juga perasa. Kisar hingga lumat.
2. Lumur bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
3. Seterusnya kisar bahan-bahan untuk kuah percik hingga lumat.
4. Masukkan bahan kuah siap kisar ke dalam periuk. Tambahkan santan dan air.
Ads
5. Seterusnya masukkan cili kisar. Sebaiknya guna cili kering yang dikisar sendiri. Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik.
6. Letak periuk di atas dapur. Buka api perlahan dan perahkan sehiris limau nipis.
7. Masukkan gula, garam dan perencah.Kuantiti rasa terpulang pada citarasa masing-masing. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
Ads
8. Setelah kuah mendidih, padamkan api. Kuah percik telah siap dimasak.
9. Seterusnya, bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga terlalu kering & garing.
10. Angkat seketika pemanggang ikan tadi, lapik pinggan di bawah dan siram kuah percik ke atas ikan. Pastikan kuah menutupi keseluruhan badan ikan bahagian atas dan bawah.
11. Letak kembali pemanggang ikan yang disiram kuah tadi di atas bara api untuk seketika. Balik-balikkan supayabahagian atas dan bawah Kuah percik yang disalut tadi yang dibakar semula akan menjadikan rasa ikan percik lebih sedap.
Lumrah orang Melayu walaupun citarasa sudah bercampur dengan aneka sajian kota lain tetapi lauk pauk Melayu tradisi pasti dicari. Bahannya mudah, kos pun rendah sajian yang mudah dan cepat dimasak.
Bagi Marazrin Martadha masakan Melayu tidak akan membuat anda rasa jemu dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada jati diri anda.Nah ni dia 7 resipi dari restoran MMYankees yang pasti menyelerakan dan menambat kasih saat merasa suapan pertama. Cubalah senang aje…
AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
2 sudu makan serbuk kunyit
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR :
4-5 biji cili kering
2.5 sm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato
Bahan Hias
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya
CARA MEMASAK :
Bersihkan ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam dan biarkan kuah jadi pekat.
Sekali sekala hendaklah digaul balikan.
Bila kudah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biarkan satu hingga dua minit.
Kemudian padamkan api dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 20 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Sos tomato dan cili memberi rasa masam dan sedikit pedas
INFO CHEF : Untuk masak merah ayam jangan digoreng terlalu garing, cukup 2/3 masak.
AYAM MASAK GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN :
4-3 ketul ayam
220 ml santan kotak
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 keping asam keping
2 batang serai – ketuk
Sedikit serbuk perasa (jika suka)
BAHAN KISAR :
10 – 15 biji cili padi /jangan dibuang tangkai dan ikut kepedasan sendiri
2 sm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sm halia – guna sikit sahaja
CARA MEMASAK :
Masukkan bahan kisar ke dalam kuali bersama ayam.
Nyalakan api perlahan dan biarkan ayam kecut dan masak bersama dengan bahan kisar tadi. Biarkan air ayam keluar dan agak kering.
Kemudian masukkan santan dan air secukupnya, serai dan kacau rata sehingga mendidih.
Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa. Setelah sesuai rasa dan kuah dah cantik, biarkan mereneh sebentar dengan api kecil.
Api boleh ditutup dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa cili padi buatkan kuah lemak ini istimewa
INFO CHEF : Untuk rasa lemak cili padi asli Negeri Sembilan, anda tidak perlu menggunakan bawang. Dan biasanya dimasak dengan daging ayam salai
IKAN KEMBUNG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN :
3 ekor ikan kembung saiz besar /disiang dan dikelar
3 ulas bawang putih /diketuk
1 biji bawang besar /diketuk
1 biji cili merah /dihiris serong
1 biji cili hijau /dihiris serong
1.5 sm halia /diketuk
5 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan besar sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh teh serbuk kunyit
1/4 sudu teh cuka makan
1/3 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air
Sedikit hirisan daun bawang
Cara memasak
Lumur ikan kembung dengan serbuk kunyit dan garam hingga rata.
Goreng ikan kembung hingga masak, tak perlu sampai garing.
Angkat dan ketepikan ikan.
Tumis kayu manis, bunga lawang, halia dan bawang putih hingga harum menggunakan tiga sudu makan minyak.
Masukkan sos tiram dan kacau hingga rata.
Tuang air kosong, kicap pekat, kicap lemak manis dan cuka makan, kacau dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan bawang besar dan ikan kembung yang telah digoreng tadi, kacau perlahan.
Tambahkan hirisan cili merah, cili hijau dan serbuk lada sulah, kacau dan masak sekejap.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
Ikan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa : 15 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Buatnya mudah dan ringkas, dan sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar lauk pedas.
INFO CHEF : Jika anda suka lebih pedas, boleh tambahkan 3-4 biji cili padi yang telah diketuk
AYAM GORENG CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
3-4 ketul ayam /dipotong sederhana
10-15 tangkai cili padi (ikut suka kepedasan masing-masing)
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi
Minyak secukupnya
CARA MEMASAK :
Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
Tumbuk atau kisar semua bawang dan cili padi.
Panaskan minyak. Tumis semua bahan2 yang ditumbuk/dikisar tadi. Goreng sehingga bahan-bahan tumis bertukar warna sedikit gelap dan garing.
Masukkan air limau kasturi dan garam secukupnya. (boleh tambah sedikit gula jika suka)
Masukkan ayam yang telah di goreng tadi. Gaul rata, dan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Rasa cili padi yang garing mengenakkan sajian
INFO CHEF: Masa menumis boleh guna minyak yang banyak sedikit. Selepas masak boleh dibuang sedikit minyaknya agar tidak terlalu berminyak.
TAUHU GORENG BERLADO
BAHAN-BAHAN :
400 gm tauhu putih/ belah dua bentuk segitiga
2 sudu makan kicap manis
2 helai daun salam
2 sm lengkuas,
1 sudu makan gula merah
garam secukupnya
300 ml air
minyak untuk menumis
BAHAN BAHAN/ DIKISAR :
5 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
3 biji cili hidup
10 biji cili kering
3 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Perapkan tauhu dengan garam dan bawang putih.
Biarkan kurang lebih minit dan goreng hingga masak. Ketepikan
Ambil bahan dikisar dan tumis dengan sedikit minyak, biarkan hingga naik minyak. Masukkan daun salam dan lengkuas. Tumis hingga harum
Masukkan kicap manis gula dan garam secukupnya.
Tuangkan air dan biarkan hingga mendidih. Masukkan tauhu goreng dan biarkan hingga ia sebati dengan perencah yang ditumis. Biarkan hingga air hampir kering.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa : 15 – 20 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Bagi penggemar tauhu, sajian ini sedap juga diratah begitu sahaja.
INFO CHEF ;Anda boleh juga memerah sedikit jus limau kasturi jika mahu rasa masam .
GORENG SAYUR CAMPUR
BAHAN-BAHAN :
3 ulas bawang putih /dihiris halus
3 biji bawang merah /dihiris halus
1 biji cili merah
100 gm ikan bilis
300 gm kubis
1/2 biji labu siam @/labu air/dipotong kiub
1 biji lobak merah /dihiris memanjang (batang mancis)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Tumiskan bawang merah, dan bawang putih. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumis hingga garing.
Masukkan lobak merah, dan apabila lobak merah empuk sedikit masukkan kubis dan labu siam.. Tambah sedikit air. Masukkan garam secukup rasa
Goreng sebentar dan anda boleh tambahkan sayuran lain jika suka.
Tambah ikan bilis goreng berlada untuk lebih sedap.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan : Anda boleh menambah sayuran yang anda gemari ikut suka.
INFO CHEF : Jika tidak mahu ikan bilis, anda boleh menggantikan dengan udang kering atau hidup hidup.
SAYUR PARK CHOY
Bahan-bahan:
300 gm sayur park choy (dalam 4 tangkai dipotong kecil jika mahu)
1 batang lobak merah saiz kecil/ dihiris membulat
3 biji bawang putih /ditumbuk kasar
2 sm halia dicincang halus
4 sudu makan sos tiram
1 sudu teh minyak bijan (atau minyak biasa)
Garam, gula secukupnya
Sedikit serbuk perasa
1/2 sudu sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit bawang goreng
Sedikit hirisan cili merah
CARA MEMASAK :
Sayur leraikan dari kelopak dan dibasuh bersih.
Celurkan sekejap park choy tadi dalam air panas yang dimasukkan sedikit gara,. Angkat dan toskan.
Sayur disusun atas pinggan atau dipotong kecil jika mahu. Ketepikan seketika.
Sementara itu panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga naik bau. Masukkan lobak merah biar lembut.
Kemudian masukkan sos tiram dan air bancuhan tepung jagung yang secukupnya. Kacau sebati hingga agak pekat sedikit.
Kemudian masukkan garam, perasa serta sedikit gula dan beberapa titik minyak bijan.
Biarkan seketika sehingga kuah menjadi pekat seperti yang dikehendaki anda.
Padamkan api. Akhir sekali curahkan sos di atas sayur park choy tadi.
Sebagai hiasan taburkan bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 3 orang
Masa : 10 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sayur-sayuran
Keistimewaan :Pengaruh masakan cina, yang sudah menjadi citarasa Melayu
INFO CHEF : Boleh hiriskan cili merah, jika mahu pedas sedikit
Terima kasih :Marazrin Martadha, MMYankees, No 8-50G, Ground Floor, Jalan Pahat H,15/H, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
3. Tambah sedikit air. Tumis lagi sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa, nise, gula, garam dan perasa. 4. Biar kuah pekat sikit. Masukkan ikan yang dah digoreng. Gaul rata. Masukkan bawang holland dan lada besar.
Ikan rebus adalah lauk simple. Tapi sangatlah sedap. Rasanya pedas, cukup masin dan cukup menyelerakan. Nak masak lauk macam ni pun tak ambil masa lama.
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
4 ekor ikan kembung
Garam
Asam keping
Seinci belacan bakar
Air asam jawa
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 biji cili besar (nak letak sebiji pun boleh)
4 biji cili api (kalau suka pedas, lebihkan)
1 biji limau kasturi
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan ikan dengan sedikit garam.
2. Rebus ikan dengan asam keping
3. Angkat ikan dan ketepikan.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukan belacan dan asam jawa. Picitkan dan buang hampas asam jawa.
5. Masukan hirisan bawang, tomato dan cili besar dan cili padi.
6. Perah air limau.
7. Masukan gula. Gaul hingga rata
8. Tuang bancuhan air asam yang dibuat tadi ke atas ikan.
Ketahui 10 kuasa luar biasa halia, superfood semula jadi yang bukan sekadar bumbu masak! Dari melawan kanser hingga membantu pencernaan, halia memberi 1001 manfaat kesihatan untuk tubuh anda.