Ads

Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup.

Daging lembu segar mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Jika tidak dibersihkan dengan sempurna, bila dimasak seperti juadah rendang, sup atau digoreng, masakan anda akan sedikit berbau kurang enak. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini yang anda boleh cuba.

 

CARA HILANGKAN BAU HAMIS DAGING SEGAR

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daging
  • Tepung gandum |anggaran 3 sudu makan untuk 1 kg daging
  • 2-3 helai daun nangka | jika ada

 

Ads

CARA-CARA:

1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.

Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup.
cleavercooking.com

2. Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum. Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit. Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga ke 1 jam.

Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup.
http://easyasbananas.blogspot.com

3. Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam rendang.

Ads
Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup.
http://myferretpet.com

4. Hasilnya daging akan tidak berbau malah lebih cepat empuk bila dimasak rendang atau sebagainya.

5. Selamat mencuba.

 

Ads

Cara Hilangkan Bau Hamis Daging Segar Untuk Masak Rendang & Sup.

 

BOLEH CUBA:

Cara-Cara Masak Sup Daging Thai Tanpa Guna Rempah & Sup Bunjut.

Koleksi Resipi Sup Mudah, Sedap & Guna Sup Bunjut Untuk Berbuka.

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

BIHUN GORENG UDANG KERING 12 Sudu Gula, Resipi Asli Dari Arwah...

resipi Bihun Goreng Udang Kering resipi asli daripada arwah Tok Nek Mohd Shukur Mohd Shukur ini luarbiasa sedapnya. Meskipun hanya menggunakan bahan asas dan ringkas tanpa sayur-sayuran. Ramai yang telah mencuba resipi bihun goreng ini dan mengakui kesedapan bihun goreng ini.