Bila tiba raya, rendang pasti tidak dilupa. Ia merupakan juadah yang sangat sinonim dengan hari lebaran. Satu masalah berkaitan redang ni ialah ia mengandungi santan dan jika tidak diurus dengan baik, rendang akan cepat basi. Maklumlah untuk raya, biasanya ia akan dimasak sehari sebelum ataupun masa malam raya. Memang rugi! Jadi untuk elak dari terjadi, ini antara panduan yang boleh dicuba.
PANDUAN ELAK RENDANG CEPAT BASI
Ads
1. JANGAN gunakan sudu yang sama untuk merasa dan menceduk rendang (untuk masakan-makanan lain juga). Ini kerana ia mungkin akan menyebabkan pembiakan bakteria.
2. ELAKmenutup rapat periuk rendang tersebut sementara masih panas. Biar sejuk dulu. ini kerana wap air akan terkumpul dan akan jatuh semula ke dalam rendang. Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Biar sahaja sampai sejuk baru tutup.
3. Semasa menumis, PASTIKANbahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda mcm ni, barulah masukkan ayam atau daging. Ia akan menjadikan rendang tahan lama dan lebih sedap.
4. Masak sehingga rendang menjadiKERING. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut.
5. KURANGKAN santan. Jika tak guna santan pun rendang akan rasa lemak sebab ada kerisik. Boleh juga menggunakan santan kotak.
Ads
6. Pastikan guna MINYAK mencukupi semasa menumis rempah-rempah. Ia penting supaya rempah garing dengan sempurna.
7. Basuh ayam BERSIH-BERSIH kemudian toskan setengah jam. Pastikan tiada air ayam bersama darah menitik di dalam periuk.
8. Pastikan bekas menyimpan rendang dan perkakas (sudip/sudu/senduk) adalah KERING dan BERSIH.
Ads
9. SEJUK BEKU. Asingkan rendang kepada beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam 1 bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan. Bila asingkan ikut jumlah kecil, bila nak makan atau hidang, kita akan keluarkan 1-2 bekas saja dari peti sejuk untuk dipanaskan dan yang lain tak akan bersentuh.
Mudah-mudahan dengan beberapa petua yang dikongsikan di atas, rendang yang anda sediakan di rumah dapat bertahan lebih lama. Selamat Mencuba!
Selalunya kalau kita kurang sihat mesti ada masalah kurang selera makan. Jika dalam keadaan lapar kita akan kekurangan tenaga untuk melawan penyakit. Ini adalah makanan yang akan membekalkan tenaga baik dalam badan.
PISANG
Mengandungi tinggi karbohidrat dalam memberi sumber tenaga pada badan. Pisang uuga mempunyai kalium tinggi yang dapat menggantikan kalium dalam badan yang hilang ketika anda berpeluh, muntah atau dehidrasi. Pisang juga dapat menstabilkan suhu badan anda.
LEMON
Mempunyai vitamin C yang dapat membantu meningkatkan ketahanan badan. Lemon juga mempunyai antioksidan yang dapat mempercepatkan pemulihan dan melawan penyakit.
HALIA
Ia baik untuk anda yang mengalami muntah, mual dan masalah penghadaman. Minum air halia suam dapat memberi rasa selesa dan menjaga kesimbangan cecair dalam badan.
IKAN
Mengandungi karbohidrat yang mudah dihadam oleh saluran penghadaman. Ia juga membantu untuk mengelakkan rasa mual dan muntah serta memberi tenaga pada badan.
TEH PANAS
Minum teh mengurangkan rasa sakit tekak dan memulihkan saluran pernafasan. Rasa teh yang hangat dapat membantu rasa lebih selesa ketika anda sakit. Antioksidan yang ada pada teh hijau juga dapat meningkatkan ketahanan badan untuk melawan jangkitan dan memenuhi keperluan cecair dalam badan.
AIR KELAPA
Air kelapa adalah minuman yang sempurna untuk diminum apabila anda sedang sakit. Selain rasa yang manis dan beraroma, ia juga mengandungi glukosa dan elektrolit yang diperlukan untuk menambah cecair dalam badan.
SUP AYAM
Mengandungi asid amino yang dapat mngurangkan lendir dan melawan jangkitan. Ia juga membantu menjaga kelembapan hidung dan mencegah dehidrasi.
Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini>-
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Kuali memasak memang susah nak dibersihkan. Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya. Nak ‘grooming’ kuali anda supaya cantik kembali? Jom cuba cara di bawah ni.
BAHAN-BAHAN:
Soda bikarbonat secukupnya
Berus dawai
Sedikit air
CARA-CARA:
1. Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan.
2. Ambil berus besi dan gosok kuali anda. Air jangan banyak. Anggaran agak-agak basah sahaja.
3. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam hilang.
4. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan. Selamat mencuba!
Resipi sambal tempoyak merah, selalu sambal jenis ini warnanya kuning tapi yang ini berbeza.Sambal tempoyak resipi Syalfarina ini menggunakan cili kisar bukan cili padi...