1. Panaskan minyak, goreng 1 sudu besar halba hingga kekuningan dan naik bau. 2. Masuk bahan kisar dan semangkuk kecil cili kisar. Tumis sampai pecah minyak. 3. Masuk 1 sudu kecil gula. Boleh juga ganti dengan gula melaka, lagi sedap.
4. Letak 2 batang serai yang diketuk. Kemudian masukkan 1 sudu pes Asam Jawa. Kacau dan kacau. 5. Masuk 1 mangkuk air. Kacau-kacau biar didih sedikit. 6. Masukkan bendi, kemudian daun kesum. Didihkan lagi sampai bendi separuh lembut.
7. Dah boleh masuk ikan. Saya guna 4 ketul ikan pari. Tak kisahla ikan apa nak guna.
Ads
8. Masuk pula bunga kantan yang dibelah dua. Masak sampai naik bau aroma daun kantan.
9. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan kacau lagi. 10. Akhir sekali masuk tomato dan tutup api.
Tidak lengkap hidangan tanpa sayur, sebab itu walaupun sekadar ulam, sayur-sayuran wajib ada dalam menu. Kepada anda yang suka, kalau nak makan tak perlu tunggu balik kampung masak sendiri je kerana ini ada enam menu sayur kampung yang sedap dan mudah disediakan. Apa tunggu lagi jomlah kita cuba masak.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300gm kepah
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
Diikuti dengan kepah.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
KERABU PUCUK LABU RAMPAI UDANG
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk labu | bersihkan dan celur
200gm udang | buang kulit, celur dan tos
BAHAN URAP:
300gm kelapa | putih sahaja
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
1 sudu makan udang kering | kisar
8 biji cili padi | kisar
2cm kunyit hidup | kisar
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukup rasa
1cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan urap dalam kuali hingga cukup rasa.
Hidupkan api goreng sangai bahan urap hingga sedikit garing.
Setelah cukup rasa dan sedikit garing. Tutup api dan ketepikan.
Masukkan daun labu dan udang yang telah dicelur tadi dalam mangkuk.
Taburkan bahan urap dan gaul rata hingga sekata.
Setelah siap bolehlah dihidangkan.
KERABU PUCUK PAKU DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
Masukkan bersamanya bahan hirisan.
Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
Gaul rata, kemudian masukkan
Gaul lagi sehingga cukup rasa.
Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat sulur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
Sayuran hijau hijau bayam brazil menjadi popular sejak tahun lalu lagi. Tumbuhan yang berasal dari Brazil ini boleh dimakan mentah dijadikan salad dan dimasak tumis, daunnya tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit rangup.
Sayuran ini dipercayai bersifat anti kanser dan ia mempunyai banyak khasiat kesihatan dan kecantikan pada tubuh. Di Brazil ia dimakan mentah dengan tomato, cuka atau bawang putih.
Bayam brazil juga sedap dimasukkan dalam masakan, dan rangup dibuat kudapan. Jom semak resipi perkongsian dari Roslinda Rosli ini yang memetik sayur ini di depan rumahnya sahaja. Kudapan bayam goreng bertepung ni memang sungguh sedap.
KEREPEK BAYAM BRAZIL
BAHAN-BAHAN :
5 sudu tepung bestari original
1 sudu tepung bestari pedas
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
1 sudu rempah kari
Gaul sebati bahan di atas
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih daun bayam(ambil daun sahaja). 2. Taburkan campuran tepung di atas tadi sehingga sekata. 3. Goreng dalam minyak panas
TIP EMPUNYA RESIPI : *Empunya resipi tak letak garam sebab tepung dah cukup masin *Tak gunakan telur sebab kalau pakai telur kerepek berminyak sangat dan kerangupan tak kekal lama. *Gandakan bahan campuran tepung jika nak buat banyak
Kredit: roslinda rosli
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAN PERLATAN DAPUR DAN RUMAH, JOM LAYARI DI SINI,BANYAK PILIHAN MENANTI ANDA.
Bagi penggemar durian yang dah tak tahu nak buat apa dengan stok durian yang kat rumah tu, meh pakat buat dua ‘dessert’ berasaskan durian ni. Resipi ni sumbangan dari Eksekutif Chef Suhaifi Idris, Pastry Chef Norazli Amat Hamam dan Chief Baker Zaid Alwi dari Lanjut Beach & Golf Resort, Kuala Rompin Pahang
2 resepi yang patut anda cuba ni ialah Kek Keju Durian dan Puff Krim Durian.
KEK KEJU DURIAN
BAHAN-BAHAN :
250 gm krim keju
175 gm gula kaster
3 biji kuning telur
200 gm krim putar
40 gm gelatin
100gm isi durian
Bahan lapisan bawah :
200gm biskut Orea hancur
120gm mentega dicairkan
CARA MEMASAK : 1. Satukan biskut bersama mentega yang dicairkan, gaul rata dan terap dalam acuan kek bersaiz 25 sm. 2. Pukul krim keju bersama gula hingga kembang dan berkrim. 3. Masukkan telur dan pukul rata dan masukkan pula krim putar dan kemudian gelatin. 4. Akhir sekali masukkan isi buah durian, gaul rata. 5. Tuang dalam acuan dan simpan di dalam peti ais semalaman
KRIM PUFF DURIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
500 ml air
150 gm mentega
1/2 sudu teh garam halus
350 gm tepung gandum | diayak
7 biji telur
Bahan krim durian :
500 gm krim putar
5 titik pewarna kuning
200 gm isi durian
CARA MEMASAK :
1. Panaskan air,masukkan garam dan mentega. Masak hingga mendidih dan mentega cair 2. Masukkan tepung gaul rata hingga menjadi doh. 3. Pukul guna mesin sehingga suam kemudian masukkan telor sebiji demi sebiji hingga doh licin. 4.Guna piping beg bentukkan di atas dulang pembakar 5. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Siap dan ketepikan
Cara masak krim durian: 6. Pukul semua bahan sehingga rata, guna piping bag dan isikan dalam puff tadi. 7. Puff sedia untuk dihidang
Kalau nak makan dah siap terhidang , dua pencuci mulut ini boleh didapati:
Kafe Strada and Anjung Braserrie, Lanjut Beach & Golf Resort
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...