Ads

Cara Hasilkan Bawang Goreng Rangup Yang Tahan Lama.

Bawang goreng memang enak dijadikan penambah rasa dan penyedap dalam hidangan. Rasa manisnya hmmmm..memukau deria. Wangi pulak tu. Namun ada kalanya bawang goreng homemade ini tidak seperti yang dibeli. Cepat lembik dan tidak rangup. Ha..Jom cuba resipi perkongsian Puan Nooriah Abdullah di bawah ini. Pasti bawang goreng anda lebih enak dan sedap!

 

CARA BUAT BAWANG GORENG RANGUP

BAHAN-BAHAN:

Ads
  • 1/2 kg bawang merah – hiris nipis
  • 2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula untuk perasa
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

CARA MEMASAK:
1. Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2. Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3. Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4. Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak .
5. Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6. Gorenglah sehingga habis .

SEDIKIT TIP MENGGORENG

  1. Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng
  2. Masa menggoreng jangan sampai terlalu kuning  diatas api sebab bila kita angkat bawang tu akan lebih kuning.
  3. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning didalam minyak, bila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya..
  4. Sedap di ratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap
  5. Biarkan sehingga sejuk dan minyak nya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.

Cara Hasilkan Bawang Goreng Rangup Yang Tahan Lama.

Ads

Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (https://dapurkaknoor.blogspot.com/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)

 

Ads

 

 

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Sambal Goreng Tempoyak Paling Padu, Pedas Masam Lemak Buat Nasi Bertambah

Sambal Goreng Tempoyak yang pedas, masam lemak dan penuh aroma tradisional. Resipi mudah dengan ikan bilis dan petai yang buat selera naik dan nasi pasti bertambah.