Kerja dapur yang paling ‘menyedihkan’ adalah kupas bawang. Kalau bawang putih, masih rasa ok lagi. Tapi kalau bawang merah atau bawang besar, memang azab. Mana tidaknya, bila mula je kupas bawang, mesti menangis. Kalau tak guna bawang, tak sedap pula masakan. Sudahnya terpaksalah juga menghiris dengan lelehan air mata. Lagi seksa kalau anda kena kupas dalam jumlah yang banyak terutamanya ketika kenduri. Fuhhh…memang ‘drama’ jadinya. Namun ada petua yang boleh dicuba untuk elak mata pedih masa kupas bawang. Lepas ni, confirm anda tak akan menangis macam kena dera lagi.  Jom lihat cara-caranya.

 

CARA ELAK MATA PEDIH MASA KUPAS BAWANG

 

1. RENDAM BAWANG

  • Rendam bawang yang telah dikupas di dalam air ais beberapa minit kemudian hiris seperti biasa.
Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.
foto: http://thewellspace.co

2. SIMPAN BAWANG DALAM PETI SEJUK

  • Sejukkan bawang merah sebelum dikupas. Cara mudahnya, masukkan bawang dalam peti sejuk sebelum dikupas. Dalam keadaan sejuk tindak balas kimia getah bawah  semasa dikupas atau dihiris adalah lambat.

 

3. GUNA PISAU TAJAM

  • Pastikan guna pisau tajam kerana ia membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia yang boleh memedihkan mata berbanding menggunakan pisau tumpul.
Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.
foto: www.theglobeandmail.com

4. GIGIT BATANG MANCIS

  • Pelik tapi benar,  gigit batang mancis untuk mencegah air mata keluar semasa sedang menghiris bawang merah.

Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.

IKLAN

5. KUNYAH CHEWING GUM

  • Kunyah gula-gula getah atau makanan  dikatakan mampu mengurangkan air mata yang mengalir keluar. Kerana semasa mengunyah, otot-otot muka terutamanya di kawasan mata akan bergerak dan menghalang bahan kimia yang memedihkan mata dari keluar.

Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.

 

6. KUPAS BAWAH AIR MENGALIR

  • Kupas dan potong bawang di bawah air mengalir kerana air mengalir akan menghilangkan  bahan kimia yang  memedih mata dalam bawang.

 

7. POTONG BAHAGIAN ATAS BAWANG 

IKLAN
  •  The National Onion Association menyatakan air mata yang keluar semasa mengupas dan memotong bawang akan berkurangan jika dimulakan dengan memotong bahagian atas bawang (bahagian keluar tunas daun)  sebelum mengupas kulitnya.

via GIPHY

8. ELAK POTONG AKAR BAWANG

  • The National Onion Association juga menyarankan, elak memotong bahagian akar bawang kerana  bahagian tersebut akan segera mengeluarkan getah yang menyebabkan mata cepat pedih.

Petua Elak Mata Pedih Masa Kupas & Potong Bawang.

9. SEMBUR CUKA

IKLAN
  • Cara ini juga mudah. Hanya perlu sembur sedikit cuka makan  di atas papan pemotong dan ia boleh mengurangkan rasa pedih mata.

10. KUPAS BERHAMPIRAN KIPAS

  • Gunakan bantuan kipas dengan kedudukan bertentangan dengan muka supaya aura getah bawang itu terbang sehala mengikut arah angin kipas dan pastinya tidak mengena mata.

11. RENDAM DALAM AIR PANAS

  • Jika mengupas dalam jumlah yang banyak, rendam bawang merah dalam bekas yang berisi air mendidih kemudian tutup rapat. Setelah sejuk toskan airnya, kemudian boleh dikupas menggunakan tangan dengan mudah.

via GIPHY

Ha….Macam mana? Mudah kan? Nanti anda bolehlah cuba. Namun, aktiviti kupas bawang ni pun ada kebaikannya juga. Pakar kesihatan ada mengatakan bahawa dengan mengupas bawang sehingga anda mengeluarkan air mata, ia adalah terapi untuk membersihkan mata dari segala kotoran. Jadi sesekali ‘menangis’, bagus juga kan? Selamat mencuba!

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI