Sekali sekala tukar selera best gak kan. Kalau suka makanan berempah, sajian Pakistan ni boleh dicuba. Masak udang, ketam , ikan gaya ni memang tersangatlah sedap. Lauk pauk Pakistan juga suka menggunakan yogurt dalam resipinya di samping penggunaan rempah ratus.

4 Hidangan Makanan Laut Pakistan Berempah Sedap, Idea Hebat Hotel Summit Subang…
.

.
Nak tahu apa yang sedap dan istimewa sangat masakan Pakistan nih, jom semak resipi yang dikongsikan Chef Sakya Hamid & geng Hotel Summit Subang, UST Selangor

1. IKAN TANDOOR (Pakistan)

4 Hidangan Makanan Laut Pakistan Berempah Sedap, Idea Hebat Hotel Summit Subang…
.

BAHAN-BAHAN :

  • 800gm @ 1 ekor ikan bawal | dibersihkan

Bahan untuk perapan :

  • 2 sudu makan yogurt
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk jintan putih
  • ½ sudu teh serbuk ketumbar
  • 1biji bawang besar | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dicincang halus
  • 2 biji cili merah segar | dicincang halus
  • ½ ibu jari halia | dicincang halus
  • 2 sudu teh air perahan limau
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Ikan bawal yang telah dibersihkan masukkan ke dalam bekas dan bahan bahan lain yang telah siap boleh dimasukkan seperti serbuk jintan manis, jintan putih, ketumbar ,bawang ,bawang putih, halia, dan lain- lain boleh dicampur sekali untuk perapan.
2. Ikan bawal tadi digaul rata menyeluruh bersama perapan , biarkan selama 15-20 minit.
3. Selepas itu barulah dibakar menggunakan dapur arang dengan suhu yang sederhana selama 15minit.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan bakar dengan rasa yogurt dan isi ikan berjus
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF : Jika mahu lebih sedap bakar dalam pasu tertutup

IKLAN

2. IKAN MERAH TIKKA BAKAR (Pakistan)

4 Hidangan Makanan Laut Pakistan Berempah Sedap, Idea Hebat Hotel Summit Subang…
.

BAHAN-BAHAN :

  • 300gm isi ikan merah | dipotong kiub sebesar 5sm

Bahan untuk perap :

  • 4 sudu teh bawang putih | yang telah dikisar
  • 11/2 sudu teh halia | yang telah dikisar
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  • ½ sudu teh serbuk bunga lawang
  • 3 sudu teh air perahan limau
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu makan yogurt
  • ½ sudu the serbuk cili
  • 1 sudu makan minyak sapi

CARA MEMASAK :
1.Pastikan bahan bahan untuk diperap siap dan mula perap ikan dengan bahan bahan telah disediakan .
2. Gaulkan kesemua ramuan dengan sempurna dan biarkan ikan diperap sekurang-kurangnya selama 15minit. Ikan yang telah diperapkan tadi bolehlah dicucuk pada lidi sate.
3. Proses mambakar bolehlah menggunakan dapur arang supaya aroma dan ikan yang dipanggang enak dan sedap. Biarkan hingga ikan masak berjus, dengan api sederhana dan kecil.

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Bakar @panggang
Keistimewaan : Ikan merah yang manis dengan aroma minyak sapi
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 25

IKLAN

INFO CHEF : Jika suka anda boleh juga memasukkan sedikit santan segar dalam perapan ikan.

3. KETAM KARAHI (Pakistan )

4 Hidangan Makanan Laut Pakistan Berempah Sedap, Idea Hebat Hotel Summit Subang…
.

BAHAN-BAHAN :

  • 5 ekor ketam saiz sederhana | dibersihkan
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan minyak bijan1 sudu makan minyak sapi untuk memasak
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk kari ikan
  • 1 sudu makan bawang putih | yang telah dikisar
  • 1 sudu teh halia | yang telah dikisar
  • 1 sudu teh garam masala
  • 2 biji bawang besar | dimayang
  • 2 biji buah tomato | dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • 180ml air

CARA MEMASAK :
1. Ketam yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan -bahan seperti sedikit serbuk kari ikan, serbuk jintan putih,ketumbar,kicap cair, minyak bijan.
2. Perap ketam selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi.
3. Selepas itu baru mula memasak bahan bahan lain, panaskan kuali dan masukkan minyak masak tunggu sehingga panas.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, tomato, masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk kari ikan dan serbuk rempah ratus lain, tuangkan sedikit air dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana .
5. Tunggu hingga pecah minyak baru masukkan ketam yang telah diperapkan. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda.

IKLAN

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan :Ketam rempah berjus dengan rasa kicap soya enak
Jenis masakan : Sajian utama, ketam
Anggaran kos : RM 27

INFO CHEF : Pilih ketam segar dan banyak isi untuk rasa hidangan yang lebih enak

4. IKAN KURMA PAKISTANI (Pakistan)

4 Hidangan Makanan Laut Pakistan Berempah Sedap, Idea Hebat Hotel Summit Subang…
.

BAHAN-BAHAN :

  • 375gm ikan tenggiri @ bawal | dipotong
  • 4 sudu makan yogurt
  • 3 biji bawang besar | dimayang
  • 50gm halia | dimayang
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1/3 sudu teh gula
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 3-4 biji bunga cengkih
  • 2.5sm kayu manis
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar | dibelah empat
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan air perahan limau

CARA MEMASAK :
1. Ikan tenggiri yang telah dibersihkan perlu diperap bersama bahan-bahan seperti serbuk jintan manis, serbuk jintan putih,ketumbar.
2. Perap ikan tenggiri selama 15minit supaya dapat meresap bahan bahan tadi. Selepas itu baru mula memasak bahan-bahan lain.
3. Panaskan kuali dan pijarkan minyak dalam kuali.
4. Masukkan bawang yang telah di mayang, halia dan bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga.
5. Masak sehingga naik bau dan masukkan serbuk rempah ratus, tuangkan sedikit air , yogurt dan kacau hingga masak dengan suhu yang sederhana tunggu hingga pecah minyak.
6. Baru masukkan ikan tenggiri yang telah diperapkan dan air limau.
7. Masak hingga sempurna dan masukkan garam mengikut citarasa anda..

Saiz hidangan : 3-4 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Keistimewaan : Ikan
Jenis masakan : Sajian utama, ikan
Anggaran kos : RM 20

INFO CHEF: Untuk hidangan yang lebih beraroma dan sedap, anda boleh gorengkan tanpa minyak jintan manis dan jintan putih sebelum dijadikan serbuk.

RESIPI : CHEF SAKYA HAMID, CHEF MOHD AZIZI HAMZAH, CHEF MOHD AZHAR JEMANGIN, CHEF HAMID WAHAB & CHEF SULAIMAN SALIH
TERIMA KASIH : Summit Hotel Subang ,USJ,Persiaran Kewajipan, USJ 1, Subang Jaya, Selangor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI