Anda suka makan sawi jeruk ni? Biasanya untuk menikmati hidangan ni, anda terpaksa belinya di pasar. Kadang kala ragu juga mengenai tahap kebersihan dan proses pembuatan. Kini, anda boleh hasilkan sawi jeruk secara homemade. Buat sendiri tentunya lebih bersih dan diyakini halal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sharinaz Redwan ni. Pasti sedap.
RESIPI SAWI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 1 besen sayur Kai Choy
- 2 sudu makan gula merah
- 1 genggam nasi sejuk
- 1 sudu teh garam
CARA PENYEDIAAN:
1. Buka daun sayur sehelai demi sehelai dan jemur di abwah matahari supaya layu. Jangan jemur hingga kering pula.
2. Angkat daun dan basuh bersih-bersih. Masukkan dalam bekas untuk merendam.
3. Kemudian masukkan air secukupnya, gula merah, nasi sejuk dan garam. Jika suka rasa sayur jeruk yang masin, boleh tambah jumlah garam.
4. Rendam selama 2-3 hari. Boleh tindih sayur guna lesung batu supaya sayur tenggelam dan betul-betul layu.
5. Untuk menyimpan sayur jeruk, ambil sayur dan masukkan dalam bekas bertutup. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Nak masak, baru bilas dah masak ikut selera anda.
Kredit resipi & foto: Sharinaz Redwan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Solok Lada Sedap, Puas Hati Masak Guna Resipi Ni
Solok lada kelihatan renyah untuk dibuat namun ia tidak sesukar yang disangka. Malah ada pelbagai versi resipi solok lada yang boleh dicuba. Hidangan ini adalah salah satu dari menu popular di Kelantan dan biasa dilihat di gerai-gerai menjual makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Saudari Rozmaliza Omar ada kongsi resipi. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SOLOK LADA SEDSAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
- 6-7 ekor ikan selayang
- 2 genggam kelapa muda parut
- 3 ulas bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1 sudu teh lada hitam – beli online disini
- 1 cawan santan – beli online disini
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan gula
- 6-7 biji cili hijau muda
CARA MEMASAK:
1.Lada muda dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.
2. Siang ikan, ambik isi dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.
3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam. Bila sudah lumat, masukkan dalam bahan-bahan isi ikan.
4.Masukkan garam dan gula. Gaul rata. Solok mesti ada rasa manis masin dan rasa lada hitam.
5. Sumbat masuk bahan-bahan solok ke dalam cili. Biar padat dan montel baru puas hati makan.
6. Susun solok dalam periuk yang dasarnya dialas dengan kacang panjang atau pucuk ubi kayu. Curahkan santan sederhana pekat.
7. Masak guna api kecil dan tutup periuk. Didihkan sampai santan kering. Solok masak bila cili bertukar warna. Siap.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Sendiri Mushroom Seasoning Homemade. Mudah & Jimat
Mushroom seasoning atau serbuk perisa cendawan ini banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan menjadi pilihan para pengguna yang mementingkan kesihatan. Ini kerana bahan ini digunakan sebagai penambah perasa bagi menggantikan MSG. Ia ada dijual namun harganya agak mahal. Saudari Nawal Yasmin Mat Noh ada kongsikan cara-cara untuk membuat Mushroom Seasoning secara homemade yang boleh anda cuba. Jadi boleh cuba buat sendiri je lepas ni. Memang jimat banyak.
CARA-CARA MEMBUAT MUSHROOM SEASONING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
100gm dried mushroom/cendawan kering @ cendawan shiitake kering – beli online disini
50gm garam – beli online disini
50gm gula – beli online disini
Dapatkan PRIMADA MIRCOCOMPUTER RICE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Cendawan dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu. Lap dengan kain atau tisu.
2.Masukkan ke dalam ketuhar atau air fryer. Bakar pada suhu 100C selama 20 minit.
3. Sejukkan cendawan seketika. Kemudian masukkan ke dalam TM6 bersama semua bahan-bahan lain.
4. Kisar selama 1 minit menggunakan speed 10.
5. Mushroom seasoning siap disediakan. Simpan dalam botol untuk kegunaan harian.
NOTA: Jika tiada TM6, boleh cuba kisar menggunakan pengisar kering atau grinder sehingga cendawan menjadi halus seperti serbuk.
Kredit resipi & foto: Nawal Yasmin Mat Noh
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Nasi Kerabu Kuning Sedap. Masak Sendiri Baru Puas Makan.
Resipi Rojak Ayam Sedap. Masak Sendiri Puas Hati & Lebih Jimat
Cara Masak Oden Homemade Ala Family Mart. Sedap & Puas Makan
Jom Cuba! Resipi Kuih Kole Kacang Sedap, Mudah & Kurang Manis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!
Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Ni Dia 4 Jenis Gulai Lemak , Kesedapannya Melekat Di Ingatan
Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi anda yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah, tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni .
1. PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
- 500ml santan pekat
- 50gm ikan bilis
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
- Renehkan atas api sederhana.
- Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
- Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 1/2 biji nanas | potong tiga segi
- 4 ekor ikan masin sepat | goreng
- 500 ml santan pekat
- 1 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 12 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
- Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
- Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
- Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
- Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
- Gulai nanas sedia dihidangkan.
3. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
- Sedikit daun kaduk | hiris kasar
- 3 helai daun kunyit | hiris halus
- 3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
- 4 batang serai | hiris halus
- 5 sudu makan tempoyak
- 500ml santan
- 1 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
- Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
- Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
- Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
- Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
- Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
4. GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging salai | hiris nipis
- 1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
- 1kg santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
- 15 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 2cm lengkuas
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
- Renehkan di atas api sederhana.
- Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
- Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
- Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
- Gulai daging salai sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI DALAM LINK INI :
Chef Rathakrishnan Kongsi Masakan Tradisi Melayu. Memukau Dan Memikat Selera!
5 Masakan Sotong & Udang Ala Tradisi, Hasil Air Tangan Chef Asma .